Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Puisi Harapan Syeikh Ahmad Fathani

PENULIS masih lagi membicarakan puisi-puisi Sheikh Ahmad al-Fathani yang ditujukan kepada Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III. Maka ia diteruskan pula mengenai puisi-puisi pujian khusus untuk Sultan Terengganu, pengharapan Sheikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu untuk umat Islam dan Melayu, dan pengharapan kepada cendekiawan.

Pujian untuk Sultan Terengganu

Puisi pada bahagian ini merupakan pujian khusus untuk Sultan Terengganu, kerana ia mengandungi unsur sejarah dan asal-usul Sultan Terengganu. Ada tiga bait yang perlu dibicarakan di sini iaitu pada bait yang ke-18, 19 dan 20.

Terjemahannya adalah berikut:

“Baginda adalah orang yang mulia,

bahkan kemuliaan itu,

warisan daripada datuk neneknya

keturunan mulia

dari dahulu sampai sekarang

Memang raja putera raja

Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan

yang tiada pernah putusnya

Keturunan Saiyidina ‘Ali

Saiyid anak Saiyid

Keturunan yang tak melahirkan,

kecuali hanya kemuliaan.”

Syarah

Pada bait yang ke-18 dan 19, Sheikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa baginda Sultan Terengganu adalah seorang raja yang mulia yang diwarisi daripada datuk neneknya. Yang diriwayatkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani ini adalah benar, bagaimanapun salasilah yang telah ditemui masih dalam keadaan yang berbeza-beza.

Yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani pada bait di atas relevan dengan tulisan Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (MISBAHA) dalam bukunya Mengkaji Sejarah Terengganu, jilid ke-2, beliau menulis, “...maka Tun Zainal ‘Abidin Paduka Maharaja ialah Sultan yang pertama dilantik bagi negeri Terengganu, keturunan beliaulah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Terengganu memerintah hingga ke hari ini bagi negeri Terengganu dan jajahan takluknya. Yang demikian jadinya keturunan Sultan Zainal Abidin itu Kerabat-Kerabat Diraja Terengganu kiranya disusuli sehingga kepada Bendahara Melaka yang pertama Tun Perpatih Besar (bapa saudara Sultan Muhammad Syah) sudah turun- temurun dari semenjak kurun Masihi yang keempat belas lagi. Sultan Zainal Abidin ini adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja Abdul Majid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahir di Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah...”.

Tulisan MISBAHA berbeza dengan sebuah salasilah yang diusahakan oleh Raja Haji Abdullah dan kawan-kawan, yang berasal dari Riau, diriwayatkan bahawa nama asal Sultan Terengganu yang pertama itu ialah Raja Ali, Mangku Bumi di Kerajaan Inderagiri tahun 1715 M - 1735 M digelar Zainal Abidin.

Dinyatakan pada salasilah bahawa ayahnya ialah Sultan Inderagiri yang kelima, bernama Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah yang memerintah tahun 1658 M - 1669 M. Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah adalah putera Sultan Jamaluddin Keramat Syah yang memerintah tahun 1599 M - 1658 M. Sultan Jamaluddin Keramat Syah putera Raja Ahmad digelar sebagai Sultan Muhammad Syah yang memerintah tahun 1557 M - 1599 M.

Dalam salasilah yang lain pula ada yang meriwayatkan sebagai berikut:

lTun Seri Lanang, iaitu Bendahara Paduka Raja Johor (1580-1615 M)

lPuteranya Tun Mat Ali, juga Bendahara Paduka Raja Johor

lPuteranya Tun Habib Abdul Majid, juga Bendahara Paduka Raja Johor (1688-1697 M)

lPuteranya Tun Zainal Abidin Paduka Raja kemudian bernama Sultan Zainal Abidin I

lSultan Terengganu yang pertama, 1725-1733 M

lPuteranya Tun Dalam, iaitu Sultan Mansur Syah I, Sultan Terengganu yang kedua, 1733-1093M

lPuteranya Sultan Zainal ‘Abidin II, Sultan Tereng-ganu yang ketiga, 1793-1808 M

lPuteranya Sultan Ahmad Syah I, Sultan Terengganu yang keempat, 1808-1830M

lPuteranya Sultan Daud, Sultan Terengganu yang keenam, yang memerintah hanya setahun sahaja, iaitu pada tahun 1831 M

lPuteranya Tengku Mahmud, Yang Dipertuan Muda Terengganu.

lPuteranya Sultan Ahmad Syah II, Sultan Terengganu yang kesepuluh, 1876 M -1881M.

lSultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu yang kesebelas, 1881 M - 1919 M.

lSultan Zainal Abidin III inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam puisi beliau itu.

Dalam salasilah di atas didapati bahawa Sultan Zainal Abidin I adalah putera Tun Habib Abdul Majid. Tun Habib Abdul Majid pula adalah putera Tun Mat ‘Ali, Bendahara Paduka Raja Johor, salasilah ini ternyata berbeza dengan satu salasilah lain yang menyebut Tun Habib Abdul Majid adalah putera Maharaja Sri Di Raja.

Maharaja Sri Di Raja pula adalah putera Saiyid Zainal Abidin atau Tun Dagang bin Saiyid Abdullah al-Aidrus. Dari salasilah inilah yang bersambung terus hingga ke atas sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Kemungkinan dari salasilah inilah Syeikh Ahmad al-Fathani berpendapat bahawa Sultan Zainal Abidin III adalah “Keturunan Saiyidina Ali ...”, pada bait yang ke-20. Yang dimaksudkan ialah Saidina Ali bin Abi Thalib, sahabat Nabi Muhammad SAW, saudara sepupunya, anak angkatnya dan sekaligus adalah menantu Nabi Muhammad SAW.

Hasil daripada perkahwinan Saiyidina Ali dengan Saidatina Fathimah itu, maka lahirlah keturunan “Saiyid” di seluruh dunia termasuk dunia Melayu. Seterusnya Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut, “Keturunan yang tak menzahirkan, kecuali hanya kemuliaan.”

Penghargaan kepada umat Islam dan Melayu

Bahagian seterusnya pula merupakan pengharapan Sheikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu untuk umat Islam dan Melayu. Puisi tersebut ternyata beliau tujukan kepada Sultan Terengganu, tetapi dalam Hadiqatul Azhar yang beliau tulis dalam bahasa Melayu adalah lebih luas lagi, iaitu ditujukan kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu di seluruh dunia Melayu.

Terjemahan puisi tersebut adalah berikut:

“Aku berharap,

semoga bangsa Melayu dapat maju

dengan pimpinannya

Dan dapat mencapai kemuncak peradaban

dan kesejahteraan.

Aku berharap,

semoga baginda berkenan menyebarkan ilmu,

ma‘rifah dan petunjuk

Lalu baginda menjadi kebanggaan

dan rakyat mendapat kejayaan.”

Syarah

Puisi pada bait yang ke-22 di atas adalah sangat identik dengan dua pucuk suratnya kepada Sultan Zainal Abidin III, dan sepucuk kepada Nik Mahmud bin Ismail Kelantan sewaktu Nik Mahmud itu beliau hantar belajar ke Mesir. Kandungan penting surat-surat tersebut adalah seperti berikut:

l Surat Kepada Sultan Abidin III, 13 Muharam 1323 H, “Serta dilanjutkan zaman Duli Tuanku serta zuriat Tuanku di dalam hening kerajaan yang tiada mencampuri akan dia kadr dan menyakiti oleh ajanib. Dan dilimpahi dengan nikmat dan rahmat, dan kekayaan yang ada padanya berkat yang memberi manfaat bagi agama Islam. Dan terangkat dengan dia oleh sebutan jenis Melayu.”

l Surat Kepada Sultan Zainal Abidin III, tanpa kenyataan tarikh, “Khusus minta lanjutkan umur Tuanku dan ‘iyal Tuanku Yang Maha Mulia di dalam berkekalan keridhaan Allah dan shafa’ kerajaan serta bertambah-tambah ketinggian dan luas daerah at-tamaddun bagi ummah al-Malayuwiyah dengan himmah dan tuah Tuanku yang ‘alaih. Yang mendapatkan kuat yang disuruh dengan dia di dalam ayat al-Quraniyah. Maka mendapat kita dengan demikian itu as-sa‘adah al-abadiyah.”

l Surat Kepada Nik Mahmud, lembaran 433, tanpa tarikh, “Supaya terangkat dengan demikian itu oleh nama jenis Melayu. Berat dan terhebat dengan dia oleh kerajaannya pada segala hati ajanib. Dan tertamadun dengan dia oleh siasah mereka itu sebagai tamadun yang muafakat dengan syarak.”

Sambungan seterusnya kalimat puisi pada bait yang ke-22 yang ditulis dalam bahasa Arab, dan terjemahan adalah berikut:

“Dan dapat mencapai kemuncak peradaban dan kesejahteraan”, kalimat ini pula sama tujuannya dengan kalimat beliau, “serta bertambah-tambah ketinggian dan luas dairah at-tamadun bagi ummah al-Malayuwiyah” (surat nombor 2). Dan sama tujuannya pula dengan kalimat beliau. “Dan tertamadun dengan dia oleh siasah mereka itu sebagai tamaddun yang muafakat dengan syarak” (surat nombor 3).

Puisi pada bait yang ke-25 dan ke-26 adalah penting untuk ditafsirkan. Namun di sini penulis mulai dari bait yang ke-24, terjemahannya adalah berikut:

“Dan yang lebih besar lagi,

aku berharap,

semoga baginda berkenan menyuruh ulama

dan cendekiawan yang memahami petunjuk

Agar mereka dapat

membukukan bahasa Melayu

Kerana aku bimbang ia akan hilang

atau dirusak oleh perubahan

yang berlaku dari masa ke masa

Begitu pula hendaklah mereka itu

mengarang Sejarah Melayu

yang meliputi segala perihal Melayu

Kalau tidak, mereka nanti akan hilang,

dalam lipatan sejarah.”

Syarah

Mengenai bahasa Melayu seperti yang tertera pada bait yang ke-24 dan ke-25 di atas, terdapat sebuah tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani yang sama maksudnya, dengan puisi tersebut, iaitu: “Dan tercita-cita di dalam hati hamba, adalah setengah daripada orang yang petah-petah daripada ahli Melayu ia mentaklif pada mensabitkan lughat Melayu supaya ia terpelihara dari tahrif dan tabdil dengan sebab berlamaan masa dan dengan sebab bercampur dengan beberapa bahasa yang lain. Dan bahawa ia menterjemah kepada bahasa Melayu akan setengah-setengah daripada lughat Arab supaya mudah bagi tiap-tiap thalib oleh kehendaknya.

Huraian Sheikh Ahmad al-Fathani tentang bahasa Melayu, kata beliau, “Bermula kalimah lughat itu, ertinya: bahasa. Dan iaitu beberapa suara yang mengibarat dengan dia oleh tiap-tiap kaum daripada kehendak mereka itu.... Adapun takrif ilmu lughat, maka iaitu ilmu yang dibicarakan padanya akan tiap-tiap daripada segala lafaz yang dihantarkan daripada pihak menunjuknya atas segala maknanya dengan muthabaqah (berlapis-lapis)"

“Dan adalah ilmu lughat ini telah mengamat-amati dengan dia oleh bangsa yang besar-besar lain daripada bangsa Melayu kita. Istimewa orang Arab, maka mereka itulah terlebih terdahulu pada mentadwinkan dia dan mendhabithkan dia. Dan awal kitab yang dihantarkan pada lughat mereka itu, “Kitabul ‘Ain” bagi Khalil. Yang dialah awal mereka yang mentadwinkan ilmu ‘Arudh.

Kemudian maka menghantarlah mereka itu padanya akan beberapa banyak kitab yang besar-besar seperti Qamus dan Lisanul ‘Arab. Dan kemudian daripada demikian itu dengan masa yang lama maka meniru akan mereka itu oleh Peransis (Perancis) dan Inkeliz (Inggeris), dan lainnya daripada umat Nashara. Maka mentadwin mereka itu akan lughat mereka itu pada beberapa kutub (kitab-kitab). Dan menterjemah mereka itu akan lughat Arab kepada lughat mereka itu. Dan berbimbang mereka itu dengan mengajar dan berlajar mereka itu akan dia. Dan [mengambil] manfaat beberapa daulat mereka itu pada demikian itu akan beberapa banyak harta. Dan memuji mereka itu akan ‘ulama’ Arab pada demikian itu, dan mencerca mereka itu akan ‘ulama’ Yahudi. Berkata mereka itu, “Betapalah Yahudi yang adalah mereka itu dahulu daripada masa Masihi dengan beberapa ribu tahun tiada terlintas pada hati seseorang mereka itu bahawa mengarangkan pada mendhabitkan lughat mereka itu hingga masuk ia kepada berubah-ubah melainkan kemudian daripada ditadwinkan bahasa Arab dengan beberapa masa yang lain.” (Hadiqatul Azhar, 1321: 187-188).

Ketokohan

Ketokohan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Melayu sangat menyerlah apabila kita kaji dengan teliti beberapa tulisan beliau dalam Hadiqatul Azhar.

Begitu juga tulisannya dalam Al-Fatawal Fathaniyah, yang membuat perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Kemboja dan bahasa Melayu termasuk bahasa-bahasa suku kaumnya.

Dari karya beliau Al-Fatawal Fathaniyah juga dapat kita hubungkaitkan dengan perkataan beliau, “Supaya ia terpelihara daripada tahrif (perubahan) dan tabdil (bertukar)”. Selengkapnya telah dibicarakan dalam buku Sheikh Ahmad Al-Fathani, Pemikir Agung Melayu dan Islam, jilid 1, halaman 150 - 162.

Dalam beberapa karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat bahawa “Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling fasih diucapkan sesudah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab”.

Dalam karyanya berjudul Tashilu Nailil Amani dalam bahasa Arab, Sheikh Ahmad al-Fathani membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa yang digunakan oleh suku kaum yang berada di dunia Melayu.

Beliau berpendapat, “Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah itu. Kerana itulah kebanyakan orang Hijaz /Arab menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah tersebut yang berlainan bahasa dengan bahasa Melayu …”

Penghargaan kepada cendekiawan

Kemudian pada bait yang ke-26, dengan jelas Sheikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa penulisan Sejarah Melayu sama pentingnya dengan mendokumentasikan bahasa Melayu.

Pengharapan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai pendokumentasian Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu bukan hanya untuk Sultan Zainal Abidin III saja, tetapi juga ditujukan kepada golongan cendekiawan Melayu setiap zaman. Ini berdasarkan pengertian dari bait yang berikutnya atau bait yang ke-27, 28 dan 29, iaitu:

“Wahai segala cerdik pandai !

Hidupkan sejarah bangsamu

Dengan itu, kamu

akan disebut dalam sejarah

dan namamu

akan harum sepanjang masa

Dalam menulis sejarah

hendaknya diambil perhatian !

Menampilkan kebaikan raja-raja Melayu.

supaya sebutan baik dapat dikekalkan

Dengan itu, kamu

akan menjadi bangga

dan bernilai di mata lain bangsa

Kerana kamu,

telah dipimpin oleh raja yang bijak, berilmu dan berwibawa.”

Syarah

Mesej puisi di atas ada persamaannya dengan tulisan Syeikh Ahmad al-Fathani yang terdapat dalam Hadiqatul Azhar, yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Oleh itu diturunkan beberapa bait sebagai contoh, seperti kata beliau, “Serta dapat pula bagi hadhrat segala raja-raja [Melayu] itu, jikalau diperbuatkan demikian itu, [akan] keredaan daripada Allah SWT dan Rasul-Nya yang mulia. Dan jadilah mereka itu terladang dan ikutan bagi segala mereka yang kemudian daripada mereka itu.

Maka masuk mereka itu di dalam mereka yang diimtinan [oleh] Allah dengan mereka itu seperti firman Allah........ (surah as-Sajadah, ayat 24). Ertinya: Dan kami jadikan mereka itu segala yang menunjuk mereka itu dengan pekerjaan kami. “Dan dapat pula bagi mereka itu pahala yang amat besar ganda berganda kerana pahala tiap-tiap mereka yang dapat manfaat dengan segala perbuatan itu, dan pahala tiap-tiap mereka yang mempunyai kekuasaan yang menirukan perbuatan itu, terbahagi ia dengan mereka itu selama-lamanya.”

sumber

Asahan Turut Lahirkan Ulama


"Ibnu Hasyim:
Catatan Perjalanan

KINI saya berada di Tanjung Balai di tepi Sungai Asahan (bukan Tanjung Balai Karimun yang berada di daerah Riau). Kabupaten Asahan adalah sebuah kabupaten yang terletak di Sumatra Utara, Indonesia. Kabupaten ini ber'ibukota'kan Kisaran dan mempunyai wilayah seluas 4,581 km². Penduduknya berjumlah 935,233 jiwa (banci tahun 2000). Asahan juga merupakan Kabupaten pertama di Indonesia yang membentuk lembaga pengawas pelayanan umum bernama Ombudsman Daerah Asahan, melalui SK Bupati Asahan Nombor: No. 419-Huk/Tahun 2004, 20 Oktober 2004.



Menurut sejarah, Kerajaan Asahan bermula, ketika Sultan Aceh, Iskandar Muda melakukan perjalanan ke Johor dan Malaka pada tahun 1612 M. Dalam perjalanan tersebut, rombongan raja ini beristirahat di sebuah kawasan, di hulu sebuah sungai yang kemudian dinamakan Asahan. Selesai beristirahat di hulu sungai ini, kemudian perjalanan dilanjutkan ke sebuah daerah yang berbentuk tanjung, iaitu daerah pertemuan antara Sungai Asahan dengan Sungai Silau. Di tanjung tersebut, Sultan Iskandar bertemu dengan Raja Simargolang.

Sebagai tempat menghadap kepada raja, di daerah tersebut kemudian dibangun sebuah pelataran (pelantar) atau balai. Daerah ini kemudiannya menjadi perkampungan dengan nama Tanjung Balai. Kerana letaknya yang strategik di lintasan jalur perdagangan antara Aceh dan Melaka, maka Tanjung Balai kemudian berkembang pesat. Dari pertemuan Sultan Iskandar Muda dengan Raja Simargolang di atas, hubungan mereka kemudian bertambah erat dengan perkawinan Sultan Iskandar Muda dengan salah seorang putri Raja Simargolang.

Dari perkawinan tersebut, kemudian lahir seorang putra bernama Abdul Jalil. Kelak, Abdul Jalil inilah yang menjadi Sultan Asahan pertama pada tahun 1630 M. Dalam perjalanan, kerana adanya ikatan kerabat dengan Aceh, maka kerajaan ini menjadi daerah bawahan Aceh hingga awal abad ke-19 M. Pada 12 September 1865 M, Asahan ditaklukkan oleh kolonial Belanda. Ketika Indonesia merdeka, Asahan bergabung dengan Negara Kesatuan Republik Indonesia (RI) pada tahun 1946 M.

Selain dengan Aceh, hubungan Kesultanan Asahan dengan Kerajaan Batak juga terjalin dengan mesra. Bahkan, Sisingamangaraja XII, Raja Batak itu pernah berinisiatif untuk meminang putri Sultan Asahan. Pinangan tersebut disetujui oleh Sultan Asahan, kerana mereka yakin Sisingamangaraja telah memenuhi syarat untuk melakukan ijab kabul, yakni berkahwin secara Islam dengan memeluk agama Islam. Namun pernikahan tersebut batal akibat masuknya Belanda, ke daerah tersebut.

Sepanjang masa berdirinya, di Kerajaan Asahan telah berkuasa sebelas orang raja. Antara silsilahnya ialah...

(i) Sri Paduka Raja Abdul Jalil I bin Almarhum Sultan Iskandar Muda Johan Berdaulat (1630-16.. M).
(ii) Sri Paduka Raja Said Shah bin Almarhum Raja Abdul Jalil (16..-17..M)
(iii) Sri Paduka Raja Muhammad Mahrum Shah ibni al-Marhum Raja Said Shah (17..-1760 M)
(iv) Sri Paduka Raja ‘Abdu‘l Jalil Shah II ibni al-Marhum Raja Muhammad Mahrum Shah (1760-1765 M)
(v) Sri Paduka Raja Deva Shah ibni al-Marhum ‘Abdu‘l Jalil [al-Marhum Mangkat di Pasir Putih) 1765-1805 M)
(vi) Sri Paduka Raja Said Musa Shah ibni al-Marhum Raja Deva Shah [al-Marhum Mangkat di-Rantau Panjang] (1805-1808 M)
(vii) Sri Paduka Raja Muhammad ‘Ali Shah ibni al-Marhum Raja Deva Shah 1808-1813 M
(viii) Sri Paduka Tuanku Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah I ibni al-Marhum Sultan Muhammad ‘Ali Shah [al-Marhum Kampung Masjid] 1813-1859 M)
(ix) Sri Paduka Tuanku Sultan Ahmad Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah 1859-1888 M
(x) Sri Paduka Tuanku Al-Haji Abdullah Nikmatullah Shah ibni al-Marhum Raja Muhammad Ishak, Raja Kualuh dan Leidong, juga Yang di-Pertuan Muda di Asahan. Ia ditunjuk oleh Belanda setelah saudaranya, Sultan Ahmad Shah diturunkan secara paksa (1865-1867 M)
(xi) Sri Paduka Tuanku Sultan Muhammad Husain Rahmad Shah II ibni al-Marhum Tengku Muhammad ‘Adil (1888-1915 M)
(xii) Sri Paduka Tuanku Sultan Sha‘ibun ‘Abdu‘l Jalil Rahmad Shah III ibnu al-Marhum Sultan Muhammad Husain (1915-1980 M)

Terdapat, 4 wilayah Kerajaan Asahan mencakup daerah yang sekarang menjadi Kabupaten Asahan, Sumatera Utara. Struktur pemerintahannya... Asahan adalah kerajaan kecil yang menjadi bawahan Aceh, maka secara otomatik, struktur kekuasaan tertinggi berada di tangan Sultan Aceh. Di daerah Asahan sendiri, terlepas dari relasinya dengan Aceh, kekuasaan tertinggi berada di tangan sultan, yang bergelar Yang Dipertuan Besar/Sri Paduka Raja.

Jabatan yang lebih rendah adalah Yang Dipertuan Muda. Untuk daerah Batubara dan kawasan yang lebih kecil, pemerintahan dijalankan oleh para Datuk. Ketika Asahan ditaklukkan oleh Belanda pada 12 September 1865, terjadi perubahan struktur kekuasaan, dengan Belanda sebagai penguasa tertinggi. Wakil tertinggi Belanda yang berada di Asahan adalah Kontroler diperkuat dengan Gouverments Besluit pada 30 September 1867 nombor 2, tentang pembentukan Afdeling Asahan yang berkedudukan di Tanjung Balai.

Berdasarkan keputusan itu juga, Asahan dibagi mejadi tiga wilayah pemerintahan, iaitu, Onder Afdeling Batubara, Onder Afdeling Asahan dan Onder Afdeling Labuhan Batu. Walaupun Belanda memegang kekuaasan tertinggi dan membagi Asahan menjadi tiga pemerintahan, namun, pemerintahan para Datuk di wilayah Batubara tetap diakui Belanda. Hanya saja, kekuasaannya telah jauh berkurang, tidak seperti sebelumnya.

Secara khusus Belanda juga membagi wilayah kekuasaan Sultan dan para Datuk. Untuk wilayah pemerintahan kesultanan, Belanda membaginya menjad distrik dan onder distrik, yaitu, Distrik Tanjung Balai dan Onder Distrik Sungai Kepayang, Distrik Kisaran dan Distrik Bandar Pulau dan Onder Distrik Bandar Pasir Mandoge. Sedangkan wilayah pemerintahan para Datuk di Batubara dibagi menjadi wilayah Self Bestuur, iaitu Self Bestuur Indrapura, Self Bestuur Lima Puluh, Self Bestuur Pesisir dan Self Bestuur Suku Dua (Bogak dan Lima Laras).

Ketika Belanda menyerah pada Jepun, maka Asahan secara automatik berada di bawah kekuasaan Jepun. Saat itu, Jepun yang dipimpin oleh T. Jamada mengganti struktur pemerintahan di Asahan menjadi Bunsyu dan bawahannya *****u Bunsyu. Daerah *****u Bunsyu adalah Batubara, sementara yang lebih kecil diubah menjadi distrik. Distrik-dsitrik tersebut adalah: Tanjung Balai, Kisaran, Bandar Pulau, Pulau Rakyat dan Sei Kepayang.

