Friday, November 21, 2008

Mahdi Akif- Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin


" Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif

Ia sesungguhnya adalah kelebihan Allah yang diberikan kepada kami bahawa Jamaah ini sudah lama, dan ia mempunyai peraturan kerja dan thawabitnya (perkara-perkara tetap), ini ditambah lagi dengan Ikhwan Muslimin yang tidak bekerja melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini semua perkara dapat disempurnakan dengan mudah dan senang, mengikut peraturan kerja Jamaah yang sedia diketahui", dengan menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Jamaah yang berkenaan telah berkumpul dan memilih siapa yang akan memegang jawatan Mursyid. Kemudian berlaku ijma' (kesepakatan) ke atas nama yang dikemukakan dari semua institusi Ikhwan yang terdapat di medan antarabangsa."- Fadhilatul Mursyid Al Ustaz Muhammad Mahdi Akif.

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif adalah Mursyidul A'm Gerakan Ikhwan Muslimin yang ketujuh. Beliau menggantikan Almarhum Ma'mun Hudhaibi sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin pada tengahari Rabu 14 Januari 2004 yang lalu.

Pada tarikh tersebut Al Ustaz Mohd Hilal yang memangku tugas-tugas Murshidul Am Ikhwan Muslimin setelah kewafatan Almarhum Ma'mun Hudhaibi dengan rasminya mengumumkan pengganti penerus kepimpinan Ikhwan oleh Muhammad Mahdi Akif. Seluruh Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin bersepakat dan menyatakan baia'h kepada beliau sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang Baru.


Biodata ringkas beliau


*Dilahirkan pada 12 Julai 1928 di Kafr Awad Al Sinita, Markaz Aja, Muhafazhoh Daqhiliah, Mesir.

*Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Al Mansourah dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Fuad 1 di Kaherah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Pendidikan Jasmani, dan mendapat ijazah tanggal 1950.

*Bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Fuad 1.

*Berkahwin dengan saudara perempuan salah seorang anggota Maktab Irsyad Ikhwan iaitu Dr. Mahmud Izzat dan memiliki empat orang cahaya mata.

*Mengenali Ikhwan dan mendapat didikan langsung dari Imam Hassan Al Banna tanggal 1940.

*Meneruskan pengajian di Fakulti Undang-undang pada tahun 1951 di Universiti Ain Shams.

*Berpengalaman Menentang Inggeris di Terusan Suez.

*Giat sebagai Ketua Bahagian Pelajar dan Ketua Bahagian Pendidikan Jasmani di ibu Pejabat Ikhwan Muslimin sebelum dijatuhkan hukuman mati tanggal Ogos 1954 atas tuduhan cubaan bunuh Presiden Jamal Abdun Nasir. Namun Hukuman diringankan kepada kerja berat seumur hidup.

*Tetapi dibebaskan pada 1974 setelah 20 tahun menderita dalam tahanan bersama Lima anggota Ikhwan yang lain.

*Menganggotai Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin tanggal 1987.

*Mewakili Ikhwan sebagai ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi Daerah Timur Kaherah bermula tanggal 1987 sehingga tahun 1990.

*Dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada tahun 1996 atas tuduhan memimpin Organisasi Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.

*Jawatan terakhir sebelum diamanahkan sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin ialah mengendalikan bahagian perhubungan dengan dunia Islam.

*Dibaia'h sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang ke tujuh pada hari Rabu 14 Januari 2004.

Saranan dan panduan dari beliau (Petikan dari beberapa laman Islam)

Dasar pembawaan yang memenuhi kesempurnaan.

" Anggota Ikhwan semuanya ditarbiah bahawa mereka adalah Gerakan Islam menyeluruh yang merangkumi politik, ekonomi dan agama, iaitu ikhwan adalah gerakan Islam yang dididik untuk memberikan reaksi kepada semua urusan kehidupan."

Perinsip yang jelas.

Demokrasi di dalam Ikhwan Muslimin berada di tahap yang paling tinggi, kerana Syura di sisi Jamaah adalah kewajipan dan akhlak yang dijadikan ibadah kepada Allah s.w.t."

"Menjadi akhlak Ikhwan untuk tidak menggunakan keganasan, dengan itu mereka menyeru kepada Allah dengan ucapan yang baik dan memberikan nasihat yang dibina di atas asas ilmu". Beliau menjelaskan bahawa Jamaah Ikhwan Muslimin bukanlah Jamaah agama sahaja atau politik sahaja – seperti yang mahu digambarkan oleh sebahagian manusia – tetapi ia adalah jamaah Islam yang menyeluruh yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Reaksi yang jelas terhadap proses perubahan.

"Perubahan yang tidak menjamin kembalinya kebebasan dan pemansuhan undang-undang darurat dan undang-undang pengecualian bukanlah dinamakan perubahan".

Sikap dan pendirian yang realistik.

Dr. Mohammad Mahdi Akif menegaskan bahawa Ikhwan tidak berusaha untuk menjatuhkan pemerintah, tetapi menghulurkan tangan mereka kepada pemerintah untuk berdialog dengan menjelaskan bahawa "Tidak ada di sana orang berakal yang hari ini sibuk untuk menjatuhkan pemerintah di tengah-tengah situasi dalaman yang tidak menentu dan meningkatnya ancaman luaran".

Optimis terhadap Janji Allah.

walau sebesar manapun kuasa tentera penjajah Amerika, ia tetap akan berakhir, walaupun begitu kami sebagai umat Islam wajib kembali kepada Allah dan meningkatkan potensi ilmu kami.

Tegas kepada golongan kuffar.

"Ini adalah pembohongan dan penipuan dan tidak memberikan kesan. Kami tidak akan berdialog dengan Syaitan (Amerika) yang tidak menghormati mana-mana prinsip kepada nilai, akhlak dan hak-hak kemanusiaan"

"Realiti telah membuktikan bahawa Amerika telah memperdaya semua orang, ketika Amerika berjanji untuk menghormati hak-hak kemanusiaan dan demokrasi, mereka telah memerangi Afghanistan, Iraq dan mendokong Zionis membunuh rakyat Palestin, tanpa ada akhlak atau nilai".

Sekian,

Akhukum
Pejuang Kecil
http://najhie.blogspot.com/

sumber

No comments: