Syiah tidak kalah dengan Wahhabi dalam memusuhi dan membunuh Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahkan terdapat kalangan mereka yang terkenal melakukan pembunuhan demi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Sudah tidak menjadi rahsia bahawa kejatuhan Daulah 'Abbasiyyah di Baghdad juga akibat pengkhianatan puak Syiah. Siapa tidak tahu mengenai Nashiruddin ath-Thusi yang sanggup bersekongkol dengan pihak Monggol untuk membunuh kaum Muslimin. Janganlah kerana layap leka mengagungkannya sebagai seorang ahli astronomi dan saintis, maka kita lupa kepada jenayah dan pengkhianatannya terhadap umat ini. Kita tidak tahu entah berapa ramai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah telah dibunuh mereka, bahkan sehingga kini Ahlus Sunnah masih ditindas di Iran yang dahulunya adalah negara Ahlus Sunnah. Slogan perpaduan, "la Syiah wa la Sunnah", adalah seumpama slogan puak Khawarij sewaktu memerangi Baginda 'Ali r.a. iaitu perkataan yang benar tetapi tujuannya adalah kebatilan. Jika tidak ada perbezaan antara Sunnah dengan Syiah, maka kenapa perlu kamu wahai Syi`i menyebarkan fahaman kamu dalam negeri kami yang penduduknya telah sekian lama berada di bawah naungan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah? Allahu ... Allah, sungguh Syiah sama dengan Wahhabi, sama-sama memusuhi Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan mereka akan menindas bahkan membunuh Ahlus Sunnah wal Jama`ah apabila dapat berbuat sedemikian. Siapakah kita ini, jika para sahabat yang mulia juga tidak lepas dari kebencian puak tersebut. Waspadalah wahai Sunniyyun.
Kepada keturunan habaib yang kami cintai, janganlah terpengaruh dengan dakyah puak Syiah yang kononnya mencintai kamu. Sungguh kecintaan mereka itu hanya tipuan semata. Berpeganglah kamu kepada jangan para salaf kamu yang mulia agar kalian dapat kami jadikan panutan sebagaimana leluhur kamu terdahulu. Dalam satu pernyataan daripada Dewan Pengurus Pusat (DPP) Rabithah Alawiyah tentang perselisihan Sunni - Syiah dinyatakan antara lain:-
Surat pernyataan dari para ulama, munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah yaitu "Agar tetap kokoh dan istiqomah di atas fondasi, aturan-aturan dan Anggaran Dasar yang telah disusun oleh para pendiri dan kepengurusan Rabithah Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas Thariqah Ahlu Sunnah Wal Jamaah al-Asy`ariyah, mengakui dan mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hambali).Diharap para habaib kita akan terus menjaga jalan para leluhur mereka. Dengan itu, tetaplah kemuliaan berada bersama mereka dan sentiasalah mereka menjadi ikutan dan panduan para muhibbin.
sumber
2 comments:
Assalamu'alaikum wr wb,
Afwan ya akhi, ana juga pengikut salaf alawiyin. Belum lama ini di rabithah alawiyah, jakarta terjadi pertemuan habaib sunni dan syiah. Alhamdulillah Imamuna Habib Umar bin Hafidz turut hadir , memberikan nasihat dan menjawab berbagai pertanyaan seputar madzhab syiah. Acara ini sengaja direkam dalam DVD dan disebar luaskan agar para habaib di Indonesia tenang, tidak lagi bertikai.
Diantara fatwa habib umar , kita alawiyun yang sunni - syii dilarang bertikai, diharuskan menjadin tali silaturrahmi, saling menghormati dan menyayangi. Dilarang saling, memami, mencela, memusuhi, bahkan mengkafirkan! bahkan habib Umar mengatakan TAKFIR adalah perbuatan yang paling keji setelah syirik! dan banyak lagi fatwa habib umar, yang pada intinya mengajak kita semua untuk menyenangkan hati ibunda kita tercinta sayyidah fathimah azzahra, agar cucu2 beliau berhenti saling bermusuhan.
Untuk itu ana mohon dengan hormat kepada antum pengelola blog ini agar berhenti menampilkan artikel yng bernada permusuhan terhadab sesama ba'alawi. Dengan alasan apapun, mari kita berhenti, dan sekarang saatnya kita menjalankan nasihat habib umar.
walafu minkum, wassalam
Muhammad Assegaf - malang jawa timur
Wlksm Tuan Muhammad Assegaf,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.
Berseuaian dengan salah satu konsep Tajdid Segar, kita hanya menolak apa yang salah dan lemah sahaja daripada mana-mana fahaman termasuklah fahaman Syiah. Apa yang baik daripada mereka tetap kita terima.
Jadi, jika ada perkara yang salah pada Syiah, menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan teman-teman yang lain daripada terpengaruh dengannya.
Satu lagi konsep Tajdid Segar adalah untuk menyenangkan semua pihak yang benar termasuklah para sahabat, tidak khusus untuk menyenangkan Saidatina Fatimah AzZahra sahaja.
Sebagai makluman tambahan, saya bukan keturunan ahlul bait, tetapi saya mencintai dan menyanjung tinggi keturunan ahlul bait yang benar.
Wassalam.
Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
Post a Comment