Pemerintahan Fasisme Jepun berakhir pada pada 14 Ogos 1945 dan 17 Ogos 1945, kemerdekaan Republik Indonesia diproklamirkan. Sesuai dengan perkembangan Ketatanegaraan RI, maka berdasarkan UU Nombor 1 Tahun 1945, Komite Nasional Indonesia wilayah Asahan dibentuk pada bulan September 1945. Pada masa itu pemerintahan yang dipegang oleh Jepun sudah tidak ada lagi, tapi pemerintahan Kesultanan dan pemerintahan *****u Bunsyu di Batubara masih tetap ada.

Pada 15 Mac 1946, berlaku struktur pemerintahan RI di Asahan dan wilayah Asahan dipimpin oleh Abdullah Eteng sebagai Kepala Wilayah dan Sori Harahap sebagai Wakil Kepala Wilayah, sedangkan Asahan dibagi atas 5 (lima) kewedanaan, yaitu Kewedanaan Tanjung Balai, Kewedanaan Kisaran, Kewedanaan Batubara Utara, Kewedanaan Batubara Selatan dan Kewedanaan Bandar Pulau.

Pada Konferensi Pamong Praja se-Keresidenan Sumatera Timur pada bulan Jun 1946 diadakan penyempurnaan struktur pemerintahan, iaitu Sebutan Wilayah Asahan diganti dengan Kabupaten Asahan, sebutan Kepala Wilayah diganti dengan Bupati, sebutan Wakil Kepala Wilayah diganti dengan Patih, dan Kabupaten Asahan dibagi menjadi 15 wilayah kecamatan. Akhirnya, maka pada 20 Mei 1968, melalui PP Nombor 19 Tahun 1980, ibukota Kabupaten Asahan dipindahkan dari Kota Tanjung Balai ke Kota Kisaran.

Jika dilihat dari kehidupan sosial budaya, sebagai kesultanan yang berada dalam pengaruh kebuadayaan Islam, maka di Asahan juga berkembang kehidupan keagamaan yang cukup baik. Bahkan, ada seorang ulama terkenal yang lahir dari Asahan, iaitu Syeikh Abdul Hamid. Ia lahir tahun 1880 M (1298 H), dan wafat pada 18 Februari 1951 (10 Rabiul Awal 1370 H). Datuk, nenek dan ayahnya berasal dari Talu, Minangkabau.

Syekh Abdul hamid belajar agama di Mekkah, kerana itu, ia sangat disegani oleh para ulama zaman itu. Dalam perkembangannya, murid-murid Syekh Abdul Hamid inilah yang kelak mendirikan organisasi Jamiyyatul Washliyyah. Sebuah organisasi yang berbasis pada aliran sunni dan mashab Syafii. Dalam banyak hal, organisasi ini memiliki persamaan dengan Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) yang didirikan oleh para ulama Minangkabau.

Adanya banyak persamaan ini, kerana memang para ulama tersebut saling bersahabat baik sejak mereka menuntut ilmu di Mekkah. Pandangan para tokoh agama ini sangat berbeda dengan paham reformis yang dibawa oleh para ulama muda Minangkabau, seperti Dr. Haji Abdul Karim Amrullah, ayah Prof Dr HAMKA. Oleh sebab itu, sering terjadi polemik di antara para pengikut kedua faham yang agak berbeda ini.

Di paruh pertama abad ke-20, sekitar tahun 1916, di Asahan telah berdiri sebuah sekolah yang disebut Madrasah Ulumul Arabiyyah. Sebagai direktur pertama, ditunjuk Syekh Abdul Hamid. Dalam perjalanannya, madrasah Ulumul Arabiyah ini kemudian berkembang menjadi salah satu pusat pendidikan Islam yang penting di Asahan. Bahkan termasuk di antara madrasah yang terkenal di Sumatera Utara, sebanding dengan Madrasah Islam Stabat, Langkat, Madrasah Islam Binjai dan Madrasah al-Hasaniyah Medan.

Di antara ulama terkenal lulusan sekolah Asahan ini adalah Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis (1908-1972 M). Peninggalan tertulis warisan Kerajaan Asahan hanya berkaitan dengan buku-buku di bidang keagamaan yang dikarang oleh para ulama untuk kepentingan pengajaran.

Berikut ini beberapa buah buku yang dikarang oleh Syeikh Abdul Hamid di Asahan, iaitu:

1. Ad-Durusul Khulasiyah
2. Al-Mathalibul Jamaliyah
3. Al-Mamlakul ‘Arabiyah.
4. Nujumul Ittiba.
5. Tamyizut Taqlidi Minal Ittiba.
6. Al-Ittiba.
7. Al-Mufradat.
8. Mi‘rajun Nabi.

Kerana itu sepatutnya, Tanjung Balai mewarisi budaya cara hidup Islam yang syumul, walaupun masyarakatnya juga majmuk seperti di sebahagian daerah-daerah lain di Indonesia. Sepatutnya kegiatan-kegiatan Islam dan parti politik Islam mampu bertapak kukuh...

Sekian sebagai catatan kenangan dalam santai kali ini.



Ibnu Hasyim
Medan, Indonesia.

sumber

Monday, June 1, 2009

Mengenang Tokoh Sunnah Sultan Muhammad al-Fatih

Muhammad Al-Fatih
Muhammad Al-Fatih
Jumaat (29/5), warga Turki merayakan hari penaklukkan Istanbul-Konstantinopel yang ke-556 dengan mengadakan serangkaian acara di sekitar kota bersejarah tersebut. Demikian laporan media Turki, Dunya Bulteni.

Sultan Utsmani, Muhammad al-Fatih, berhasil mengambil alih kota tua Konstantinopel dari kekaisaran Bizantium pada tahun 1454, dalam umurnya yang baru menginjak 19 tahun. Kota tersebut kemudian dialihnamakan menjadi Istanbul (dari Islampolis atau Islambul).

Istanbul merayakan penaklukkan tersebut dengan pertunjukan cahaya. Sebuah filem tentang penaklukkan Konstantinopel pun diputar dengan menggunakan sistem 'watchout' dan layar sebesar 15x60 meter.

Penaklukkan Puitis

Salah seorang profesor terkemuka di bidang sastera Turki, Iskender Pala, mengatakan bahawa Sultan Muhammad al-Fatih sangat tahu yang dia tidak akan mampu menaklukkan Istanbul-Konstantinopel hanya dengan modal kekuatan. Maka al-Fatih pun memprioritaskan pembangunan peradaban di kawasan tersebut.

Pala menekankan "al-Fatih menjelajahi Barat dengan pedang, sedangkan menjelajahi Timur dengan pena."

"Tidak dapat dipungkiri bahawa dunia Timur telah mencapai kejayaan ilmu pengetahuan ketika Barat masih berada dalam masa kegelapan."

Muhammad Al-Fatih
Muhammad Al-Fatih
Pala juga menjelaskan bagaimana keunggulan Fatih sebagai seorang negarawan sekaligus pemikir. Hal tersebut didasarkan kepada intelektualiti yang akhirnya menjalar di Istanbul setelah penaklukkan oleh al-Fatih. Ketika itu, al-Fatih menyuarakan syairnya, "wahai para pemikir, datanglah ke kotaku! Aku telah membangun ruang-ruang penelitian untukmu! Wahai para seniman, datanglah ke kotaku! Aku telah membangun bengkel-bengkel seni untukmu!"

Merujuk pada intelgensia al-Fatih dalam bersyair, Pala pun mengatakan al-Fatih membangun batas-batas kota bukan dengan batu, melainkan dengan kebudayaan.

Profesor sejarah yang tersohor di Turki, Ilber Ortayli mengatakan al-Fatih menguasai bahasa Itali dan Yunani, serta menulis syair dalam bahasa Arab, Persia, dan Turki.

Ortayli menyatakan setelah penaklukkan, al-Fatih mulai membangun kembali setiap sudut-sudut kota Istanbul yang hancur. Ia membangun pasar, masjid, istana dan memeintahkan para pasha (kalangan bangsawan) untuk membangun kamar mandi umum, rumah ibadah, dan madrasah.

Sejak zaman dahulu, Konstantinopel tersohor kerana kemegahan dan keindahannya, hingga banyaklah para pujangga Arab-Islam sekalipun yang mengatakan "jika dunia ini adalah negeri, maka Konstantinopel adalah ibu kotanya."

Kota tersebut terletak di daerah perbukitan yang subur dengan pemandangannya yang luar biasa indah di tepi selat Bosphorus, dan diapit sekaligus dibentengi oleh banyak lautan, yaitu Laut Marmara, Laut Aegea, Laut Hitam, Selat Tanduk Emas, dan Selat Bosphorus.

Penaklukan Konstantinopel telah menjadi semacam impian hampir semua penguasa Islam. Nabi Muhammad sendiri dalam sebuah haditsnya pernah memberikan nubuwat sekaligus khabar gembira akan penaklukan kota tersohor itu, bahawa suatu saat umatku akan menaklukan Konstantinopel, pemimpinnya adalah sebaik-baiknya pemimpin, dan pasukannya adalah sebaik-baiknya pasukan.

Para pemimpin dinasti Umayyah (beribukota Damaskus) beberapa kali mencuba menyerbu Konstantinopel, tetapi mereka mengalami kegagalan. Demikian pula para penguasa dinasti Abbasiyyah (Baghdad), Fatimiyyah (Kairo), dan Seljuk (Busra), mereka semua tidak berhasil merebut kota permata itu. Barulah, setelah berdirinya dinasti Utsmani oleh bangsa Turki-Muslim di abad ke-13, Konstantinopel perlahan-lahan mulai diambil alih, hingga puncaknya jatuh ke tangan salah satu sultan dinasti itu, Muhammad al-Fatih, pada tahun 1545. (berbagaisumber/L2-AGS, Kairo)

sumber

Friday, December 19, 2008

Debat dengan Ahmadiah

"Catatan Perjalanan Dari Medan:

 SEPAS subuh panggung itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hendak dengar debat dengan aliran yang baru sampai itu. Debat itu diadakan di panggung (bioskop) “Hok Hoa” Medan pada 15 November 1935, iaitu masa penjajahan Belanda. Masa itu masyarakat Islam di Medan dikejutkan dengan datangnya seorang India bernama Mohammad Sadiq dengan pembantunya seorang asal Sumatera Barat Abubakar Ayub pada tahun 1934. Mereka membawa ajaran Ahmadiyah Qadian. Mereka menentang diadakan satu debat dengan tokoh-tokoh Ulama Islam.

Penyebar Ahmadiyah Qadian itu membawa satu gerobak kitab-kitab alirannya, sedangkan di pihak ulama Islam seperti Tengku Fachruddin (Ketua Majelis Syar’i Kerajaan Serdang), Tuan Syech Mahmud Hayat (Muhammadiyah), H. Ismail Lubis dan H. Abdul Majid hanya membawa secarik kertas saja. Tetapi tiba-tiba puak-puak Ahmadiyah Qadian itu meninggalkan ruangan muzakarah, tak jadi nak debat, dengan tiada alasan menasabah. Ertinya cabut lari sebelum berhujjah.

Maka para ulama yang hadir mengeluarkan pernyataan sebagai berikut (saya salin dalam bentuk tulisan asal):

{ MAKLUMAT:
Bagaimanakah pendapat dan putusan ahli-ahli Agama Islam terhadap Mirza Gulam Ahmad dan pengikut-pengikutnya?

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA.
Oentoek mendjelaskan dan menjatakan dengan seterang-terangnya tentang kepertjajaan dan i’tikad partai Ahmadiyah Al-Qadiany menoeroet poetoesan

‘Oelama-oelama Islam yang bersendikan Al-Quranoelkarim dan Al-Hadits beserta Idjma’ Oelama, teroetama oelama-oelama di Sumatera Timoer, maka oleh Komite Pembanteras i’tikad Ahmadiyah Al-Qadiany jang didirikan pada tanggal 10 Nopember di Medan telah mengemoekakan pertanjaan pada seloeroehnya oelama-oelama Islam terseboet dari keadaan i’tikad mereka itoe.

