Saturday, October 18, 2008

Video Syeikh Said al-Linggi



Tokoh Sunnah: Pak Tuan Alim Ambon


Haji Abdul Rahman Ambon adalah cucu murid kepada Sheikh Ahmad Khathib As-Sambasi (gambar) dalam bidang tarekat Qadriyah.



Haji Abdur Rahman Ambon
Nama lengkap ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Muhammad Nur al-Ambuni. Beliau terkenal dengan gelaran 'Pak Tuan Alim Ambon'. Menetap di Mekah dengan belajar sambil mengajar di sana sekitar 40 tahun lamanya.

Banyak tempat yang dipelajarinya, termasuklah daripada ulama-ulama yang pernah mengajar Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Abu Bakar, iaitu Imam Masjid Jamek Sabang Barat yang pertama yang pernah dibicarakan.

Penulis berpendapat, sebelum Haji Abdur Rahman Ambon datang ke Pulau Tujuh, beliau pernah mengembara ke Kalimantan Barat, Indonesia. Ini kerana penulis menemui sebuah kitab amalannya bernama Riyadhus Shalihin di Kampung Sungai Bundung, Kabupaten Pontianak, Indonesia. Di bahagian pinggir kitab tersebut telah termaktub nama beliau.

seterusnya

Video Seminar Tasawuf 2007 (Dr Jahid Sidek)

Sayu Melihat Makam Ibnu Hajar Asqalani Tercemar

Teman-teman di Mesir cukup tahu keadaan maqam al-Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari yang cukup terkenal. Maqam usang ini cukup tidak terjaga, dipenuhi dengan sampah-sarap di bahagian luar maqam dan dimasuki oleh anjing. Hiba hati melihat keadaan ini.

Saya ada suarakan kepada Presiden PMRAM, saudara Khairul Anuar agar sesuau tindakan mesti dilakukan untuk memperbaiki maqam ulama besar ini. Respon dari beliau sangat positif.

Moga-moga akan ada tindakan dari PMRAM untuk mencari sumbangan dana dari pihak-pihak berwajib Mesir, pihak kedai-kedai buku Islam di Mesir, sumbangan dari mahasiswa Islam di Mesir dan sumbangan umum agar usaha sedikit diberkati Allah. Beliau adalah guru kepada umat Islam. Sewajarnya kita menghormatinya. Ya Rabb. Taqabbal.

sumber

Secebis Kisah Ulama di Hari Raya

Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama yang kuat beramal. Sebahagian besar daripada waktu malam digunakannya untuk beribadat kepada Allah, terutamanya pada bulan puasa.

Pada setiap hari raya pula, beliau lazimnya mengurungkan diri di dalam rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghirau mereka yang datang membawa makanan untuknya. Sikap ini dapat diertikan bahawa beliau tidak ingin menggalakkan orang ramai bersusah payah menyediakan makanan untuknya, sebagaimana yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisi yang sangat mengambil berat terhadap orang-orang alim. Tambahan pula Haji Abdul Rahman amat menghalusi asal-usul makanan, bagi mengetahui halal-haramnya.

Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki biasa memberikan pelajaran baik di Masjidil Haram atau di rumah tidak tertumpu kepada ilmu tertentu seperti di universiti. Akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan semua bisa mencicipi apa yang diberikan Sayyid Muhammad. Maka dari itu beliau selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa dilakukan selepas solat Maghrib sampai Isyak di rumahnya di Hay al-Rashifah.

Begitu pula setiap bulan Ramadhan dan hari raya beliau selalu menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau darjat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama-sama.

sumber

Khazanah SEPTEMBER 2008