Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Di dalam sebuah hadits yang lain riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Pada waktu sahur sekitar jam 4.30pagi (waktu Mekah) hari Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M umat Islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatannya. Beliau wafat setelah lebih kurang 2jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebinh daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya. Ulama yang kuat mempertahankan prinsip walaupun pelbagai tekanan diberikan kepadanya oleh golongan yang memusuhinya (yakni Wahhabi di Saudi). Ulama yang mampu mematahkan segala hujjah mereka yang menentangnya. Kewafatan suatu kehilangan yang amat besar bagi dunia Islam.
Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir duaratus ribu pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh ribuan manusia dengan diimamkan oleh Imam Subayl.
Kemudian jenazahnya diiringi oleh ribuan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, juga diiringi oleh ribuan manusia dengan laungan tahlil dan takbir, Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kederaan dek kerana dibanjiri oleh manusia. Dikatakan hampir 500 orang tentera dikerah untuk mengawal ribuan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Kemulian yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini.
Dikhabarkan bahwa sebelum beliau رضي الله عنه meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Mekah pada bulan Ramadhan ini. Apabila muridnya menjawab tidak, Sayyid Muhammad berkata: Tidakkah engkau mahu menghadhiri pengebumianku? Allahu Allah.
Kini sudah 4 tahun beliau رضي الله عنه meninggalkan kita. Walaupun jasadnya tiada bersama kita namun dia hidup dihati kita. Beliau رضي الله عنه sentiasa berbicara dengan kita melalui kitab-kitab yang beliau tinggalkan … tarbiah beliau berjalan melalui segala adzkar dan ahzab yang beliau ijazahkan. Itulah dia al-Habib as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid Muhammad al-Maliki bin Sayyid Abdul ‘Azizi al-al-Maliki al-Makki al-Hasani al-Idrisi رضي الله عنهم
Maka sebagai memperingati hari hol beliau رضي الله عنه, maka ingin aku menulis sedikit mengenai beliau رضي الله عنه. Walaupun aku hanya sekadar pernah menatap wajahnya didalam masa yang singkat namun dengan pertalian sanad ilmu dengannya, bersuhbah dan mengikuti majlis pengajian mereka yang pernah bersamanya atau yang pernah dididik beliau, membaca dan mempelajari kitab karangan beliau, sudah cukup untuk aku mengenali, mengingati, menyayangi dan merinduinya …….. Oleh ingin aku kongsikan disini adalah beberapa pesanan dan wasiat beliau secara terpilih dan ringkas. Moga-moga dengan ianya dapat mengingatkan kembali aku khususnya dan pengunjung al-Fanshuri umumnya kepada pesanan atau wasiat, ulama besar yang merupakan guru kita yang mulia ini … wasiat atau pesanan ini ada tercatat didalam kitab al-Iqd al-Farid al-Mukhtashar minal Atsbat wal Asanid karangan beliau.
Diantara wasiat beliau رضي الله عنه:
- aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
- aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
- aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
- aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
- aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.
- aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
- aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
- aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …
Beliau رضي الله عنه mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:
Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memeahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.
Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat itdak diperlukan oleh semua orang Islam.
Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal. ………..
……… berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membacak itab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya ………
…. Kemudin beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di tas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya …….
أحب الصالحين ولست منهم
لعلي أن أنال بهم شفاعة
لعلي أن أنال بهم شفاعة
kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu
mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at
mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at
*******************
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.
Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني
~ abu zahrah - ~
sumber
1 comment:
SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
{ Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }
ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL - FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.
ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa
8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.
9.15 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad
10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama
12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor
2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim
3.15 petang : Rehat
4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.
*************
Ceramah Khas - مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)
7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar
8.15 malam: Majlis bermula - bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab
11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa
11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.
Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 - 697 3893
http://pondokhabib.wordpress.com
Post a Comment