PENDAPATAN DAN KEPOETOESAN
Menoeroet penjelidikan dan pemeriksaan ahli-ahli Agama Islam maka njata dan teranglah menoeroet dalil-dalil (boekti-boekti) bahwa:

1. Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany jang mengaku dan mendakwakan dirinja Nabi (Rasul) dikemoedian Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengakoean ini menjebabkan akan ianya murtad (kafir).

2. Demikian djuga pengikoet-pengikoetnja jang mereka itu mengakoei dan mempertjajai bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Gadiany berpangkat Nabi dan Rasoel dikemoedian Nabi Moehammad s.a.w maka dengan kepertjajaan ini mereka menjadi kafir.

KESIMPOELANNJA:
MIRZA GULAM AHMAD AL-QADIANY KAFIR (MOERTAD). PENGIKOET-PENGIKOETNJA DJUGA KAFIR (MOERTAD) BERLINDUNGLAH KITA DARI KEADAAN INI.

Di sinilah dinjatakan nama-nama oelama-oelama Islam jang telah mengkafirkan akan mereka itu;

1. J.M.T.Fachruddin Ketua Madjlis Syar’iy Kerajaan Serdang di Perbaungan.
2. Kadhi Perbaungan.
3. Sjech Al-Hadji Zainuddin bekas Mufti Kerajaan Serdang di Perbaungan.
4. Sjech Al-Hadji Mhd. Yunus Guru Besar Maktab Al-Islamiyah, Medan.
5. Sjech Al-Hadji Mhd. Ziadah bekas Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
6. Sjech Abdullah Afifuddin Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
7. Abd. Rahim Abdullah Guru Madrasah, Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
8. Al-Hadji Mhd. Nur Abd. Karim Kadhi Tandjung Pura, Langkat.
9. Al-Hadji Dja’far bekas Guru Besar Al-Islamiyah Medan Deli.
10. Madjlis Al-Fatwa Al-Djam. Washliyah Medan Deli.
11. Al-Hadji Abd. Madjid Abdullah Guru Agama Medan Deli.
12. Al-Hadji Abd. Karim Guru Agama Bindjai.
13. Al-Ustaz Al-Hadji Abd. Halim Hasan Guru Besar Madrasah Al-Ariyah Bindjai.
14. Abd. Rahim Hitamy Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
15. Zainal Arifin Abas Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
16. Al-Hadji Abd. Wahab Guru Agama Bandar Sinembah Bindjai.
17. Al-Hadji Mhd. Nur Khadi Bindjai
18. Al-Haji Mahmud Ismail Lubis Kadhi Sei. Kerah Medan.
19. Al-Hadji Islas Kadhi Suka Piring Medan.
20. Al-Hadji Zainal Abidin Kadhi Pematang Siantar, dan 33 oelama lainnya.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA

Maka menilik keadaan ini terang dan njatalah:

1. Mirza Gulam Ahmad dan pengikoet-pengikoetnja kafir (keluar dari agama Islam).

2. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Allah, yaitu dengan perkataan: “Asjhadu Alla Ilaaha Illalloh” binasa dan tiada diterima selama mereka tetap ber’itkad sebagai tersebut.

3. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perkataan “Asjhaduanna Muhammadarrasuululloh”, djuga tidak makbul (sia-sia) selama mereka tetap beri’tikad sebagai tersebut.

4. Pergaulan dan perhubungan serta persaudaraan setjara Islam telah poetoeslah di antara umat Islam dengan mereka itu :

(i). Dua kalimah Asjsjahadah yaitu “Asjhadu Alla Illallooh wa asjhaduanna Muhammadarrasuullullooh” jang mereka otjapkan dan mereka tuliskan di papan-papan mereka jang tergantung di muka-muka rumah mereka itu, tidak lain melainkan sebagai umpan atau topeng untuk menjesatkan umat Islam terutama umat Islam jang kurang pengetahuannja.

(ii) Da’wah atau pengakuan mereka bahwa mereka itu orang Islam pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut Kitabullah Al-Quranul Karim, tidak benar dan kosong semata-mata. Hal ini tidak lain melainkan perkakas untuk penjesatkan umat Islam soepaja terdjerumus pada djaring mereka.

(iii) Segala perkataan-perkataan jang manis-manis baik jang diutjapkan dengan mulut mereka sendiri ataupun jang tertulis di dalam majalah-majalah dan soerat sebaran (maklumat) jang sengadja mereka terbitkan demikian djuga jang mereka masukkan di dalam surat-surat chabar jang dari kalimat-kalimatnja ada terbajang bahwa partai mereka ada tunduk di bawah pandji-pandji Islam dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. adalah doesta dan tipoean semata-mata.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA
Sebagai telah njata dan terang bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany dan pengikoetnja adalah dengan sebab i’tikad mereka telah menjadi murtad (kafir). Oleh sebab itu mka segala perhoeboengan dan pertalian yang tiada diharoeskan pada Sjara’ antara oemat Islam dengan lain-lain Islam, maka tiada diharoeskan djuga dengan mereka itu. Soepaja umat Islam seluruhnja dapat mengetahui di sini diterangkan hal-hal yang terbesar misalnya.

1. Kalaoe mereka mati tidak harus (haram) disembahjangkan dan dikoeboerkan di tanah perkuburan (tanah wakaf orang Islam).

2. Perkawinan (nikah) mereka tidak sah dan tidak halal dengan orang Islam.
3. Sembelihan mereka tidak halal dimakan orang Islam.

4. Tidak harus dibebaskan mereka beribadat di Mesjid-mesjid dan langgar-langgar serta surau-surau wakaf orang Islam.

5. Kitab Al-Quran an Al-Hadis serta kitab-kitab Agama kepoenjaan orang Islam tidak haroes diserahkan ketangan mereka.

6. Oemat Islam tidak diharoeskan memberi salam kepada mereka.

7. Antara oemat Islam dengan mereka tidak poesaka mempoesakai.

8. Dan lain-lain. }

Jadi, soal Ajaran Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiany bukanlah perkara baharu. Ia sudah lama dijelaskan kesesatannya. Khalifah Abu Bakar Khalifah Islam Pertama berpusatkan di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW... beliau mengambil-alih pemerintahan Islam, langkah awalnya ialah memerangi 'Orang Murtad'. Pertama murtad kerana ada yang mengaku jadi 'nabi', seperti Musilamah Kazzab selepas kewafatan Nabi, dan orang yang tidak mahu keluarkan zakat walaupun mereka juga mengaku beragama Islam.

Pada saya, hukum orang murtad hanya boleh wujud dalam pemerintahan yang dasar negaranya adalah dasar Islam. Kalau negara itu negara sekular seperti Malaysia, Indonesia dan sejenis dengannya, yakni Perlembagaan dan Undang-undang Dasarnya bukan Islam, maka jadilah seperti terjadi sekarang. Tak boleh selesai. Ulamak-ulamak disumbat mulut mereka menjadi 'syaitan bisu' tidak boleh menyatakan kebenaran. Kerana perlaksanaan Islam dalam negara cuma tempelan bukan dasar, bukannya Islam yang memerintah, tetapi Islam diperintah!!

Sekian, wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
Medan.

sumber

Tokoh Sunnah Pertama Terjemah 30 Juzuk Quran ke Bahasa Melayu

Ulama Aceh yang tak kurang pentingnya dengan ketiga-tiga ulama yang tersebut itu ialah Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri (1001 H/1592 M-1105 H/1693 M). Beliau ini juga menghasilkan karangan yang banyak.

Dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara jilid 1 telah penulis senaraikan karya beliau sebanyak 25 judul. Tetapi setelah buku itu diterbitkan, ditemui pula tiga judul baru iaitu: Aghmadh as-Sail, Kanz al-Insaniyi dan Durrat al-Baida' Tanbihan li al-Nisa'. Kandungan kitab Aghmadh as-Sail membicarakan ilmu tauhid. Hanya dijumpai sebuah saja dan tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia.

Kanz al-Insaniyi dan Durrat al-Baida' kedua-duanya tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PMMPNM) masing-masing dengan nombor kelas MS 1530 dan MS 1625.

Seperti yang pernah disebut oleh penulis dalam artikel-artikel sebelumnya, bahawa Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri adalah tokoh ulama dunia Melayu yang pertama menterjemah dan mentafsirkan al-Quran secara lengkap 30 juzuk ke dalam bahasa Melayu. Ia diberi judul Turjuman al-Mustafid, dalam percakapan lebih popular dengan judul Tafsir Baidhawi.

Dalam sejarah yang diceritakan secara bersambung, bahawa sebenarnya terjemahan dan tafsir tersebut tidak sempat diselesaikan oleh Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri, tetapi disambung penyelesaiannya oleh seorang murid beliau bernama Baba Daud al-Jawi bin Ismail al-Jawi bin Agha Mustafa al-Rumi. Datuk nenek Baba Daud al-Jawi berasal dari Rom, kemudian berpindah ke Turki seterusnya ke Aceh. Salah seorang keturunannya berpindah ke Patani, yang kemudian mendapat seorang zuriat yang menjadi ulama bernama Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani.

Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani itulah yang menyimpan manuskrip asli Turjuman al-Mustafid hasil penulisan gabungan Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri dan Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi itu. Manuskrip asli itulah yang diserahkan oleh Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani kepada saudara sepupu dan gurunya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Maka kemudiannya manuskrip itu ditashih untuk diterbitkan.

Pada semua edisi cetakan Turjuman al-Mustafid dicantumkan nama tiga orang pentashih iaitu Sheikh Ahmad al-Fathani, Sheikh Daud al-Fathani dan Sheikh Idris al-Kalantani.

Peringkat murid Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang tersebar di pelbagai tempat dalam dunia Melayu juga menghasilkan karya. Di antara karya-karya mereka telah dijumpai manuskripnya atau sekurang-kurangnya dapat dikesan judulnya. Di antaranya ialah yang berasal dari negeri Bugis-Makasar, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati (1036 H/1626 M-1699 M).

Sebahagian besar karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Bugis, yang mana dalam bahasa Bugis ditulis dalam aksara Bugis. Setakat ini, hanya sebuah karya beliau yang ditulis dalam bahasa Melayu telah ditemui. Manuskrip dalam bahasa Melayu itu diperoleh dari Sri Langka.

baca seterusnya

Friday, November 21, 2008

Sunday, May 18, 2008

Para Penyebar Islam di Nusantara

Dikatakan seorang bangsa Arab bernama Sheikh Ali Abdullah yang dahulunya tinggal di Patani, mengislamkan raja Kelantan. Pengakuan Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Mahmud Nik Ismail tentang pertemuan mata wang tahun 577 Hijrah atau 1181 Masihi, tulisan dengan angka Arab, juga tertulis dengan huruf Arab sebelah menyebelah mata wang itu masing-masing dengan Al-Julusul Kalantan dan Al-Mutawakkal 'alallah.

Sekitar tahun 1150 Masihi, datang seorang Sheikh dari Patani menyebarkan Islam di Kelantan. Diriwayatkan pula oleh ulama Patani secara bersambung bahawa Islam masuk ke Patani dibawa oleh Sheikh Abdur Razaq dari Tanah Arab. Sebelum ke Patani, beliau tinggal di Aceh hampir 40 tahun.

seterusnya

Imam Syafie Berguru Kepada Imam Malik (video)

Tazkirah Kesufian



"هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم

ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين

الحمعة : 2


Dialah yang telah megutuskan di kalangan orang-orang Arab yang umiyyin,seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.


Makna Ringkas Sufi

Sesetengah orang mengatakan: “Para sufi dinamakan demikian hanya kerana kemurnian (shafa) hati dan kebersihan tindakan mereka (athar).”

Bisyr ibn al-Harits mengatakan: “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (shafa) terhadap Tuhan. Ulama lain menyatakan: “Sufi adalah orang yang tulus terhadap Tuhan dan mendapat rahmat tulus dari Tuhan. “

Sebahagian mereka telah mengatakan: “Mereka dinamakan sebagai para Sufi kerana pada baris pertama “shaf” di depan Tuhan, kerana besarnya keinginan mereka di hadapanNya”.

Sesetengah menyatakan: “Mereka dinamakan Sufi kerana sifat-sifat mereka menyamai sifat-sifat orang yang tinggal di serambi masjid (shuffah), yang hidup pada masa Nabi SAW “yang lain-lain lagi telah mengatakan: “Mereka dinamakan sufi hanya kerana kebiasaan mereka mengenakan baju dari bulu domba (shuf).


