Sunday, November 11, 2007

Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

TARIKH 11 Zulhijjah 1325H sehingga 11 Zulhijjah 1425 H genap 100 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani.

Sempena tarikh tersebut Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji) mulai aktif mengadakan sambutan khusus mengenai itu. Dilanjutkan dengan yang ke-101 mulai tarikh 11 Zulhijjah 1426H. Dalam peringatan Tahun Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani dilaksanakan empat kali peringatan.

Salah satu di antaranya diadakan di Pondok Ribath, pada Sabtu, 5 Jamadilakhir 1427H/1 Julai 2006 M atas usaha dan kerjasama antara Pengkaji dengan Pondok Ribath, judul perhimpunan haul ialah Sambutan Maulidur Rasul Ribath & Haul 101 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani Serta Para Ulama Johor di Pondok Ribath, Parit Perupok, Muar, Johor.

Pengasas atau pendiri Pondok Ribath adalah salah seorang murid Tok Kenali. Beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Lip. Kerana Tuan Guru Haji Muhammad Lip adalah murid Tok Kenali berertilah beliau adalah cucu murid pada Syeikh Ahmad al-Fathani. Demikian halnya dengan Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan di Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan.

Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan Rembau juga adalah murid dari beberapa orang murid Syeikh Ahmad al-Fathani, yang gurunya yang terakhir ialah Tok Kenali. Jadi Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan di dalam pengajian Islam yang bersanad adalah cucu murid pada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh itu artikel ini memperkenalkan Haji Ibrahim kampung Bongek Aceh Rembau, Negeri Sembilan

Takrif perkataan bongek

Perkataan ‘bongek’ saya dengar dan ketahui maknanya sejak kecil lagi, kerana sering diucapkan oleh orang-orang yang berasal dari Kampar dan Kuantan (kedua-dua suku kaum itu berasal dari Sumatera, Riau Daratan). Walau bagaimana pun perkataan ‘bongek’ tidak terdapat dalam Kamus Dewan (Edisi Ketiga/Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 1997).

Juga tidak terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, (Edisi Kedua, terbitan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia/Balai Pustaka, tahun 1995).

Sungguh pun perkataan ‘bongek’ tidak terdapat dalam kedua-dua kamus yang tersebut, menurut takrif orang tua-tua Melayu (tahun 1950an) ialah ‘perut buncit atau perut besar yang tidak seimbang dengan bentuk tubuh’.

Tanpa saya ketahui rupanya dalam Rembau, Negeri Sembilan terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bongek Acheh. Kemungkinan maksudnya adalah sebuah kampung yang buncit atau besar. Sebelum saya ketahui ada nama kampung seperti tersebut saya baca sebuah artikel tulisan sahabat saya Abdul Razak Mahmud yang dimuat dalam majalah Pengasuh, bilangan 550, Jamadilakhir-Syaaban 1418 H/Oktober-Disember 1997 M, halaman 11, judul Sedikit Tentang Tuan Guru Haji Ibrahim Bongek (1907 - 1997).

Saya tidak sependapat dengan letak perkataan ‘bongek’ pada judul yang diberikan itu, kerana menggambarkan bahawa orang yang bernama Haji Ibrahim itu adalah seorang yang ‘bongek’ atau ‘buncit’. Bagi saya istilah yang digunakan mesti diperbetulkan dengan ‘Haji Ibrahim di Kampung Bongek’. Atau mengikut yang tertulis pada halaman depan karya beliau judul Nur al-Aulad ialah Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan Kampung Bongek Rembau. Selanjutnya dalam penulisan artikel ini, digunakan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau saja.

Yang saya maksudkan ini bukan bermaksud menyalahkan sahabat saya itu, tetapi menempatkan nama yang baik untuk Tuan Guru Haji Ibrahim yang menjalankan aktiviti dakwah dan pendidikannya di Kampung Bongek.

Dari segi lain saya sangat menghargai tulisan Abdul Razak Mahmud dalam majalah Pengasuh itu kerana merupakan tulisan yang pertama memperkenalkan ulama di Kampung Bongek tersebut yang tersebar luas kepada umum melalui sebuah majalah.

Hubungan antara guru, murid dan sanad

Setakat ini belum banyak sumber bertulis yang memaparkan riwayat hidup Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Yang ada di tangan saya, yang dijadikan sebagai rujukan untuk menulis artikel ini ialah: 1 - Sedikit Tentang Tuan Guru Haji Ibrahim Bongek (1907 - 1997) oleh Abdul Razak Mahmud, majalah Pengasuh, bilangan 550.

2 - Kertas Kerja Majlis Sambutan 70 Tahun Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan yang disediakan oleh Jawatankuasa Induk Sambutan 70 Tahun Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.

3 - Sekilas Catatan Perjuangan Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim Bin Hj. Mohd. Dahan tidak terdapat nama penulis.

4 - Profil Ulama Negeri Sembilan Darul Khusus (Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Hj. Mohd. Dahan) tidak terdapat nama penulis.

Daripada sumber-sumber yang tersebut di atas saya proses kembali, saya ringkaskan, saya tafsirkan dan saya hubungkan dengan ulama-ulama yang lain terutama kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu guru pada beberapa orang guru Al-Mukarram Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau yang sedang dibicarakan dalam artikel ini.

Nama lengkap, Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Dahan bin Hasan. Ibunya pula ialah Lijah binti Muhammad Arsyad. Tuan Guru Haji Ibrahim dilahirkan di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 1325 H/1907M, wafat 29 Rabiulawal 1418 H/3 Ogos 1997M.

Memperhatikan tahun kelahirannya 1325H, bererti bersamaan dengan tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325H). Sehingga Zulhijjah 1427H yang baru berlalu, jika kita memperingati 102 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani bererti kita memperingati 102 Tahun Kelahiran Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Berertilah sesuatu ilmu Islam yang mungkin dianggap telah mati atau pun dihakis oleh perkembangan zaman perlu kita hidupkan kembali.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa tahun yang diberikan adalah secara kebetulan saja. Namun walau bagaimana pun sejarah kebesaran ulama perlu kita tonjolkan. Sekurang-kurangnya ada dua orang ulama dunia Melayu yang cukup terkenal murid Syeikh Ahmad al-Fathani adalah guru bagi Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau.

Kedua-dua ulama itu ialah Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Shiddiq al-Qad-hi, Syeikh al-Islam Kedah, Darul Aman dan Wali Allah Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali).

Abdul Razak Mahmud dalam Pengasuh menyenaraikan nama para guru Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau, yang berasal dari Kelantan selain Tok Kenali, mereka ialah Haji Ya’qub Legor, beliau belajar fiqh dan hadis, Haji Saad Kangkung, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Wan Musa, beliau belajar tasauf, Haji Umar Sungai Keladi, beliau belajar falak, Haji Abdullah Thahir, Haji Ahmad Hakim, Haji Ya'qub Lorong Gajah Mati, dan Haji Nik Mat Nazhir.

Beberapa orang ulama yang disebut oleh Abdul Razak Mahmud itu adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani dan beberapa orang pula adalah murid Tok Kenali atau bererti cucu murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Daripada para ulama yang tersebut bersanad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani dan selanjutnya akan naik lebih jauh ke atas, semuanya dengan sanad dan salasilah yang sah. Selain salasilah dan sanad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani juga kepada ulama-ulama lainnya.

Sanad keilmuan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau melalui Tok Kenali tentang ilmu nahu, ilmu sharaf, dan ilmu-ilmu Arabiyah lainnya, yang naik kepada Syeikh Ahmad al-Fathani dapat dirujuk kepada kertas kerja saya yang diberi judul Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani dan Ulama Di Selangor.

Demikian halnya tentang sanad ilmu akidah atau ilmu tauhid sekiranya Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau juga belajar dengan salah seorang murid Syeikh Ahmad al-Fathani sanadnya dapat dirujuk dalam kertas kerja yang sama.

Sanad ilmu-ilmu yang lain, tentang tasauf, sanad Kitab Hikam, Minhaj al-‘Abidin, Ihya ‘Ulum ad-Din, Barzanji, Burdah Bushiri, dan lain-lain, dapat dirujuk dalam kertas kerja Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani, Aktiviti Pengajian Pondok Kelantan dan Selangor.

Abdul Razak Mahmud juga menyebut kitab-kitab tasauf yang diajar oleh Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau ialah: Minhaj al-Abidin, Hikam Ibnu Atha', ad-Durr an-Nafis, Taj al-Arus dan Siyar as-Salikin. Semua kitab tasauf yang tersebut telah termaktub dalam sanad yang dibicarakan dalam kertas kerja yang tersebut.

Selanjutnya Abdul Razak Mahmud menulis, “Ini tentu saja di samping kitab-kitab fiqh dan akidah yang sangat-sangat diperlukan dan kehidupan individu Muslim seperti Wusyah al-Afrah, Mathla’ al-Badrain, Daqaiq al-Akhbar, Kasyf al-Ghaibiyah, Matn al-Jauharah, dan lain-lain.”

Mengenai sanad ilmu hadis pula dapat dirujuk dalam kertas kerja judul Sanad Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani dan Ulama di Kelantan.

Walaupun Abdul Razak Mahmud tidak menyebut judul-judul kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani

namun dari pelbagai informasi yang saya peroleh bahawa kitab-kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani masih banyak diajar di beberapa tempat di Negeri Sembilan.

Saya yakin Faridah al-Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani juga diajarkan oleh Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Sewaktu peringatan Tahun Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani di Pondok Ribath, Parit Perupok, Muar, Johor beberapa guru agama dalam Muar meriwayatkan bahawa kitab tauhid yang paling banyak diajarkan di seluruh kawasan Muar (Johor) ialah Faridah al-Faraid.

Ustaz Teungku A. Ramlee bin Amen yang pernah belajar di Aceh, berasal dari Melaka dan mengajar di Pondok Ribath, Muar, meriwayatkan bahawa Faridah al-Faraid juga masih banyak diajar di beberapa tempat di Aceh hinggalah sekarang ini (1427 H/2006 M).

Menurutnya pula ada beberapa ulama Aceh walaupun mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ilmu akidah dan menguasai kitab-kitab Arabiyah yang besar-besar namun Faridah al-Faraid tetap dijadikan kitab wirid yang mesti diajarkan menjadi pegangan yang utama.

Pada awal tahun 1427 H/2006 M saya mulai mengajar ’Unwan al-Falah karya Syeikh Ahmad al-Fathani di Masjid Al-Hidayah Sentul, Kuala Lumpur. Oleh sebab pengajian tersebut disiarkan beberapa kali dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid menghubungi Pejabat Pengkaji memberitahu bahawa beliau juga mengajar kitab tersebut di beberapa masjid.

Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid adalah salah seorang murid Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau. Di antara masjid yang beliau mengajar kitab ’Unwan al-Falah ialah Masjid Undang Haji Abdul bin Ali, Kampung Tanggai, Johol, juga Kampung Secabang, dan di tempat-tempat lainnya, Negeri Sembilan. Ustaz Arsyad bin Haji Abdur Rasyid juga mengajar kitab ’Unwan al-Falah di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Pada hari Selasa, 27 Zulhijjah 1427 H/16 Januari 2007 M rombongan jawatankuasa peringatan ini datang menemui saya di pejabat Pengkaji. Ia bagi membincangkan kertas kerja yang akan saya bentangkan.

Ustaz Sofhan bin Abdul Halim memberitahu bahawa beliau juga mengajar 'Unwan al-Falah di Madrasah Aliah Sikamat, Seremban. Ustaz Sofhan bin Abdul Halim juga mengajar Faridah al-Faraid di Masjid Ampangan dan tempat-tempat lain di Negeri Sembilan dalam pengajian yang dikelolanya.

Daripada semua yang saya paparkan jelaslah kitab-kitab ulama silam dunia Melayu terutama dalam konteks ini, karya-karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhahmmad Shaghir bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani masih banyak diajarkan orang.

Oleh itu bagi memastikan semua kitab Melayu/Jawi tetap hidup sepanjang zaman perlulah perancangan dan persatuan golongan yang faham akan perkara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ulama Nusantara, sila e-mel pertanyaan ke alamat: pengkaji_khazanah@yahoo.com atau hubungi talian 03-6189 7231.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Kitab-kitab Para Ulama ASWJ Nusantara

No.1
Judul Dhiyaul Murid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan tatacara berzikir menurut Tariqat Syatariyah. Data kitab yang asal.
Sejarah perkembangan Tariqat Syatariyah di Asia Tenggara. Selainnya juga membicarakan riwayat
hidup Syeikh Abdul Mubin al-Fatani, ulama yang menyebar Islam di Pahang. Dengan lampiran
beberapa manuskrip karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani di antara mengenai
Imam Mahdi. 198 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid karya
Syeikh Daud binAbdullah al-Fathani

No. 2
Judul Al-?fUrwatul Wutsqa, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Data kitab, penyelidikan biodata Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan
perkembangan tariqat Samaniyah di Asia Tenggara, Kandungan transliterasi
membicarakan pelbagai aspek Tariqat Samaniyah yang diajarkan oleh Syeikh
Muhammad bin Abdul Karim as- Sammani al-Madani. 248 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Al-?fUrwatul Wutsqa wa Silsilatul Waliyil Atqa;
karya Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani.

