Wednesday, April 23, 2008
Sunday, January 20, 2008
Menjauhi bidaah sambut Asyura
MEMBICARAKAN Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun, kita tidak dapat menghindarkan diri daripada memperkatakan mengenai peristiwa Karbala yang begitu menyayat hati. Peristiwa itu adalah kisah di mana Saidina Hussain (cucunda Rasulullah) dan anak kepada Saidina Ali dibunuh kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq.
Rentetan peristiwa Karbala ini, timbul dua golongan yang menyambut Hari Asyura secara ekstrim. Golongan pertama, terdiri daripada pengikut Syiah al-Rafidhah yang menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menunjukkan kesedihan demi memperingati kematian Saidina Hussain ini.
Ketika menyambut Hari Asyura mereka memperlihatkan perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah, menyeksa diri, berteriak serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek pakaian.
"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah juga kami kembali." Mereka ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya (al-Baqarah [2] : 155-157).
Perbuatan meratap serta menyeksa diri sendiri apabila ditimpa musibah dicela oleh syarak seperti dinyatakan hadis di bawah.
Nabi Muhammad bersabda, "Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian dan berdoa dengan doa-doa jahiliah (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
(*Hadis ini mungkin menceritakan hal lain-pengendali)
Saya tidak bertanggungjawab kepada orang yang ditimpa musibah lalu menangis dengan suara yang keras berteriak atau menggondol rambutnya atau merobek bajunya.
Golongan Syiah ini juga memperhebatkan lagi celaan mereka kepada sahabat Nabi pada Hari Asyura. Mereka juga membacakan syair serta hikayat palsu menceritakan mengenai peristiwa Karbala.
Masih banyak perkara bertentangan dengan syarak dilakukan kelompok Syiah ini pada Hari Asyura.
Kelompok ini terdiri daripada golongan Ahlus Sunnah yang jahil, mereka yang memusuhi Saidina Ali serta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka yang membenci golongan Syiah al-Rafidhah dan menterjemahkan kebencian mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan golongan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada Hari Asyura.
Mereka menyambut Hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias bandar dengan indah, memasak makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan lazat dan lain-lain lagi upacara mencerminkan suatu hari untuk bergembira seperti hari raya.
Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi sekiranya ia dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu kepada Rasulullah adalah pemimpin kepada pemuda menghuni syurga.
Wajarkah suasana yang gembira dihubungkaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam yang menyebabkan syahid seorang yang memiliki keutamaan serta kedudukan yang tinggi bagi masyarakat Islam?
Oleh itu sambutan sebegini adalah suatu amalan bidaah yang sesat dan boleh mengakibatkan pelakunya terperosok ke lembah kesesatan.
Baginda bersabda: "Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, mendengar nasihat dan mentaatinya. Sesungguhnya manusia itu berkelompok siapa yang akan hidup di antara kalian kelak akan melihat ada banyak perbezaan pendapat.
"Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat. Jauhi segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).
Jika kedua-dua cara menyambut Asyura seperti di atas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada Hari Asyura?
Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa diselamatkan dari tentera Fir'aun. Ini adalah kerana kesahihan kisah itu berlaku pada Hari Asyura diperakui oleh Rasulullah sendiri.
Sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan sebarang peristiwa berkaitan Hari Asyura melainkan ada dalil yang sah dari hadis Nabi.
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami amal ibadah khusus sempena Hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah adalah ibadah puasa. Ternyata berpuasa pada Hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.
Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada Hari Asyura, beliau menjawab: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari selain hari ini (hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Berpuasa pada Hari Asyura juga dapat menghapuskan dosa kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagai mana sabda Rasulullah, puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh.
Puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa Hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.
Tidaklah seseorang hamba berpuasa di dalamnya (Hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Rasulullah tidak pernah memerintahkan amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena Hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini saja. Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi ini.
sumber
Saturday, January 19, 2008
Pernyataan DPP Rabithah Alawiyah
Dalam menangani dan menghadapi tantangan Wahhabi, jangan pula kita lupa satu lagi virus yang amat berbahaya kepada umat Islam, bahkan mungkin lebih bahaya dari Wahhabi, yang boleh menjerumuskan umat ke arah kesesatan dan kebinasaan.Syiah tidak kalah dengan Wahhabi dalam memusuhi dan membunuh Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahkan terdapat kalangan mereka yang terkenal melakukan pembunuhan demi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Sudah tidak menjadi rahsia bahawa kejatuhan Daulah 'Abbasiyyah di Baghdad juga akibat pengkhianatan puak Syiah. Siapa tidak tahu mengenai Nashiruddin ath-Thusi yang sanggup bersekongkol dengan pihak Monggol untuk membunuh kaum Muslimin. Janganlah kerana layap leka mengagungkannya sebagai seorang ahli astronomi dan saintis, maka kita lupa kepada jenayah dan pengkhianatannya terhadap umat ini. Kita tidak tahu entah berapa ramai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah telah dibunuh mereka, bahkan sehingga kini Ahlus Sunnah masih ditindas di Iran yang dahulunya adalah negara Ahlus Sunnah. Slogan perpaduan, "la Syiah wa la Sunnah", adalah seumpama slogan puak Khawarij sewaktu memerangi Baginda 'Ali r.a. iaitu perkataan yang benar tetapi tujuannya adalah kebatilan. Jika tidak ada perbezaan antara Sunnah dengan Syiah, maka kenapa perlu kamu wahai Syi`i menyebarkan fahaman kamu dalam negeri kami yang penduduknya telah sekian lama berada di bawah naungan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah? Allahu ... Allah, sungguh Syiah sama dengan Wahhabi, sama-sama memusuhi Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan mereka akan menindas bahkan membunuh Ahlus Sunnah wal Jama`ah apabila dapat berbuat sedemikian. Siapakah kita ini, jika para sahabat yang mulia juga tidak lepas dari kebencian puak tersebut. Waspadalah wahai Sunniyyun.
Kepada keturunan habaib yang kami cintai, janganlah terpengaruh dengan dakyah puak Syiah yang kononnya mencintai kamu. Sungguh kecintaan mereka itu hanya tipuan semata. Berpeganglah kamu kepada jangan para salaf kamu yang mulia agar kalian dapat kami jadikan panutan sebagaimana leluhur kamu terdahulu. Dalam satu pernyataan daripada Dewan Pengurus Pusat (DPP) Rabithah Alawiyah tentang perselisihan Sunni - Syiah dinyatakan antara lain:-
Surat pernyataan dari para ulama, munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah yaitu "Agar tetap kokoh dan istiqomah di atas fondasi, aturan-aturan dan Anggaran Dasar yang telah disusun oleh para pendiri dan kepengurusan Rabithah Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas Thariqah Ahlu Sunnah Wal Jamaah al-Asy`ariyah, mengakui dan mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hambali).Diharap para habaib kita akan terus menjaga jalan para leluhur mereka. Dengan itu, tetaplah kemuliaan berada bersama mereka dan sentiasalah mereka menjadi ikutan dan panduan para muhibbin.
sumber