Nabi Muhamad SAW Contoh Utama

Tidak syak lagi Nabi Muhamad merupakan contoh unggul dalam membicarakan pemikiran sufi dan alamnya. Hidup Rasulullah yang penuh dengan penderitaan, pengorbanan demi menyampaikan risalah Islam ini menggambarkan ciri-ciri kesufian dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Hampir semua kitab yang menulis tentang baginda menceritakan bagaimana keadaan rumahtangganya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah dan makanan yang enak malah alas tidurnya hanya berbekalkan tikar yang apabila tidur di atasnya, bekasnya terlekat di pipinya. Bukan sahaja sajian roti kering yang dibuat dari tepung kasar dengan segelas air minum, sebutir atau dua butir kurma yang sememangnya telah diketahui umum.

Hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari menceritakan bahawa Saiditina Aisyah pada satu ketika mengadu kepada Urwah dengan katanya: “Lihatlah Urwah, kadang-kadang berhari-hari dapurku tidak bernyala..”

Ibnu Masud menerangkan bahawa beliau pernah masuk ke rumah Rasulullah dan didapatinya Nabi sedang berbaring di atas sepotong anyaman daun kurma yang membekas kepada pipinya. Dengan sedih Ibn Masud bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak baik aku mencari sebuah bantal untukmu?”. “Nabi menjawab: “Tidak ada hajatku untuk itu. Aku dan dunia adalah laksana seorang yang sedang bermusafir, berteduh sebentar di kala hari sangat terik di bawah naungan sepohon kayu yang rendang, kemudian berangkat dari situ ke arah tujuan lain yang kekal”.

Dalam sebuah riwayat lain bahawa pada suatu hari Nabi teringat dalam sembahyangnya, bahawa di rumahnya masih tersimpan satu pundi-pundi emas yang belum disampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Lalu diringkaskan sembahyangnya dan dengan tergesa-gesa baginda pergi membahagi-bahagi sedekah itu kerana baginda tidak ingin sepotong emas pun tinggal di rumahnya.

Terdapat juga dalam cerita bahawa pada suatu hari pernah diletakkan orang di depannya sekaligus tujuh puluh ribu dirham emas. Semua wang itu emas itu seketika itu juga dibahagi-bahagikan dan sebutir pun tidak ada yang tertinggal. Abdul Rahman bin ‘Auf menceritakan ketika Nabi Suci SAW wafat tidak ada yang tinggal padanya kecuali sepotong roti, sebilah pedang, seekor kaldai tunggangan dan sebidang tanah untuk anaknya Fatimah Az-zahra’.

Demikianlah keadaan pemimpin agung dunia ini yang menjadi contoh berzaman untuk membuka mata sahabat dan pengikutnya melihat, apa tujuan sebenar manusia itu hidup. Untuk membuka hati keluarga dan umatnya lebih luas daripada perutnya, daripada mulutnya, daripada mata, hidung dan telinganya, sehingga tubuh yang kasar itu dapat menerima percikan cahaya Ilahi yang lebih tinggi tentang wujud, sehingga dengan demikian dapatlah manusia merasai tujuan hidup yang sementara ini untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

Rumahtangganya menjadi contoh, pakaiannya menjadi ikutan, makanannya menjadi teladan dan sabar serta toleransinya pun menjadi panduan.

Zaman Selepas Rasulullah

Golongan sahabat merupakan golongan sufi. Mereka bersama Rasulullah bangun berjuang menentang kekufuran dan kemunafikan. Mereka tidak segan menyatakan pendirian bersama Rasulullah. Merekalah petunjuk sepanjang zaman menerangi alam yang gelap, mewarnai kehidupan manusia menyusun susur atur masyarakat, menjiwai kemurnian yang luhur dan prinsip yang tegar.

Setelah zaman sahabat, munculnya zaman para tabien yang memunculkan ramai golongan yang mempunyai sifat dan personaliti anggun yang mencirikan kehidupan Rasulullah SAW.

Saidina Ali yang namanya begitu dominan dalam silsilah tareqat, bukan sahaja tokoh kezuhudan dan hikmah, malah beliau juga adalah negarawan ulung dan pemerintah dan syahid kerana keadilannya. Surat beliau kepada sahabatnya, Malik Asytar merupakan kod etika bertulis untuk panduan pemimpin negara. Dia adalah wujud yang merealisasikan ‘rahban fi al-lail wa fursan fi an-nahar”

Begitu juga Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi pemerintah yang mengekalkan kezuhudan walaupun sekelilingnya penuh kekayaan dan kemewahan. Sehingga terdapat kisah yang memperakui bahawa pada waktu tersebut tidak ada seorang pun rakyatnya yang layak menerima zakat lantaran kekayaan dan kemewahan umat. Sungguhpun demikian, style dan cara hidup pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah disebut sebagai pemboros, pengaut kemewahan negara, tidak pernah dicatatkan tentang ketamakan harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat, penyalahgunaan harta rakyat dan seumpamanya.

Zaman Moden

Penyakit hubbun dunya dan hubbul jaah telah menjadi satu macam penyakit yang disukai, diburui tanpa menghiraukan dosa dan pahala. Keegoan dalam diri manusia untuk menerima kebenaran juga merupakan penyakit hati yang melanda masyarakat pada hari ini.

Kebejatan sosial, politik dan ekonomi yang melanda kita pada hari ini kadang-kala memberikan kita satu konklusi bahawa lantaran pengabaian terhadap usaha menyucikan jiwa, usaha mengislahkan diri, manusia terkapai dalam medan kehidupan malah seringkali lemas mencari petunjuk kebenaran lantas tersadai di pinggir khayalan.

Apakah ciri-ciri kesufian yang memancarkan jiwa zuhud, qanaah, kesederhanaan, redha, mahabbah, syukur dan sebagainya itu hanya relevan dengan zaman silam yang hanya layak untuk dipaparkan dalam sejarah semata-mata?

Apakah dengan realiti kita pada hari amat sukar rasanya untuk sekurangnya kita mencontohi mereka dalam kehidupan kita? Apakah zaman sekarang tidak relevan untuk membicarakan sufi dan kepentingan tentangnya sedangkan kesufian inilah yang memberikan kegemilangan dan kecemerlangan kepada tamadun umat Islam malah melahirkan jiwa kental, jiwa berani, teguh dan sabar menghadapi penderitaan dan cabaran malah berasa teguh dalam menyelusuri peredaran zaman menongkah arus cabaran.

Apakah zaman kini yang disebut zaman moden amat janggal untuk kita bicarakan kesufian lantaran canggihnya teknologi yang kita miliki, majunya kehidupan duniawi yang kita huni ini. Tetapi dalam masa yang sama umat manusia pada hari ini sedang terkepung dalam bahaya Jahiliyyah abad baru.
Budaya cintakan kebendaan sudah menjadi paparan kehidupan manusia, saban waktu malah setiap detik kita didendangkan dengan alunan pembangunan kebendaan yang tidak segan silu memaparkan personaliti-personaliti mazmumah. Bahkan lebih parah mereka bukan sahaja berbangga dengan corak kehidupan yang ‘maju’ ini malah menuding telunjuk menyatakan pihak lain sebagai penghalang kemajuan, kolot dan pemecah belah umat.

Al-hasilnya dapat dilihat, kemajuan IT, pembangunan kebendaan telah dijadikan alat untuk membina kekayaan secara individu. Yang miskin dan lemah terus terancam. Kemurnian akhlak, keluhuran budi dan tingkahlaku telah dipinggir dan dipisahkan dalam agenda pembangunan.

Tokoh revolusi dan sufi, Abu Dzar Al-Ghifari ketika berteriak di hadapan mahligai mewah Muawiyah, beliau berkata: “Jika istana ini kamu bina dengan hartamu sendiri, kamu berlebih-lebihan. Sekiranya engkau dirikan istana ini dengan harta rakyat sesungguhnya kamu telah khianat.”

Runtuhya institusi politik yang berorientasikan ism-ism hubbun dunya dan hubbul jaah telah dapat kita saksikan kini. Percakaran dan perpecahan sesama mereka menjadi isu yang tidak sudah-sudah penghujungnya.

Sifat mazmumah yang tertanam dalam hati masyarakat bukan lagi perkara baru yang didedahkan. Sifat hasad dengki, tamak, pentingkan diri sendiri adalah paparan cerita yang saban hari menjadi penyakit hati dalam masyarakat.

Lantaran itu seluruh masyarakat dan negara bergelut dengan masalah yang tidak-tidak sudah-sudah jalan penyelesaiannya.

Kegersangan Dunia Moden

Ketika modenisasi datang ada beberapa reaksi kaum muslimin. Pertama kagum dengan modenisasi sehingga mereka mellihat kembali kesesuaian Islam dalam dunia sekarang. Lalu timbullah gejala sekularisme yang memisahkan agama dan politik kerana mereka merasakan hukum Islam sudah tidak relevan.

Kelompok kedua ialah mereka yang menjauh diri daripada apa saja yang bernama kemodenan. Segala bentuk pemodenan dianggap Barat dan jahat. Akhirnya mereka sendiri terperosok dan terpisah daripada masyarakat. Hasilnya mereka bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kontemporari bahkan mereka juga gagal memahami kenyataan hidup.

Kelompok ketiga ialah mereka yang bereaksi dengan penuh kritis dan meneliti modenisasi dari segala aspeknya-positif dan negatif. Misalnya, kita mahu ulama-ulama yang dibesarkan di bawah bimbingan pondok dan asuhan hauzah mampu membuat kritikan terhadap sistem dan fahaman sekularisme, nasionalisme, kapitalisme dan bermacam isme lagi. Murtadha Muthahhari misalnya sangat pakar dalam menganalisis akar-akar pemikiran marxisme.

Orang-orang moden, terutama Barat dan para pendokongnya, dalam dunia moden kecewa terhadap modenisasi kerana kegersangan rasional yang dibawanya. Maka masyarakat mula menginginkan sesuatu yang tidak logik, tidak rasional. Sehingga lahirlah apa yang disebut post-modernisme.

Di dalam filem lazimnya, logika banyak dilempar jauh kerana mereka sudah jemu dengan logik, kecewa dengan rasionalisme dalam kehidupan.

Lalu mereka mula memasuki hal-hal yang mistikal, yang di luar rasional. Maka di sinilah peranan para sufi dan tasawwuf itu perlu memainkan peranan bagi mengisi kekosongan masyarakat moden kini. Ibnu Arabi atau Syed Hussein Nasr misalnya, selain berpegang kepada rasional yang kuat, juga berpaut kepada dimensi mistikal-tasawwuf.

Sekali lagi tasawwuf harus memberi kekuatan terhadap kerinduan-kerinduan yang digersangkan oleh rasionalisme moden. Tragedi ‘Sauk’ adalah contoh bagaimana masyarakat yang terdiri daripada profesional, ahli korporat dan lain-lain mengidap ‘kerinduan’ mistikal ini.

Jika kita soroti kedatangan dan perkembangan Islam di Malaysia khususnya Kelantan, Islam muncul kepada kita dengan wajah yang menyenangkan masyarakat pada waktu itu. Majlis tahlil, sambutan Maulid Nabi, ziarah kubur dan sebagainya begitu cocok dengan mereka.

Dan tradisi ini terus berkembang dan sentiasa dipelihara oleh para tok lebai, tok ayah, para ulama silam dan diwarisi oleh generasi berpendidikan agama hari ini. Kesannya Islam terus mendapat sambutan dan terbukti pemupukan bi’ah Islamiyyah lebih ketara di Kelantan. Dan inilah juga faktor mereka terus ingin mengekalkan kepimpinan ulama.

Relevansi Sufi Dalam Dunia Moden

Cahaya iman yang terpancar daripada jiwa mukmin yang bersih sahajalah yang mampu memberi sinar kepada kehidupan kini.

Lantaran itu apabila kita berbicara mengenai perkara ini tidak ada formula yang ampuh dan berkesan melainkan kita mengembalikan diri kepadaNya yang Maha Esa, mengembalikan kepada penginsafan bahawa dunia yang bersifat sementara ini bukan segalanya yang kita cari. Bahawa dunia yang mengilusikan waktu yang sedetik ini tidak mungkin untuk pergunakan untuk kepuasan diri dan hawa nafsu kerana natijah daripada perkara tersebut adalah sesal dan binasa.