No. 3
Judul Hidayatus Salikin, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Pengenalan data kitab. Kandungan transliterasi menggalakkan berbagai-bagai
amalan berdasarkan Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama.
Dilampirkan juga karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang berjudul Zahratul Murid.
189 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab Hidayatus Salikin Fisuluki Maslakil Muttaqin karya
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,

No. 4
Judul Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Membicarakan nafsu mahmudah dan madzmumah. Dilampirkan juga manuskrip
Tuhfatul Mursalah bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,
Lubabut Tasawuf bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri
dan Fat-hur Rahman oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 271 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin
karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.

No. 5
Judul Syeikh Abdus Shamad Palembang Tokoh Shufi dan Jihad Dunia Melayu.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Abdus Shamad Palembang. Dibicarakan juga tentang
Syeikh Syihabuddin dan Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani dan
pengenalan beberapa karyanya. 222 halaman.
Keterangan: Merupakan penyelidikan dan perbahasan secara ilmiyah. Merupakan
informasi terlengkap dan terkini mengenai ulama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.

No. 6
Judul Tafsir Puisi Syeikh Hamzah Al-Fansuri.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Merupakan transliterasi puisi karya syeikh Hamzah al-Fansuri dari
manuskrip Melayu/Jawi salinan Tuan Guru Mahmud bin Yusuf Terengganu. Pada
bahagian awal dibicarakan riqayat hidup syeikh Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin
as-Sumatra-i dan Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Juga dilampirkan manuskrip
Melayu/Jawi dan sebuah karga Syeikh Nuruddin ar-Raniri judul Durarul Faraid. 201 halaman.
Keterangan: Penyelidikan dan perbahasan ilmiyah, penting untuk kajian sastera klasik Melayu.

No. 7
Judul Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan data penyelidikan kitab yang asal. Soal dan jawab berbagai-bagai
permasalahan agama Islam. Selain membicarakan ?eaqidah dan fiqh juga dapat dikaji jalan
pemikiran bahasa yang dibahas oleh pengarangnya. 221 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad
Zain bin Mustafa al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.

No. 8
Judul Al-Fatawal Fathaniyah Syeikh Ahmad al-Fathani, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, Februari 1997.
Kandungan: Soal dan jawab berbagai-bagai permasalahan agama Islam, merupakan kelanjutan
dari jilid 1. Selain membicarakan fiqh juga dapat dikaji jalan pemikiran pengarang
mengenai politik, sosiologi dan lain-lainnya. 279 halaman.
Keterangan: Tranliterasi kitab Al-Fatawal Fathaniyah karya Syeikh Ahmad bin Muhammad
Zain bin Mustafa al-Fathani. Terlampir teks asli dalam bentuk Melayu/Jawi.

No. 9
JudulBadai?fuz Zuhur Segugus Bunga Nan Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Pengenalan data kitab, menanggapi pertikaian pendapat mengenai bala?f
dalam bulan Safar. Kandungan tranliterasi membicarakan berbagai-bagai jenis
amalan dan doa. Terlampir manuskrip asli dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi. 236
halaman.
Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fathani yang belum pernah diterbitkan.

No. 10
Judul Badai?fuz Zuhur Segugus Bungan Nan Indah Syeikh Ahmad al-Fatani jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Kelanjutan buku jilid 1, membicarakan berbagai-bagai jenis amalan dan
doa. Dilampirkan juga Segusus Bunga terbitan Matba?fah al-Miriyah, Makkah, 1321
H. 286 halaman.
Keterangan: Merupakan transliterasi karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fatani yang belum pernah diterbitkan.

No. 11
Judul Kitab Pengetahuan Bahasa Raja Ali Haji.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah
membicarakan sejarah ringkas Matba?fah Al-Ahmadiah Singapura dan Raja Haji Umar
bin Raja Al-Ahmadiah Singapura dan Raja Haji Umar bin Raja Hasan, cucu Raja Ali
Haji. Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji masih dikekalkan dalam tulisan
Melayu/Jawi. 483 halaman.
Keterangan: Merupakan kamus bahasa Melayu yang disebut pada cetakan awal Lughat
Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga. Penting untuk kajian bahasa Melayu.

No. 12
Judul Koleksi Data Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman Al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah
memperkenalkan data kitab-kitab karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman
al-Fathani, membicarakan sejarah ringkas Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman
al-Fathani. Karya-karya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani yang
telah ditemui baik dalam bentuk cetakan atau pun manuskrip masih dikekalkan
dalam tulisan Melayu/Jawi, semuanya dimuat dalam koleksi ini. 524 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan semua karangan ulama dan tokoh ini
daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam
dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.

No. 13
Judul Koleksi Data Syeikh Abdur Rahman Gudang Al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1997.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah
membicarakan sejarah ringkas Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani yang telah
ditemui baik dalam bentuk cetakan masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi,
semuanya dimuat dalam koleksi ini. 220 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan semuanya karangan ulama dan tokoh ini
daripada kemusnahannya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan ulama silam
dunia Melayu kepada generasi sekarang dan yang akan datang.

