Tuesday, September 9, 2008

Fatwa IBnu Taimiyyah Tentang Maulid

12 Rabi`ul Awwal, hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Seluruh dunia Islam menyambut ketibaan hari ini dengan berbagai acara dan sambutan. Perkara ini telah berjalan zaman berzaman sehingga ke hari ini berterusan, alhamdulillah. Dalam keghairahan puak Wahhabi mengharamkan dan membid`ahkan umat dari menyambut hari keputeraan Junjungan s.a.w., mereka lupa bahawa panutan mereka yang digelar sebagai Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah al-Harrani, walaupun menghukum sambutan Mawlidin Nabi sebagai bid`ah yang diada-adakan umat Islam dengan meniru-niru puak Nashrani, tetapi dia tetap menyatakan bahawa orang yang mengadakan sambutan tersebut diberi pahala atas niat baik mereka menyambut mawlid tersebut demi membesarkan Junjungan Nabi s.a.w. Rupa-rupanya, Ibnu Taimiyyah tidaklah seekstrim puak Wahhabi yang ada pada masa kita, yang dengan mudah dan sembrono memvoniskan "masuk neraka" bagi sesiapa yang merayakan atau menyambut hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke-23, halaman 134, yang menyatakan, antara lain:-
فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw.
Allahu ... Allah, lihat saja Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menyambut hari keputeraan Junjungan dengan niat yang baik serta membesarkan Junjungan s.a.w., maka baginyalah ganjaran pahala yang besar. Ini pernyataan Ibnu Taimiyyah, ikutan dan panutan mereka yang mengaku salafi zaman kita ini. Maka bersederhanalah hendaknya wahai salafi moden dalam menghukum kami yang menyambut dan membesarkan keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Berdoa di Kuburan Para Wali

Para salaf al-soleh menuju ke kuburan wali-wali Allah untuk ditunaikan hajat2??...

Antaranya :

1. Imam al Harabi- Sahabat Imam Ahmad, berkata "Kubur Ma'ruf al Karkhi al tiryaq yang mujarrab ( makbul bila berdoa disitu). Ibnu al Jawzi telah meriwayatkan cerita ini di dalam Shifah al shofwah, al Zahabi juga meriwayatkannya didalam Siyar al A'lam Nubala.

2. Kubur Imam Harabi sendiripun makbul juga - diriwayatkan dalam Shifah al shofwah juga.

3.Manusia berdoa diturunkan hujan dikubur Abu Ayyub al Anshori- al Hilyah, Shifah al Shofwah, Siyar a'lam Nubala.

4. Al Daruquthni- Adalah kami bertabaruk di kubur Abi al fath al Qawsyi.

5.Imam Shafie r.a - Beliau ketika datang ke Baghdad beliau ziarah ke Pusara Imam Abi Hanifah , bertawassul dengannya agar ditunaikan hajat2 .- Khairat al Hissan fi manaqib al Nukman, Ibnu A'sakir juga telah meriwayatkan kisah Imam Shafie ini didalam Tarikh Baghdad dengan sanadnya .
6. Qadhi Al- Syarif Abi Ali al Hasyimi - menceritakan oleh Abu Muhammad al Tamimi-(merupakan guru Qadhi Ibnu Abi Yo'la) = "Daku telah menziarahi Kubur Imam Ahmad , sebab menemankan Al-Qadhi al- Syarif Abi Ali, Maka daku melihat beliau mencium ujung kaki kubur imam Ahmad?. Maka daku bertanya : Ada ke Athar (tentang perbuatan ini)??.. Maka beliau berkata: Imam Ahmad ni seorang yang besar ertinya buat diriku, daku tiada sangkaan bahwa Allah akan menyeksaku dengan sebab buat begini". Kisah ini diriwayatkan oleh al Qodhi Abi Yo'la dalam kitab Thabaqot al Hanabilah - fi tarjamah mufti al Hanabilah fi Baghdad al Qaodhi al Syarif Abi Ali al Hasyimi - salah seorang perawi akidah Imam Ahmad.-

Lihatlah !!
dan fikirkanlah...kalau nak dipakai pendapat orang2 yang anti sangat2 pada orang yang taksub bodoh kekubur sampai nak fitnah macam2 , maka adakah boleh dikatakan perawi ilmu akidah Imam Ahmad dan Penghulu2 Hanabilah adalah "Kuburiyuun" penyembah kubur?. Padahal kalau nak dibandingkan dengan para Ashab Mazhab lain2nya yang juga mengambil tabaruk dan tawassul dengan kubur para imam mereka - Tidaklah sehebat para Hanabilah-??..


7.