Sebab itu Allah sebut dalam Al-Quran: (Surah An-Naazi’at: 37-39)

ُErtinya: Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.

Apabila kita berbicara mengenai Sufisme di tengah masyarakat moden, ada suara sumbang yang menyatakan bahawa ini adalah satu usaha memutarkan jarum jam ke belakang, menyelusuri zaman silam dengan segala kemunduran. Menyingkapkan tirai kemiskinan dengan segala kesusahan dengan pelbagai bayangan yang terjelma di minda kepala mereka untuk memencilkan pengertian dan penghayatan sufi ini.

Relevansi Sufism pada hari ini, dilihat dari persepsi dan pandangan yang keliru. Kini apabila istilah sufism diketengahkan ramai yang memahami bahawa Sufi merupakan cara hidup golongan tertentu yang mengamalkan zikir-zikir tertentu, tidak suka keluar untuk bergaul bersama masyarkat, berperilaku tidak rasional, memencilkan diri dari kehangatan bermasyarakat dan seumpamanya.

Tasawwuf dianggap anti sains, anti kemajuan dan anti kemodenan. Bagi para pembencinya tasawwuf difahami sebagai suatu usaha menghindari dunia, menyibukkan diri dalam zikir dan doa. Biarlah tasawwuf dipelajari oleh orang tua dan uzur sebelum mati.

Kadang kala seorang aktivis menganggap tasawwuf menurunkan semangat juang seseorang untuk menentang kezaliman. Tasawuf hanya ubat untuk menghalau hantu raya dan santau. Selain bank Islam, sains Islam, universiti Islam, ada juga klinik Islam iaitu tasawwuf.

Namun perlu disedari bahawa jiwa sebenarnya walau apapun disebut tentangnya kita memerlukan pentazkiyahan. Walau macamana zaman berubah sekalipun jiwa perlu diubati dari penyakit. Kerana penyakit ini jika tidak diubati akan menjadi barah merosakkan manusia.

Lantaran itu alim ulama’ yang silam seperti Imam Al-Ghazali mengungkapkan pengertian penjernihan jiwa bukan setakat mengamalkan amalan tertentu dan aktiviti tertentu semata-mata. Tetapi sebenarnya apa yang perlu dilihat adalah Imam Ghazali telah menetapkan dasar sufi secara keseluruhan untuk diamalkan.

Bukan apabila disebut mengenai sufi, ia adalah satu juzu’ dengan juzu yang lain tetapi sebenarnya apa yang disebut pentazkiyahan nafs adalah satu usaha untuk menjadikan diri kita sebagai hamba kepada Allah, yang benar-benar patuh kepada perintahNya, menjadikan hidup di dunai ini sebagai jambatan ke akhirat. Menjadikan hidup ini sebagai tempat berteduh dari perit matahari buat sementara waktu bagi meneruskan perjalanan yang panjang dan abadi.

Mereka menjadikan dunia ini sebagai tempat untuk mencari bekalan akhirat. Menjadikan dunia ini sebagai tempat membina kemakmuran dan pengislahan. Oleh sebab itu mereka teguh dengan prinsip dan keyakinan semata-mata dengan nama Islam-walau karihal kafirun.

Sebaliknya sufi dengan ciri-ciri yang ada padanya merupakan nadi kekuatan, menjadi penjana segala kemajuan malah menjadi intipati kepada pembangunan masyarakat yang ampuh dan terjamin.

Menakjubkan kalau kita melihat nama-nama besar dalam dunia sufi, mereka merupakan cermin ketokohan. Al-Hallaj, Al-Qawariri dan sebagainya adalah pemuka masyarakat dalam pemerintahan dan keagamaan. Jalaluddin Ar-Rumi pernah menjadi menteri. Malik bin Dinar adalah seorang sultan. Sultan Akbar yang berjaya menyatukan India dalam kedamaian dan kemakmuran adalah seorang raja yang sufi (*cerita Sultan Akbar ini perlu disaring-Gagasan Ulama)).

Tareqat Sanusiyyah di Tunisia berhasil menghalau penjajah dan membentuk Libya. Imam Khomeini, pemimpin Revolusi Islam Iran yang menggemparkan itu dikenali sebagai seorang tokoh irfan abad ke-15. Berkat aliran-aliran sufi, bangsa Chechen yang memelihara Islam dalam cengkaman komunisme bangkit menentang Rusia sendirian. Terakhir, pejuang Hizbullah Lebnon yang berjaya menghambat Israel juga menghidupkan amalan sufisme dalam rutin kehidupan mereka.

Perlu difahami di sini ialah sebenarnya sufi berasal daripada makna penyucian jiwa. Penyucian jiwa daripada penyakit hati, keegoan, ketamakan dunia, harta, pangkat dengan menginsafi bahawa dunia yang bersifat sementara ini bukan segalanya yang dikejarkan.

Bukan matlamat utama yang hendak dicapai. Tetapi dunia ini adalah jambatan menuju akhirat. Tasawwuf yang sebenarnya ialah gaya hidup yang meliputi sikap, pandangan dan tingkah-laku. Tasawwuf bukan mekanisme pelarian dan persembunyian. Para sufi bukan meninggalkan dunia. Bahkan mereka ingin menggoncangnya. Tasawwuf juga tidak menafikan syariat. Tasawwuf berpijak pada syariat untuk menjalani tareqat agar mencapai hakikat.

Penutup

Masyarakat harus sedar bagaimana seorang sufi mampu berperanan dalam pembangunan dan perkembangan ummah kerana seseorang sufi yang sebenar adalah mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik dan seikhlas mungkin. Zuhud dalam tasawwuf bukan kependetaan yang menolak dunia tetapi memiliki dunia.

Keserakahan dan rakus terhadap kekuasaan dan kekayaan didorong oleh hilangnya rasa takut kepada Allah dan lupanya manusia dengan azab nerakaNya. Kezaliman dalam masyarakat juga berpunca daripada sirnanya rasa mahabbah sesama insan. Manusia sanggup bertuhankan manusia lain disebabkan tidak ada kebergantungan dan pergharapan kepada Allah.

Maka sufisme pada hari ini perlulah diungkapkan sebagai satu usaha untuk menuju redha Allah, cinta dan patuh kepada perintahNya dengan menempuh perjalanan Ilahiyyah seperti taubat, khauf wa raja’, zuhud, mahabbah, sabar dan sebagainya yang dengannya manusia akan lebih memakmurkan dunia ini menjadi ‘baldatun thaiyibatun wa rabbun ghafur’.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sunday, February 24, 2008

Syeikh Daud al-Fathani pengarang ulung Asia Tenggara


Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SYEIKH Daud bin Abdullah al-Fathani bukan sahaja seorang ulama yang terkenal, tetapi juga seorang pengarang terulung di Asia Tenggara.

Sebahagian besar karya-karya beliau sangat terkenal di Asia Tenggara, bahkan masih digunakan untuk pengajaran dan dikaji oleh pelbagai golongan sehingga kini.

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang fiqh, tetapi juga pelbagai bidang lain. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya beliau yang ditinggalkan sekalian lama, tetapi masih digunakan hingga kini dalam pelbagai peringkat.

Dalam artikel ini, penulis akan membicarakan maklumat ringkas tentang beberapa karya-karya beliau. Antara karya-karyanya adalah seperti berikut:

1. Bughyat al-Tullab

Kitab ini adalah kitab Fikah yang berkaitan bahagian ibadat yang dimulai dengan Sirat al-Mustaqim (1044 - 1054 H), karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri Aceh dan Sabil al-Muhtadin (1193 H), karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Tiga buah buku tersebut adalah tiga kitab Jawi besar yang terlengkap dalam perkara ibadat di alam Melayu.

Pada bahagian mukadimah, Syeikh daud al-Fathani mencantumkan beberapa hadis tentang ilmu pengetahuan dan sejarah ringkas Imam Syafie. Kitab ini telah banyak kali dicetak di Mekah, Mesir dan Turki pada masa dahulu dengan diusahakan oleh Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan kemudian diteruskan oleh ahli waris iaitu Syeikh Abdullah Daud al-Fathani, Syeikh Muhammad Daud al-Fathani dan Syeikh Nur Daud al-Fathani.

Manuskrip kitab ini yang berupa tulisan tangan tersimpan di Pusat Islam bernombor M.I.407, M.I.306, menyebut juga kitab bertajuk Perhubungan Bughyat al-Tullab, yang ditulis oleh Muhammad Salib bin Jaib pada 10 Safar 1275 H.

2. Al-Saidu wa al-Zabaih

Syeikh Daud al-Fathani hanya menyebut tarikh tulisannya pada hari Rabu 10 Safar, tanpa menyebut tahunnya dan ditulis di Mekah. Kandungannya membicarakan hukum penyembelihan, hukum pemburuan, hukum korban, hukum akikah, hukum binatang halal dan haram dimakan dan lain-lain yang ada kaitan dengan perkara-perkara tersebut itu.

Kitab ini juga banyak kali diterbitkan di Mekah, Mesir dan Turki. Manakala yang berupa manuskrip selain terdapat dalam koleksi penulis, tersimpan juga di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I.246 dan 449.

3. Al-Bahjat al-Saniyat

Kitab ini juga hanya menyebut haribulan, iaitu selesai menulis pada hari Sabtu, waktu Asar 16 Safar tanpa menyebut tahun dan juga ditulis di Mekah. Adapun kitab Bahjat al-Saniyat ini merupakan terjemahan dan syarahan dari kitab gurunya Syeikh Ahmad al-Marzuqi. Asalnya adalah catatan imlak daripada ulama tersebut kepada Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjar. Syeikh Syihabuddin pula adalah termasuk salah seorang murid Syeikh Daud al-Fathani. Syeikh Syihabuddin mencatat daripada imlak itu dengan bahasa Arab dan selesai menulisnya pada hari Selasa bulan Zulhijjah 1258 H.

Catatan imlak tersebut dinamakan dengan Aqidat al-Awam. Syeikh Ahmad al-Marzuqi menyuruh Syeikh Daud al-Fathani mensyarah kitab itu dan menterjemahkan sekali ke dalam bahasa Melayu. Kandungan kitab ini ialah tentang ilmu tauhid dan sekelian perkara yang ada hubungan dengannya.

Manuskrip kitab ini tersimpan juga di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I. 224,295 dan 359. M.I.244 adalah tulisan tangan Mahmud bin Yusuf al-Jawi Tarkanu (Terengganu) pada 4 Rabiul Thani 1261 H. Ini bererti penyalin tersebut sempat menemui masa-masa kehidupan Syeikh Daud al-Fathani. Dapat diyakini bahawa beliau termasuk salah seorang murid Syeikh Daud al-Fathani, penyusun kitab tersebut.

4. Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar

Tulisan tangan asli naskhah kitab ini penulis temui pada April 1989 M. Kitab ini merupakan terjemahan dan sedutan daripada karya Syeikh Muhammad bin Umar al-Ghamari al-Wasiti. Kitab ini sangat penting membahas bidang tasawuf yang sangat mendalam. Tarikh penulisannya juga tidak disebut oleh beliau.

5. Manhalush Shafi

Penulis menemui dua versi manuskrip tulisan tangan kitab ini iaitu yang ditulis oleh moyang penulis, Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, iaitu murid Syeikh Daud al-Fathani pada tahun 1276 H. Sebuah lagi adalah tulisan Wan Umar bin Wan Ahmad al-Jambu, tanpa menyebut tahun penulisannya.

Di Pusat Islam Malaysia, ternyata kitab ini termasuk yang terbanyak manuskripnya yang ditulis oleh ramai orang. Nombor-nombornya adalah M.I. 262, 354, 414, 429, 448, 467, 504, 603, 668, dan 669. Manuskrip tersebut ada yang cukup halamannya, ada pula yang tidak lengkap malah halamannya tidak teratur.

6. Munyat al-Mushalli

Syeikh Daud al-Fathani menyelesaikan kitab Munyat al-Mushalli ini dalam tahun 1242 H. Dalam beberapa naskhah terdapat perbezaan kenyataan haribulan. Contoh dalam manuskrip nombor M.I. 202 menyebut selesai menulis pada waktu Dhuha, hari Selasa 15 Zulhijjah 1242 H, manakala dalam M.I. 238 adalah waktu Isyak, malam Ahad bulan syawal 1243 H.