No. 14
Judul Koleksi Data Raja Ali Bin Raja Muhammad/Tengku Nong: Melibatkan Aktiviti
Syarkah Ahmadi & Co. Midai dan Cawangannya Al-Ahmadiah Sengapura (Bahagian
Pertama).
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1417 H/1997 M.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah
membicarakan sejarah ringkas salah satu jurusan Kerabat Diraja Riau, bermula
dari Raja Abdullah/Marhum Mursyid, Yang Dipertuan Muda Kerajaan Riau-Lingga ke
IX hingga peranan anak cucunya. Yang dipentingkan dalam koleksi ini ialah cucu
baginda bernama Raja Aii/Tengku Selat. Selanjutnya adalah kumpulan surat-surat
tulisan Melayu/Jawi juga terdapat tulisan Latin/Rumi antara Raja Ali/Tengku
Selat timbalbalik dengan pihak lainnya. Surat penyelidikan syarikat perniagaan
yang dikelolanya baik pusatnya di Pualai Midai mau pun cawangannya di Singapura.
Juga penting untuk kajian aktiviti Kerabat Johor, Selangor, Pahang, Terengganu
dan lain-lain sesudah kejatuhannya tahun 1911 M. Ukuran/Tebal: Menggunakan
ukuran lebar kerana mengikut saiz surat-surat yang paling lebar pada zamanya,
259 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen tokoh ini daripada
kemusnahanya. Selain itu sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu
kepada generasi sekarang dan yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli
kepada umum, dicetak sangat terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan
pengkaji-pengkaji tertentu saja.

No. 15
Judul Koleksi Data Pulau Tujuh Kepulauan Riau (Bahagian Pertama).
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1417 H/1997 M.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullahy
merupakan keterangan ringkas keseluruhan kandungannya. Terdapat beberapa contoh
surat saham dan lambang/logo beberapa perusahaan bangsa Melayu dan Islam
peringkat awal seperti Natoena & Co. Sedanau tahun 1318 H/1900 M, Tarempa
Syarikat tahun 1333 H/1915 M, Ahmadi & Co. Midai 1333 H/195 M, dan lain-lain.
Peraturan Perjanjian Tarempa Sharkah tahun 1913 M. Surat-surat keputusan
Mahkamah Midai yang ditandatangani oleh Raja Haji Ahmad bin Raja Haji Umar
selaku Kepala Midai tahun 1328 H/1911 M, dan tahuhn-tahun berikutnya. Dan
lain-lain informasi/maklumat mengenai Pulau Tujuh, yang terdiri gugusan
kepulauan Jemaja, Siantan, Natuna, terdapat dalam koleksi ini. 343 halaman.
Keterangan: Bertujuan untuk menyelamatkan dokumen daripada kemusnahannya. Selain
itu sekaligus memperkenalkan peranan tokoh dunia Melayu kepada generasi sekarang
dan yang akan datang. Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat
terbatas, hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.

No. 16
Judul Fatwa Binatang Hidup Dua Alam.
Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990.
Kandungan: Penyelidikan yang dilakukan saintifik Syeikh Ahmad al-Fathani
terhadap binatang yang hidup dalam dua jenis alam sehingga dapat untuk
menentukan hukum halal atau pun haram dimakan. Dilampirkan juga manuskrip asli
dan bahagian cetakan dalam Al-Fatawal Fathaniyah, Selain dilampirkan riwayat
hidup ringkas Syeikh Ahmad al-Fathani. 60 halaman.
Keterangan: Diubahsuai bahasa lama dengan yang digunakan sekarang dari naskhah
tulisan tangan Syeikh Ahmad al-Fathani dengan perbandingan yang termaktub dalam
Al-Fatawal Fathaniyah.

No. 17
Judul Wasiat Abrar Peringatan Akhyar Syeikh Daud al-Fatani.
Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990.
Kandungan: Membicarakan amalan wirid, zikir dan lain-lain yang pernah diamalkan
oleh Nabi S.A.W, para shalihin, dan lain-lain. Dengan lampiran dua buah
manuskrip judul ini yang telah ditemui. 99 halaman. Keterangan: Trnsliterasi
kitab Washayal Abrar wa Mawa?fizhul Akhyar karya Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani.

No. 18
Judul Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara.
Terbitan: HIZBI Shah Alam, 1990.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. 174 halaman.
Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua
dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.

