Monday, July 27, 2009

Ustaz Awang Pon Kembali ke Rahmatullah

Jumaat, 24 Rajab 1430 bersamaan 17 Julai 2009, telah kembali ke rahmatUllah, hambaNya Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon rahimahUllah. Beliau anak Sarawak yang pertama memperolehi ijazah dari Universiti al-Azhar pada tahun 1972. Sebelum ke Azhar, beliau menuntut di Madrasah al-Junaid, Singapura dan antara guru beliau adalah Habib Abdullah bin Hasan asy-Syathiri rahimahUllah. Beliau mempunyai jasa yang cukup banyak dalam memartabatkan perundangan Mahkamah Syariah di negeri ini dan merupakan Ketua Hakim Syarie yang pertama bagi Mahkamah Syariah Negeri Sarawak. Dalam arena dakwah, beliau aktif dalam ABIM, bahkan antara pengasas ABIM Sarawak. Kini padamlah satu obor yang satu ketika pernah menyinari umat Islam di Sarawak. Moga segala kebajikan beliau dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah, segala dosa kesilapan kekhilafan beliau diampuni, dan ditempatkan beliau dalam kelompok orang-orang yang berjaya daripada kalangan para nabi dan shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Allahumma aamiin ... al-Fatihah.

Pertemuan Ustaz Awang Pon dengan Buya al-Maliki,
Mudah-mudahan mereka dipertemukan semula
Dalam syurga Jannatun Na`im
Bi jiwari Sayyidil Mursalin, Allahumma aamiin.

sumber

10 Tokoh ASWJ Pilihan

Ada banyak tokoh sunnah zaman-berzaman. Gagasan Ulama ASWJ telah membuka satu undian melibatkan 10 tokoh pilihan yang paling diminati. Sebanyak 296 undi telah diberi dan keputusannya seperti berikut:

  1. Imam Syafie 28 %
  2. Syeikh Abdul Qadir Jilani 19%
  3. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali 13%
  4. Khalifah Umar Abdul Aziz 11%
  5. Imam asy-Syahid Hasan al-Banna 8%
  6. Sultan Salahuddin al-Ayyubi 6%
  7. Syeikh Daud Fatani 5%
  8. Sunan Kalijogo 3%
  9. Imam Bukhari 2%
  10. Syeikh Ibnu Ataillah 1%

Khazanah JUN 2009