Cetakan pertama kali kitab ini ialah pada tahun 1310 H oleh Matba’ah al-Miriyah Mekah. Cetakan pertama atas usaha waris dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani sebagai pentashihnya. Di bahagian tepinya dicetak karya waris atau keluarga bernama Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Keresik al-Fathani bertajuk Risalah Yang Bernama Muhimmat.

Kitab Munyat al-Mushalli adalah kitab yang paling banyak digunakan untuk pelajaran sembahyang di seluruh Asia Tenggara, baik peringkat permulaan mahupun peringkat tertinggi. Sebelum kitab ini dicetak, salinannya juga banyak. Sebagai contoh, banyak tersimpan di Pusat Islam Malaysia yang bernombor M.I. 130, 132, 136, 152, 205, 238, 258, 392, 425, 469, 512, 585, 622 dan 727.

Kitab ini pernah diringkaskan dan diberi tajuk Pati Munyat al-Mushalli, juga pernah disyarahkan dengan diberi tajuk ‘Syarah Munyat al-Mushalli’. Keduanya diusahakan oleh waris keluarga Syeikh Daud al-Fathani, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdullah al-Jambu, Patani.

7. Bahjat al-Mardiyat

Kitab ini selesai ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani pada 14 Syawal 1259 H. Kitab ini biasa dicetak kembar sekali dengan kitab Munyat al-Mushalli dan sangat banyak kali diterbitkan sama ada percetakan tempatan mahupun luar. Malahan kitab ini masih terus beredar sehingga kini.

Isinya membicarakan tentang tatacara seorang makmum mengikut imam dalam sembahyang berjemaah. Ia meliputi perkara muafiq dan masbuq. Manuskrip kitab ini tersimpan di Pusat Islam dengan nombor 19, 136, 151, 152 dan 244.

8. Hidayat al-Muta’allim

Kitab ini selesai dikarang oleh Syeikh Daud al-Fathani pada hari Jumaat, 12 Jumadil Thani 1244 H. Manuskripnya bernombor M.I. 589 di Pusat Islam Malaysia adalah salinan Mustafa Haji Muhammad Hasan bin Tuan Abdur Rahman Candani pada 3 Jumadil Thani pada hari Sabtu, tanpa menyebut tahunnya. Salinan ini daripada salinan pengarangnya iaitu pada waktu Dhuha, hari Isnin 15hb. Syaaban 1248 H. Naskhah ini tidak lengkap, hanya dimulai dari perkara sembahyang dalam perjalanan. Naskhah nombor M.I. 382 juga tidak lengkap, hanya mencantumkan perkara Hadith empat puluh sahaja. Naskhah nombor M.I. 149 juga tidak lengkap, hanya membicarakan tasawuf, iaitu merupakan bahagian terakhir kitab ini.

Kitab Hidayat al-Muta’allim ini adalah kitab fikah yang terlengkap semua bab atau bahagiannya yang pertama sekali di Asia Tenggara. Kitab ini dicetak buat pertama kalinya oleh Matba’ah al-Miriyah Mekah pada 1312 H. Sebelum dicetak telah ditashih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dibantu oleh murid dan anak saudaranya Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani.

seterusnya

Friday, January 25, 2008

Pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi Tentang Sambutan Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Wa Ba’d;

Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan awal tahun Hijrah bukanlah suatu yang haram selagi mana ianya tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti percampuran lelaki perempuan dan sebagainya.

Sebahagian dari orang-orang Islam menganggap bahawa menyambut atau mengambil perhatian terhadap beberapa kisah sejarah Islam, atau menyambut peristiwa Hijrah Nabi s.a.w., peristiwa Isra’ dan Mikraj, Maulid Nabi s.a.w., peperangan Badar, pembukaan Mekah atau apa-apa peristiwa di dalam sirah Muhammad s.a.w. sebagai bid’ah di dalam agama. Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu akan ditempatkan di dalam neraka. Ini tidak benar sama sekali. Apa yang dilarang adalah apa-apa sambutan yang disertai dengan kemungkaran, perlanggaran syara’ atau apa-apa yang tidak dibenarkan oleh Allah. Ini seumpama apa yang berlaku di sesetengah negara, mereka menyambut Maulid Nabi dan hari kelahiran para wali dan orang-orang soleh (dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syara’). Tetapi jika kita mengambil peluang dari sambutan ini untuk mengingatkan tentang sirah Rasulullah s.a.w., keperibadiannya yang agung, risalahnya yang kekal yang dijadikan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekelian alam; di manakah bid’ahnya dan di manakah kesesatannya?

Apabila kita bercakap tentang peristiwa-peristiwa ini, kita mengingatkan orang ramai tentang nikmat Allah yang besar. Mengingatkan nikmat Allah adalah suatu yang disyariatkan. Ianya terpuji bahkan dituntut.

Allah memerintahkan kita di dalam firmanNya:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Al-Ahzab: 9-10)

Allah mengingatkan orang-orang beriman tentang perang Khandak atau juga dikenali sebagai perang Ahzab. Iaitu ketika suku Quraisy, suku Ghatfan dan sekutu mereka menyerang Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam di rumah mereka. Quraisy mengepung Madinah dan membentuk pagar untuk menghapuskan orang-orang Islam dan melenyapkan mereka. Allah menyelamatkan orang-orang Islam dari bencana itu. Allah mengutuskan angin dan malaikat, tentera yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Allah mengingatkan mereka tentang peristiwa itu. Ingatlah dan jangan lupa peristiwa itu. Ini bermakna Allah mewajipkan kita mengingati nikmat tersebut dan tidak melupakannya.

Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.” (Al-Maidah: 11)

Allah mengingatkan mereka tentang tindakan Yahudi Bani Qainuqa’ yang berazam untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka merancang tipu daya dan perancangan jahat. Tetapi perancangan Allah lebih kuat dan lebih pantas.

Mengingati nikmat Allah adalah suatu yang dituntut. Kita mengingatkan orang-orang Islam tentang nikmat Allah dalam perisitiwa-peristiwa ini. Kita mengingatkan mereka tentang pengajaran dan iktibar yang terkandung di dalam kisah-kisah itu.

Adakah ini suatu yang salah? Adakah ini bid’ah dan kesesatan?

sumber

Photobucket

Sunday, January 20, 2008

Menjauhi bidaah sambut Asyura

MEMBICARAKAN Hari Asyura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun, kita tidak dapat menghindarkan diri daripada memperkatakan mengenai peristiwa Karbala yang begitu menyayat hati. Peristiwa itu adalah kisah di mana Saidina Hussain (cucunda Rasulullah) dan anak kepada Saidina Ali dibunuh kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq.

Rentetan peristiwa Karbala ini, timbul dua golongan yang menyambut Hari Asyura secara ekstrim. Golongan pertama, terdiri daripada pengikut Syiah al-Rafidhah yang menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menunjukkan kesedihan demi memperingati kematian Saidina Hussain ini.

Ketika menyambut Hari Asyura mereka memperlihatkan perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah serta tubuh badan mereka sehingga berdarah, menyeksa diri, berteriak serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek pakaian.


Keadaan sebegini masih diamalkan penganut fahaman Syiah seperti di Iran, Iraq dan Pakistan serta tempat lain. Ternyata perbuatan ini amat bertentangan dengan hukum syarak kerana apa yang diperintah Allah apabila ditimpa musibah adalah untuk bersabar. Ia seperti Firman-Nya:


"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah juga kami kembali." Mereka ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya (al-Baqarah [2] : 155-157).

Perbuatan meratap serta menyeksa diri sendiri apabila ditimpa musibah dicela oleh syarak seperti dinyatakan hadis di bawah.

Nabi Muhammad bersabda, "Bukan golongan kami orang yang memukul pipi, merobek pakaian dan berdoa dengan doa-doa jahiliah (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

(*Hadis ini mungkin menceritakan hal lain-pengendali)

Saya tidak bertanggungjawab kepada orang yang ditimpa musibah lalu menangis dengan suara yang keras berteriak atau menggondol rambutnya atau merobek bajunya.

Golongan Syiah ini juga memperhebatkan lagi celaan mereka kepada sahabat Nabi pada Hari Asyura. Mereka juga membacakan syair serta hikayat palsu menceritakan mengenai peristiwa Karbala.

Masih banyak perkara bertentangan dengan syarak dilakukan kelompok Syiah ini pada Hari Asyura.

Golongan kedua pula menyambut Hari Asyura sebagai satu perayaan yang penuh dengan kebahagiaan. Mereka ini pula terdiri daripada kelompok yang memusuhi golongan Syiah al-Rafidhah dan digelar Nawashib.

Kelompok ini terdiri daripada golongan Ahlus Sunnah yang jahil, mereka yang memusuhi Saidina Ali serta ahli keluarganya, penjilat kerajaan Bani Umaiyah serta mereka yang membenci golongan Syiah al-Rafidhah dan menterjemahkan kebencian mereka itu dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan golongan Syiah iaitu menunjukkan kegembiraan pada Hari Asyura.

Mereka menyambut Hari Asyura bagaikan suatu pesta, menghias bandar dengan indah, memasak makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan lazat dan lain-lain lagi upacara mencerminkan suatu hari untuk bergembira seperti hari raya.

Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak apatah lagi sekiranya ia dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu kepada Rasulullah adalah pemimpin kepada pemuda menghuni syurga.

Wajarkah suasana yang gembira dihubungkaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam yang menyebabkan syahid seorang yang memiliki keutamaan serta kedudukan yang tinggi bagi masyarakat Islam?

Oleh itu sambutan sebegini adalah suatu amalan bidaah yang sesat dan boleh mengakibatkan pelakunya terperosok ke lembah kesesatan.

Baginda bersabda: "Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, mendengar nasihat dan mentaatinya. Sesungguhnya manusia itu berkelompok siapa yang akan hidup di antara kalian kelak akan melihat ada banyak perbezaan pendapat.

"Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rasyidin. Berpegang teguhlah kepadanya dan peganglah ia erat. Jauhi segala perkara yang baru kerana setiap perkara yang baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

Jika kedua-dua cara menyambut Asyura seperti di atas adalah suatu bentuk kesesatan dalam agama maka apakah yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada Hari Asyura?

Ternyata cerita yang sah berkaitan dengan Asyura hanyalah peristiwa Nabi Musa diselamatkan dari tentera Fir'aun. Ini adalah kerana kesahihan kisah itu berlaku pada Hari Asyura diperakui oleh Rasulullah sendiri.

Sewajarnya kita tidak menghubung kaitkan sebarang peristiwa berkaitan Hari Asyura melainkan ada dalil yang sah dari hadis Nabi.

Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami amal ibadah khusus sempena Hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah adalah ibadah puasa. Ternyata berpuasa pada Hari Asyura ini memiliki kelebihan atau fadilat yang begitu besar.

Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada Hari Asyura, beliau menjawab: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari selain hari ini (hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Berpuasa pada Hari Asyura juga dapat menghapuskan dosa kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagai mana sabda Rasulullah, puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh.

Puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa Hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.

Tidaklah seseorang hamba berpuasa di dalamnya (Hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Rasulullah tidak pernah memerintahkan amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena Hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini saja. Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Nabi ini.

sumber

Saturday, January 12, 2008

Keturunan Syeikh Arshad al-Banjari

Pada artikel ini pula akan dibicarakan tentang keturunan-keturunan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang tersebar di seluruh pelosok Asia Tenggara; Brunei, Malaysia, Fathani, Mekah dan negeri-negeri lainnya. Demikian yang dapat dicatat melakukan aktiviti pendidikan, dakwah dan tokoh masyarakat, di antaranya yang diperkenalkan sebagai berikut:

seterusnya

Monday, November 26, 2007

SYEIKH ABDUS SAMAD AL-FALIMBANI Sebagai Panglima Perang

Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani wafat sebagai syuhada

Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

LEMBARAN akhir kitab Siyarus Salikin dinyatakan diselesaikan di Taif pada tahun 1203 Hijrah.
SHEIKH Abdus Shamad al-Falimbani adalah seorang ulama sufi yang agung di Nusantara, beliau sangat anti terhadap penjajah dan ia telah menunjukkan kesanggupan luar biasa untuk berjuang demi ketinggian Islam semata-mata.