No. 19
Judul Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Pengarang Sabilal Muhtadin.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1990.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. 137
halaman.
Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disiapkan cetakan yang kedua
dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.

No. 20
Judul Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996.
Kandungan: Membicarakan sejarah ringkas ilmu tauhid di Asia Tenggara, gambaran
ringkas pengenalan Faridatul Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan
transliterasi membicarakan ?eaqidah Ahlus Sunnah wal Jama?fah yang dilengkapi
dengan nota-nota yang panjang. Dengan lampiran salah sebuah edisi cetakan
Faridatul Faraid. Terlampir juga tiga judul manuskrip karya Syeikh Ahmad
al-Fatani dalam bahasa Arab, ialah Jumanatut Tauhid, Munjiyatul ?eAwam dan
Minhajus Salam. 272 halaman.
Keterangan: Edisi cetakan 1990 tidak beredar lagi. Yang diedarkan ialah Cetakan
Kedua, 1996, (Edisi Penyempurnaan) dengan judul lengkap Faridatul Faraid Syeikh
Ahmad al-Fathani ?eAqidah Ahlus Sunnah wal Jama?fah Yang Sejati

No. 21
Judul Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 1.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
1991 Kandungan: Membicarakan karya-karya Syeikh Abdur Raud bin Ali al-Fansuri
dan karya-karya para ulama lain yang sezaman dengannya. 207 halaman.
Keterangan: Membahas pelbagai ilmu Islam terutama tasawuf, aqidah dan fiqh

No. 22
Judul Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 2.
Terbitan: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1991.
Kandungan: Membicarakan karya-karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan karya-karya
para ulama lain yang sezaman dengannya. 192 halaman. Keterangan: Membahas
pelbagai ilmu Islam terutama tasawuf, ?eaqidah dan fiqh

No. 23
Judul Mun-yatul Muishalli Syeikh Daud al-Fathani Terbitan: Cetakan pertama
Oktober, 1991, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur.
Kandungan: Pengetahuan sembahyang. 215 halaman.
Keterangan: Transliterasi kitab Mun-yatul Mushalli karya Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fathani Cetakan Kedua 1996

No. 24
Judul Hadiqatul Azhar war Rayahin Syeikh Ahmad al-Fatani, Edisi Kajian Jilid 1.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1992.
Kandungan: Dalam tulisan Latin/Rumi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah
membicarakan data kitab hadiqatul Azhar war Rayahin, petikan beberapa macam
pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani masih dikekalkan dalam tulisan Melayu/Jawi
tulisan tangan asli pengarangnya. Terkumpul di dalammya hikayat para Wali Allah
dan ulama. 213 halaman.
Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, akan diterbitkan dalam bentuk
transliterasi secara keseluruhan kerana kitab ini adalah sebagai contoh teori
takmilah.

No. 25
Judul Al-?fAllamah Syeikh Ahmad al-Fatani Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu,
jilid 1.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, Januari 1992.
Kandungan: Sejarah hidup Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Serba ringkas
memperkenalkan karya-karya dn petikan sebahagian kecil pemikirannya baik untuk
dunia Melayu mau pun dunia Islam antaabagsa. 220 halaman.
Keterangan: Sudah habis dalam persediaan, sedang disipkan cetakan yang kedua
dengan tambahan maklumat-maklumat dan penemuan-penemuan terbaru.

No. 26
Judul Manhalush Shafi Syeikh Daud al-Fatani.
Terbitan:Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera Publishers
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Ogos 1992.
Kandungan: Maklumat penyelidikan kitab Manhalush Shafi, riwayat hidup Syeikh
Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, riwayat hidup Syeikh Muhammad Zain al-Fathani.
Kandungan tranliterasi membicarakan tasawuf haqiqat peringkat tinggi.
Dilampirkan juga Manhalush Shafi salinan Syeikh Miuhammad Zain bin Mustafa
al-Fathani dan dua buah manuskrip karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang
lainnya. 222 halaman.
Keterangan: Transliterasi dua buah kitab karya Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani, iaitu Manhalush Shafi fi Bayani Rumuzi Ahlis Shufi, sebuah kitab
tasawuf yang lain tanpa judul, dan sedikit petikan dari karya beliau berjudul
Tuhfatur Raghibin.

No. 27
Judul Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad al-Fatani.
Terbitan: Cetakan pertama Khazanah Fathaniyah dengan kerjasama Imatera
Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, September, 1993.
Kandungan: Membahas syair shufi Syeikh Ahmad al-Fathani pada menjawab pertanyaan
Sultan Kelantan lengkap dengan lampiran surat, transliterasi dan keterangannya.
231 halaman.
Keterangan: Penting untuk kajian perkembangan tasawuf/tariqat dan sastera di
dunia Melayu.