أنهم قحطوا فجاء رجل الى قبر النبى صلى الله عليه وسلم وقال يا محمد استسق لأمتك فانهم قد هلكوا
"Bahawa mereka ditimpa kemarau, maka datang seorang lelaki kekubur Nabi s.a.w berkata: Ya Muhammad, turunkan hujan kepada umatmu sebab mereka sungguhnya telah binasa"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Musannaf 12/13-33 , al Bukhari dalam Tarikh 7/304, al Hafiz Abu Yo'la dalam al Irsyad 23, al Baihaqi dalam dalilu an Nubuwwah 7/47, Al Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul baari 2/495 berkata: Isnadnya Sahih, Ibnu katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah 7/105 dan dalam Tafsir beliau 1/91 berkata: Isnadnya Sahih.

ada orang kata hadis ini dhoif.

cuba tengok sikit perbahasan sini.

sumber

Tokoh Sunnah Syeikh Ahmad al-Fathani & Media Cetak

Untuk meluaskan penerbitan kitab-kitab Melayu/Jawi, maka Sheikh Ahmad al-Fathani berjuang dan berusaha mendekatkan diri dengan pemilik-pemilik mathba’ah atau percetakan di Mesir, supaya naskhah-naskhah Islam sama ada yang ditulis dalam bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu terus dibaca dan berkembang.

Beliau bersahabat dengan seorang hartawan Mesir yang bernama Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby melantik Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai penyemak kitab-kitab Arab yang sedang diproses di Mathba’ah Mushthafa al-Baby al-Halaby itu. Ketika itulah Sheikh Ahmad al-Fathani mula mengemukakan pendapat untuk mencetak karangan-karangan ulama yang berasal dari dunia Melayu. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby menolak usul Sheikh Ahmad al-Fathani itu kerana memikirkan masalah memasarkan bahan tersebut.

Ini kerana di Mesir dan di tempat-tempat lain di Timur Tengah, orang Melayu didapati tidak begitu ramai. Serentak dengan itu pula, Syarif Mekah tidak membenarkan kitab-kitab selain berbahasa Arab memasuki Mekah dan Madinah. Sheikh Ahmad al-Fathani merasa kecewa kerana usulnya itu ditolak oleh Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby.

Dalam diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani mencari pihak tertentu sebagai penaung kepada projek yang dirancangnya. Sheikh Ahmad al-Fathani bernasib baik kerana beliau memperoleh modal daripada Al-Amjad al-Kasymiri Fida Muhammad dan anaknya 'Abdul Ghani. Maka berhasillah Sheikh Ahmad al-Fathani mencetak kitab Hidayah as-Salikin karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani di percetakan Sheikh Hasan at-Tukhi, berdekatan Masjid Jami’ Al-Azhar. Kitab itu merupakan kitab Melayu yang pertama dicetak di Mesir.

Oleh kerana Syarif Makkah melarang kemasukan kitab-kitab yang bukan berbahasa Arab ke Mekah dan Madinah, maka secara diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani menghubungi Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani, Sultan Turki Uthmaniah pada zaman itu.

Sheikh Ahmad al-Fathani faham bahawa Syarif/Raja Mekah adalah di bawah panji-panji kesultanan Turki Uthmaniah juga. Jadi, Sheikh Ahmad al-Fathani berhasrat untuk mengadap Sultan Turki, tetapi sebelum itu beliau terpaksa mengembara ke pelbagai tempat di Timur Tengah dan termasuk ke beberapa tempat di Eropah kerana mempelajari pelbagai perkembangan ilmu teknologi terkini ketika itu, termasuklah teknologi mesin cetak.

Oleh kerana Sultan Turki dapat menerima pandangan-pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani, maka beliau dilantik oleh Sultan Turki itu sebagai mengetuai percetakan kerajaan.

Selanjutnya dalam tahun 1307 H/1889 M, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik pula sebagai penasihat Syarif/Raja Mekah, sekali gus diberi kerakyatan Turki Uthmaniah pada 28 Rejab 1307 H/1889 M, demi memudahkan urusan-urusan pentadbiran dan politik.

baca seterusnya

Luasnya Ilmu Tokoh Sunnah Syeikh Daud al-Fathani

KETOKOHAN Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang penulisan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dapat dilihat melalui karya-karya peninggalan beliau dalam pelbagai bidang, seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini.

Malahan melalui karya-karya beliaulah, maka dapat dilihat sejauh mana pandangan-pandangan beliau dalam pelbagai bidang tersebut. Pandangan-pandangan beliau tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang-bidang yang khusus, di antaranya dari segi fikah, usuluddin, tasauf, hadis dan politik.

Pandangan tentang fikah

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani di bidang penulisan fikah diakui oleh semua lapisan ulama di alam Melayu bahkan oleh ulama-ulama Arab sendiri.

