Monday, October 26, 2009

Harus Bertawasul

Tawassul dan istighatsah adalah amalan para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Tidak ada ulama Sunni yang menentang amalan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan para sholihin, sama ada sewaktu hayat mereka maupun setelah wafat. Yang menentang hanyalah mereka yang suka benar sendiri dan menghukum orang lain sebagai sesat, bid'ah dan sebagainya. Dan antara sandaran mereka untuk menghalang dari bertawassul dan beristighasah dengan para anbiya' dan awliya' yang telah wafat adalah atsar Sayyidina 'Umar bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. Dengan bangganya mereka mendakwa bahawa "Inilah bukti yang kita tidak boleh bertawassul dengan orang yang telah mati". Benarkah begitu?

Antara ulama kita yang masih berada di dunia yang fana ini, semoga Allah memanjang dan memberkati usia beliau, adalah al-'Allaamah al-Faqiih al-Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith. Dalam karyanya yang berbentuk soal-jawab yang berjodol "al-Ajwibah al-Ghaaliyah", beliau (hafizahUllah) menjelaskan berhubung persoalan ini. Pada halaman 77 - 79, beliau menulis:-

S: Jika bertawassul dengan orang-orang yang telah meninggal itu hukumnya jaiz (harus), maka kenapakah Khalifah 'Umar bin al-Khaththab bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w.?

J: Telah menjawab para ulama : Adapun tawassul Sayyidina 'Umar r.a. dengan Sayyidina 'Abbas r.a. bukanlah dalil yang menunjukkan ketidakharusan bertawassul dengan orang yang telah wafat meninggal dunia. Bahawasanya tawassul Sayyidina 'Umar dengan Sayyidina 'Abbas dan bukannya dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah untuk menjelaskan kepada manusia bahawa tawassul dengan selain Junjungan Nabi s.a.w. adalah harus yakni boleh (jaiz) dan tidak apa-apa (yakni tidak berdosa). Dan dikhas bertawassul dengan Sayyidina 'Abbas r.a. daripada sekalian sahabat adalah untuk menzahirkan kemuliaan keluarga Junjungan Rasulullah s.a.w.

S: Apakah dalilnya bagi yang sedemikian?

J: Dalil bagi yang sedemikian adalah bahawasanya telah sabit tawassul sahabat dengan Junjungan Nabi s.a.w. selepas baginda wafat. Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shohih: "Sesungguhnya manusia menghadapi kemarau pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Umar r.a., lalu Sayyidina Bilal bin al-Haarits r.a. mendatangi (menziarahi) makam Junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya RasulAllah, mohonlah hujan bagi umatmu kerana mereka menuju kebinasaan (yakni akibat kemarau tersebut)." Setelah itu, Sayyidina Bilal bin al-Haarits telah bermimpi didatangi Junjungan Nabi s.a.w. dan baginda bersabda kepadanya: "Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan salamku dan maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Sayyidina Bilal bin al-Harits pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan salam dan pesanan Junjungan Nabi s.a.w. tersebut, lalu menangislah Sayyidina 'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."

S: Bagaimanakah hadits tersebut dapat dijadikan dalil?

J: Dalilnya adalah pada perbuatan Sayyidina Bilal tersebut yang merupakan seorang sahabat dan pada sikap Sayyidina 'Umar serta lain-lain sahabat yang tidak mengingkari perbuatan tersebut (yakni jikalah perbuatan Sayyidina Bilal untuk beristighatsah kepada Junjungan Nabi s.a.w. itu satu kesalahan, maka pasti Sayyidina 'Umar dan para sahabat yang lain akan mengingkarinya). Dan antara dalil lain adalah apa yang dikeluarkan oleh ad-Darimi: " Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah r.'anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh - tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah kerana lemak, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqah" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."

KESIMPULAN: Bahawsanya bertawassul itu adalah harus (jaiz / mubah) , sama ada dengan amal-amal sholih ataupun dengan pelaku-pelaku amal sholih tersebvt iaitu para sholihin, sama ada dengan mereka-mereka yang masih hidu p ataupun yang sudah wafat meninggal dunia. Bahkan perbuatan bertawassul ini telah berlaku atas setiap keadaan hatta sebelum penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. (yakni sebagaimana terjadinya tawassul Nabi Adam a.s. dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebelum Baginda Nabi s.a.w. dilahirkan).

sumber

3 comments:

ndsap said...

Tak payahlah bertawassul mohon terus kepada Allah adalah lebih baik daripada bertawassul dengan orang yang telah mati samada wali atau lain-lain lagi.

ilham said...

saya sungguh sedih dengan sikap golongan wahhabi yang mengubah-ubah sunnah Rasulullah saw.Saya sungguh tak tahu apa untungnya mereka berbuat demikian.kenapa disembunyikan dan dipalsukan banyak hadis-hadis nabi.Saya syak mereka ni sebahagian dari tentera-tentera dajjal untuk menyesatkan ummat dari jalan kebenaran.

Krongthip Mahalakorn said...

Itulah susahnya bila dah tersangkut dengan Wahhabi ni semua pakej tersangkut juga membuatkan mereka jumud dan menolak semua fahaman lain.
Di tempat saya ada jemaah Wahhabi meninggal lalu kawan saya membacalah Yasinuntuk aruah yang juga sahabatnya tapi telah dilarang dan diminta berhenti membaca.
Wahhabi ni amabil dalil melarang tawassul dari mana. Aqidah 3 serangkai pegangan mereka itu dari mana? Itu bukan ajaran Rasulullah.
Dalam pegangan Asma wa Sifat mereka
bolehkah kita kata Allah " Lupa" ?,
Subhanallah, Maha Suci Allah jauh dari sifat lupa tetapi Wahhabi mengimani Allah lupa.

Jauhkan diri dan keluarga kita dari Wahhabi. Ramai sekarang jadi penceramah Tanyalah Ustaz dalam T.V
berfahaman Wahhabi.

Wallahualam