No. 28
Judul Koleksi Kertas Kerja Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah Dibentang
Dalam Pelbagai Seminar dan Forum (Dari Tahun 1990 Sampai Tahun 1996).
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan
sesiapa yang memerlukannya:

1. Tiga Zaman Pembentukan Istilah Ilmu Keislaman Asia Tenggara. Dibentang dalam
Persidangan Peristilahan Antarabangsa ke-ll (Termplan ?e90) pada 20-22 November
1990.

2. Riwayat Hidup Ringkas dan Hasil Karya Syeikh Daud al-Fatani. Dibentang di
Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama?f Peringkat Kebangsaan Kali ke lV (Syeikh Daud
Abdullah al-Fatani) pada 11-13 Jamadilakhir 1412 H/17 - 19 Disember 1991.

3. Sumbangan Syeikh Daud al-Fatani Kepada Pengajian Fiqh Syafi?fie Di Nusantara.
Dibentang dalam seminar yang sama, seperti tersebut pada angka 2, pada hari yang
lain.

4. Khazanah Koleksi Syeikh Ahmad al-Fatani.Dibentang di Balai Lundang, Kota
Bharu, Kelantan pada Ogos, 1992 dalam rangka Pesta Buku Kelantan '92.

5. Koleksi Khazanah Manuskrip Pusaka Syeikh Ahmad al-Fatani. Dibentang dalam
Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara 19-21 Jun 1995 anjuran
Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia.

6. Syeikh Ahmad Al-Fatani Ulama dan Tokoh Persuratan Melayu: Dari zaman klasik
ke arah dunia moden. Dibentang dalam seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu
IV, 14-16 Ogos 1995 anjuran Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan
Malayisa dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Penulisan Ulama-ulama Melayu dalam Kesusasteraan Arab. Dibentang dalam
Seminar Balaghah (Retorika), 27 Rabulakhir 1416 H/23 September 1995 M anjuran
Jabatan Pengajian Arab & Tamadun islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia.

8. Tulisan Melayu/Jawi Ejaan Dalam Manuskrip dan Cetakan Kitab Suatu Analisis
Perbandingan. Dibentang dalam Seminar dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu,
3-4 Oktober 1995 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.

9. Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau dari Pelbagai Peringkat. Dibentang
dalam forum jemputan khas anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
pada 27 September 1995. Kemudian kertas kerja yang sama dibentang lagi dalam
jemputan khas Siri Seminar Jabatan pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25 Oktober 1995.

10. Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia Tenggara. Dibentang dalam Seminar
Antarabangsa pengajian Islam di Asia Tenggara, 2-23 November 1995 anjuran
Fakulti Islam, Universiti Brunei Darussalam.

11. Pengenalan Ulama Asia Tenggara Dahulu dan Sekarang. Dibentang dalam Seminar
Ulama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 Syaaban 1416 H/14 Januari 1996 M
anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

12. Peranan Orang -orang Patani di Dunia Peantauan. Dibentang dalam Seminar
Patani anjuran Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam dengan kerjasama Jabatan
Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 Mac 1996.

13. Pengaruh dan Pemikiran Saiyidina Ali di Alam Melayu: Satu Analisis
Berdasarkan Karya-karya Klasik Melayu. Dibentang dalam Seminar Khazanah
Pemikiran Islam anjuran Info Taiment Enterprise, 21 Julai 1996 di Kuala Lumpur.

14. Hubungan Ulama?f Patani dan Kedah: Kekeluargaan, Pertalian Ilmu dan Karya.
Dibentangkan Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, 29-30 September 1996,
anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