Dalam majalah Dian halaman 103, November 1977, Auni Haji Abdullah menulis: “Di abad ke 19 Masehi pula muncul seorang ahli di bidang fikah dan penulisan yang giat dan produktif sekali, iaitu Sheikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani.

“Beliau salah seorang ulama fikah Syafie yang berpengaruh besar kerana kitabnya Minhajul Abidin. Beliau juga menghasilkan dua karya fikah yang penting dalam perkembangan fikah di rantau ini, iaitu Furu’ul Masail dan Bughyatuth Thullab. Sebenarnya karya fikah Sheikh Daud al-Fathani bukan hanya dua namun ada lagi yang tebal antara lain Hidayatul Muta’allim (1244 H), Fathul Mannan (1249 H), Jawahirus Saniyah (1252 H) ………………"

Dalam kitab Hidayatul Muta’allim, Sheikh Daud al-Fathani memulakan mukadimah perkenalannya dengan hadis 40 menurut susunan beliau. Beliau menulis beberapa hadis yang ada hubungan dengan fikah, antara lain katanya: “Ketahui olehmu bahawasanya menunjukkan beberapa hadis ini supaya memberi ketahui akan kamu bahawasanya orang yang menghafal beberapa masail fiqhiyah yang wajib kita amalkan itu pada makna ia menghafaz hadis jua hasil pahala mengajar dan belajar kerana bahawasanya ialah maksud daripada hafaz hadis.”

Sebagaimana diketahui walaupun Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang tokoh fikah dalam semua mazhab, namun beliau sendiri adalah mengikut mazhab Syafie. Dalam beberapa kitabnya serba sedikit beliau sentuh riwayat hidup Imam Syafie terutama pada permulaan kitab Bughyatuth Thullab.

baca seterusnya

Kenangan bersama Syeikh Wahbah Zuhayli


Antara Ulama terkenal yang hadir di Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di KLCC baru-baru ini ialah Syeikh Wahbah Zuhayli.Namanya sering disebut-sebut oleh para ustaz saya di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong.Di rumah saya juga terdapat kitab tafsir Al-Quran ,Tafsir Al-Munir karangan beliau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasama Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP).Tafsir ini telah menjadi rujukan utama dalam pengajian tafsir kontemporari.

Tatkala multaqa berhenti rehat untuk makan tengahhari,tanpa diduga saya bertembung dengan ayah saya yang sedang mengiringi Syeikh Wahbah Zuhayli.Lantas saya bersalaman dengan Syeikh Wahbah Zuhayli setelah diperkenalkan oleh ayah saya.Rasa terkejut juga bertemu dengan ulama besar ini buat pertama kali namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.

Malam itu saya turun berseorangan untuk makan malam di tempat yang disediakan khas untuk peserta multaqa di Hotel Traders,KlCC.Ketika sedang khusyuk menjamu makan malam yang cukup enak,mata saya terpandang kepada wajah bercahaya seorang tua yang juga sedang duduk berseorangan menjamu hidangan makan malam.Syeikh Wahbah Zuhayli rupa-rupanya !!.

Saya pada mulanya teragak-agak untuk meluru ke arah beliau memandangkan beliau sedang menjamu selera.Namun bagi saya inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan beliau lantas saya meninggalkan hidangan makan malam saya dan tanpa rasa malu terus duduk di kerusi bersebelahan beliau.

Saya memperkenalkan diri dan terus bersembang-sembang lingkungan 5-10 minit dengan beliau sambil beliau menjamu buah-buahan.Saya sempat
bertanya tentang keadaan tanah air beliau di Damsyik,Syria ,memaklumkan kepada beliau cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan tafsir al-quran,dan tentang tafsir beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu .

Beliau juga seperti berminat untuk bersembang walaupun kelihatan keletihan dengan bertanyakan saya beberapa soalan berkenaan Malaysia antaranya soal cuaca,tentang geografi(sedikit sukar saya terangkan dalam bahasa Arab),mata wang,dan beberapa soalan lain yang menunjukkan minat beliau terhadap negara Malaysia.Maka tidak peliklah belaiu menaruh harapan cukup tinggi agar malaysia menjadi negara Islam moden suatu masa nanti.

Kesempatan bertemu Syeikh Wahbah Zuhayli walaupun sebentar memberikan kenangan yang cukup indah juga satu suntikan motivasi kepada saya agar terus istiqamah berjuang menuntut ilmu seterusnya mengamalkannya lantas memberi manfaat kepada umat keseluruhannya.Hidup sebagai ulama'.Mati sebagai Syuhada'.Insya Allah.

sumber

Khazanah Ogos 2008

August