Prof. Dr. Hamka menyebut dalam salah satu karangannya, bahawa setelah belajar di Mekah, Sheikh Abdus Shamad Palembang tidak pernah kembali ke tanah airnya Palembang, lantaran bencinya terhadap penjajah Belanda.

Sebagaimana disebutkan bahawa yang sebenarnya menurut khabar yang mutawatir, dan bukti-bukti bertulis bahawa Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang buat kali pertamanya ke Nusantara bersama-sama sahahat-sahabatnya iaitu Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Abdul Wahab Sadenreng Daeng Bunga Bugis, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan Sheikh Abdur Rahman al-Masri.

Diceritakan oleh Sheikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, bahawa gurunya menasihati mereka jika ke Mesir untuk mendalami ilmu pengetahuan, hal itu akan mengecewakan kerana Sheikh Abdus Shamad dan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar itu bukan layak menjadi mahasiswa, akan tetapi layak menjadi mahaguru.

Di Mesir adalah sukar mencari ulama yang lebih tinggi pengetahuannya daripada ulama-ulama yang berasal Jawi itu. Tetapi gurunya tidak melarang maksud suci itu, namun gurunya itu menegaskan jika ke Mesir hanya ingin bertemasya melihat keindahan dan peninggalan-peninggalan kuno khas Mesir, hal itu adalah merupakan suatu ilmu pengetahuan perbandingan pula.

Sheikh Abdus Shamad dan kawan-kawan dikatakan sempat ke Mesir tetapi bukan belajar di sana melainkan ingin mengunjungi lembaga-lembaga pendidikan di Mesir ketika itu. Mereka bukan saja ke Kaherah tetapi termasuk beberapa kota kecil, bahkan sampai ke pedalaman dan di hulunya. Banyak madrasah dan sistem pendidikannya menjadi perhatian mereka bahawa mereka bercita-cita menerapkan kaedah Mesir yang agak berbeza dengan kaedah pendidikan di Pattani.

Sekembali dari Mesir, mereka tidak tinggal lama di Mekah mahupun Madinah. Setelah diizinkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman, maka mereka berangkat menuju ke Jeddah. Dari Jeddah mereka menumpang sebuah perahu layar, pulang ke tanah air. Berbulan-bulan di laut sampailah mereka di Pulau Pinang. Mereka kemudian menziarahi Kedah dan Perak, kemudian melalui jalan darat terus ke Singapura.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani walaupun telah dekat dengan negerinya Pattani namun beliau tidak pulang tetapi disebabkan semangat setiakawannya, beliau mengikuti teman-temannya ke Singapura.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani hanya sampai di Singapura saja, tetapi dalam riwayat lain ada yang mengatakan beliau menghantar sampai ke Betawi. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dan Sheikh Muhammad Arsyad meneruskan pelayaran ke Betawi (Jakarta).

Setelah di Betawi, pada satu hari Jumaat, mereka sembahyang di Masjid Kampung Sawah Jambatan Lima, Betawi. Walaupun masjid itu telah lama didirikan, menurut Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, dan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari bahawa adalah arah ke kiblat masjid itu tidak tepat sebagaimana semestinya.

Orang yang hadir dalam masjid itu sangat hairan melihat mereka melakukan solat tahiyatul masjid jauh miring dari seperti apa yang dikerjakan oleh orang lain. Lalu ada yang bertanya dan dijawab oleh mereka bahawa arah kiblat menurut biasa itu adalah tidak tepat, dan yang betulnya seperti yang mereka lakukan dan. Maka, berlaku sedikit salah faham antara mereka dan hadirin tersebut.

Dengan tangkas Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari maju kemuka. Ia berdiri di depan sekali, diangkatkannya tangannya ke arah hadirin majlis Jumaat hari itu, sangat aneh dan ajaib sekali tiba-tiba saja yang hadir itu langsung dapat melihat Kaabatullah ke arah lurus tangan Sheikh Muhammad Arsyad itu. Suasana tenang kembali, tiada siapa berani membantah.

Khalayak ramai maklum bahawa orang-orang yang melakukan solat tahiyatul masjid yang berbeza dengan mereka itu adalah para wali Allah yang ditugaskan Wali Quthub Sheikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman yang terkenal itu. Kononnya, mulai hari Jumaat itu arah kiblat diubah atau diperbetulkan dengan dibuat garis merah sebagai tandanya.

Peristiwa itu akhirnya diketahui penguasa Belanda, selaku kuasa penjajah pada zaman itu. Belanda menangkap Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dan Sheikh Abdul Wahab Bugis dan mereka dituduh sebagai pengacau keamanan. Mereka dibawa ke atas sebuah kapal yang sedang berlabuh di Betawi, di atas kapal itulah mereka disoal, dihujani dengan pelbagai pertanyaan yang sukar dijawab. Akan tetapi pihak Belanda sangat mengagumi pengetahuan mereka sehingga setelah tiga hari tiga malam, barulah mereka dibebaskan begitu saja.

Setelah peristiwa itu barulah mereka kembali ke tempat kelahiran masing-masing. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pulang ke Palembang, Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari pulang ke Banjar, kemudian Sheikh Abdul Wahab Bugis juga ke Banjar mengikut Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.

Ramai meriwayatkan cerita yang menarik ketika Sheikh Abdus Shamad berada di negerinya Palembang. Oleh kerana rasa bencinya kepada Belanda, ditambah pula dengan peristiwa di atas kapal itu, beliau bertambah kecewa kerana melihat pihak Belanda yang kafir telah memegang pemerintahan di lingkungan Islam dan tiada kuasa sedikit pun bagi Sultan.

Maka beliau rasa tidak betah untuk diam di Palembang walaupun beliau kelahiran negeri itu. Sheikh Abdus Shamad mengambil keputusan sendiri tanpa musyawarah dengan siapa pun, semata-mata memohon petunjuk Allah dengan melakukan solat istikharah. Keputusannya, beliau mesti meninggalkan Palembang, mesti kembali ke Mekah semula.

Lantaran terlalu anti Belanda, beliau tidak mahu menaiki kapal Belanda sehingga terpaksa menebang kayu di hutan untuk membuat perahu bersama-sama orang-orang yang patuh sebagai muridnya. Walaupun sebenarnya beliau bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Mekah. Tentunya ada beberapa orang muridnya mempunyai pengetahuan membuat perahu seperti itu.

Ini membuktikan Sheikh Abdus Shamadal-Falimbani telah menunjukkan keteguhan pegangan, tawakal adalah merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan.

Pulang ke nusantara buat kali kedua

Setelah perahu siap dan kelengkapan pelayaran cukup, maka berangkatlah Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dari Palembang menuju Mekah dengan beberapa orang muridnya. Selama di Mekah, beliau bergiat dalam pengajaran dan penulisan kitab-kitab dalam beberapa bidang pengetahuan keislaman, terutamanya tentang tasauf, fikah, usuluddin dan lain-lain.

Untuk menunjukkan sikap antinya kepada penjajah, dikarangnya sebuah buku tentang jihad. Buku yang penting itu berjudul Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul Mujtahidin fi Sabilillah.

Kegiatan-kegiatannya di bidang penulisan akan dibicarakan pada bahagian lain.
Di sini terlebih dahulu diceritakan kepulangan beliau ke nusantara untuk kali kedua. Kepulangan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani kali ini tidak ke Palembang tetapi ke Kedah. Saudara kandungnya Sheikh Wan Abdul Qadir bin Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani ketika itu ialah Mufti Kerajaan Kedah. Seorang lagi saudaranya, Sheikh Wan Abdullah adalah pembesar Kedah dengan gelar Seri Maharaja Putera Dewa.

Meskipun Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani lama menetap di Mekah, namun hubungan antara mereka tidak pernah terputus. Sekurang-kurangnya mereka berutus surat setahun sekal, iaitu melalui mereka yang pulang selepas melaksanakan ibadah haji.

Selain hubungan beliau dengan adik-beradik di Kedah, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani turut membina hubungan dengan kaum Muslimin di seluruh Asia Tenggara. Pada zaman itu hampir semua orang yang berhasrat mendalami ilmu tasauf terutama di sektor Tarekat Sammaniyah, Tarekat Anfasiyah dan Tarekat Khalwatiyah menerima ilmu daripada beliau.

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan di Tanah Jawi (dunia Melayu) dengan menanyakan kepada pendatang-pendatang dari Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, dan negeri-negeri Nusantara yang di bawah penjajahan Belanda (pada zaman itu masih disebut Hindia Belanda).
Ini terbukti dengan pengiriman dua pucuk surat kepada Sultan Hamengkubuwono I, Sultan Mataram dan kepada Susuhunan Prabu Jaka atau Pangeran Singasari Putera Amengkurat IV. Surat-surat tersebut jatuh ke tangan Belanda di Semarang (tahun 1772 M).

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah lama bercita-cita untuk ikut serta dalam salah satu peperangan/pemberontakan melawan penjajah. Namun setelah dipertimbangkan, beliau lebih tertarik membantu umat Islam di Pattani dan Kedah melawan keganasan Siam yang beragama Buddha.

Sebelum perang itu terjadi, Sheikh Wan Abdul Qadir bin Sheikh Abdul Jalil al-Mahdani, Mufti Kedah mengirim sepucuk surat kepada Sheikh Abdus Shamad di Mekah. Surat itu membawa maksud agar diumumkan kepada kaum Muslimin yang berada di Mekah bahawa umat Islam Melayu Pattani dan Kedah sedang menghadapi jihad mempertahankan agama Islam dan watan (tanah air) mereka.

Dalam peperangan itu, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani memegang peranan penting dengan beberapa panglima Melayu lainnya. Ada catatan menarik mengatakan beliau bukan berfungsi sebagai panglima sebenarnya tetapi beliau bertindak sebagai seorang ulama sufi yang sentiasa berwirid, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan berselawat setiap siang dan malam.

Banyak orang menuduh bahawa orang sufi adalah orang-orang jumud yang tidak menghiraukan dunia. Tetapi jika kita kaji beberapa biografi ulama sufi, termasuk Sheikh Abdus Shamad yang diriwayat ini adalah orang-orang yang bertanggungjawab mempertahankan agama Islam dan tanah air dari hal-hal yang dapat merosakkan Islam itu.

Golongan ini adalah orang yang berani mati dalam menegakkan jihad fi sabililah. Mereka tidak terikat dengan sanak keluarga, material duniawi, pangkat dan kedudukan dan sebagainya, mereka semata-mata mencintai Allah dan Rasul dari segala apa pun juga.

Kepulangan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani ke Kedah memang pada awalnya bertekad demi jihad, bukan kerana mengajar masyarakat mengenai hukum-hukum keislaman walaupun beliau pernah mengajar di Mekah. Dipendekkan kisah akhirnya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dan rombongan pun berangkat menuju ke Pattani yang bergelar ‘Cermin Mekah’.
Sayangnya kedatangan beliau agak terlambat, pasukan Pattani telah hampir lemah dengan keganasan Siam.

Sementara itu, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan pengikut-pengikutnya telah mengundurkan diri ke Pulau Duyung, Terengganu untuk menyusun semula langkah perjuangan.

Pattani telah patah dan kekuatan lenyap dengan itu Sheikh Abdus Shamad pun berkhalwat di salah sebuah masjid di Legor. Ada orang mengatakan beliau berkhalwat di Masjid Kerisik yang terkenal dengan ‘Pintu Gerbang Hang Tuah’ itu.

Para pengikut tasauf percaya di sanalah beliau menghilang diri tetapi bagi kalangan bukan tasauf, perkara ini adalah mustahil dan mereka lebih percaya bahawa beliau telah mati dibunuh oleh musuh-musuh Islam.

Mengenai tahun peperangan yang terjadi antara Kedah dengan Siam, dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku pada 1244 H bersamaan dengan 1828 M. Sungguhpun demikian, seorang ahli sejarah Kedah, Hj. Wan Shamsuddin, berpendapat bahawa kemuncak peperangan terjadi ialah pada 1254 H/1838 M, iaitu 10 tahun kemudian dari yang disebut oleh Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah itu. Oleh itu, yang mana yang lebih tepat antara 1244 H/1828 M atau 1254 H/1838 M, perlu kepada penyelidikan lanjut.

Kesimpulannya, kembalinya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani untuk kali yang kedua itu adalah juga merupakan tahun kepulangannya beliau ke rahmatullah sebagai seorang ‘syuhada’.

UTUSAN MALAYSIA 26 11 2007