No. 29
Judul Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah mengenai Fikrah
Wawasan Tokoh Dunia Melayu dalam Majalah Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam dan
Kiblat.
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan
sesiapa yang memerlukannya. 246 halaman.
Kandungan: Dalam Dewan Budaya Konsep Pemikiran:
Syeikh Ahmad al-Fatani berdasarkan Teks-Taiyibul Ihsan Fi Tibbil Insan,
Syeikh Ahmad al-Fatani: Sultan, Politik dan Riau,
Syeikh Ahmad al-Fatani dan Teknologi Dua Bintang Satu Nama Pengruh Tarekat
Naqsyabandiyah di Kerajaan Riau-Lingga Raja Haji, Raja Ali, dan Gusti Jamiril
Tuk Raja Faqih Syeikh Safiyuddin al-Abbasi Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani:
Catatan Baru
Syeikh Ahmad Khatib Sambas
Syeikh Yusuf Tajul Khalwati
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari
Syeikh Nawawi al-Bantani - Imam Nawawi Kedua Syeikh Utsman bin Syihabuddin
al-Funtiani al-Banjari
Syeikh Ahmad Lingga " Qus Bahasa Melayu"
Raja Haji Muhammad Tahir Riau: Tokoh Falakiyah dan Tariqat Naqsyabandiyah Dalam
Dakwah Syeikh Abdul Wadir bin Abdur Rahim Terengganu
Al-Allamah Al-Amil Wa Al-Fadhil Al-Kamil Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan
Al-Kalantani
Tuan Guru Haji Ahmad Al-Kalantani: Sultan Minta Beliau Karang Kitab Darul Hasan
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman Al-Fathani
Syeikh Muhammad Tayib Al-Banjari Al-Qad-hi
Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad Al-Idrus (Tokku Melaka)
Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Senik Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur: Guru
Mat Kilau
Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy Al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik Al-Fathani)
Syeikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak: Dalam Merintis Kecemerlangan Ilmu di
Sarawak, Sambas dan Pontianak.
Haji Muhammad Husein bin Abdul Latif (Tok Kelaba Al-Fathani): Penyalin Manuskrip
Melayu Terbesar di Asia Tenggara.
Syeikh Muhammad Said Negeri Sembilan: Mursyid Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah.
Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani: Penyusun Kitab Kasyful Litham
Tentang Cabang-cabang Fiqh Terlengkap Mazhab Syafi?fie id Dunia Melayu
Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah: Pengasas Pengajian Pondok Pertama
Kalimantan Barat
Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq: Syeikhul Islam Kedah Darul Aman Yang
Berwibawa
Syeikh Abdur Rasyid Al-Fathani: Syeikhul Islam Kerajaan Negeri Selangor
Tuan Guru Wan Hasan Besut Guru Keluarga Raja dan Masyarakat Besut
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah Terengganu (Tok Pulau Manis): Pengkuan dan
Bantahan Kitab Syarah Hikam Melayu Sebagai Karyanya.
Tuan Guru Tok Kenali Bersama Gurunya ke Mesir: Permasalahan Khilafiah dan
Sanggahan Kitab Mujarrab Sebagai Karyanya.
Syeikh Abdus Shamad bin Muhammad Shalih (Tuan Tabal): Penyebar Tariqat Ahmadiyah
Pertama di Asia Tenggara.
Syeikh Daud bin Ismail Al-Fathani: Kader Pentashih Kitab Melayu/Jawi yang
Pertama.
Syeikh Ismail Minangkabau: Guru Intelektual Diraja Riau, Johor dan Selangor.
Syeikh Abdur Rahman Siddiq: Mufti Kerajaan Inderagiri Riau.
Sayid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin Al-?fAidrus: ulama dan Bapa
Kesusasteraan Melayu Terengganu
Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Raman-Terengganu: Ulama dan Penyalin
Pelbagai Manuskrip Melayu
Syeikh Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Generasi Penyambung Ulama-Ulama Aceh Terkenal
Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Al-Asyi: Pengaruh Bidayatul Hidayah
Karyanya di Dunia Sepanjang Zaman
Syeikh Muhammad Salih Ar-Rawa: Pengarang Kitab Fathul Mubin
Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah Al-Falimbani: Generasi Penyambung
Ulama-Ulama Palembang
Tok Bendang Daya ll: Pondok Teramai Muridnya di Asia Tenggara Abad 19.
Syeikh Syamsuddin bin Abdullah As-Sumatra-i: Ulama Shufi Pembesar Kerajaan Aceh
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri: Pembangkang Faham Wihdatul Wujud
Syeikh Abdur Rauf bin Ali Al-Fansuri: Penyusun Tafsir Quran Pertama Bahasa
Melayu
Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib Al-Asyi: Ketua Pelajar Melayu Pertama di Mesir
Syeikh Abbas Kutakarang: Ahli Astrologi Dunia Melayu
Syeikh Sirajuddin bin Jalaluddin: Pengrang Kitab Durratun Nakhirah
Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan. Penyebar Tasawuf Islam Metod Tariqat Syatariah
Yang Pertama di Jawa Barat
Mufti Haji Jamaluddin (Mufti Martapura): Penyusun Kitab Perukunan
Ibnu Syeikh Abdul Mu?fthi: Penyusun ilmu Tajwid Pertama Bahasa Melayu
Megat Sati Ibnu Amir Sulaiman Al-Asyi: Murid Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Syeikh Miuhammad Zainuddin As-Sumbawi: Pengarang Kitab Sirajul Huda
Mufti Saiyid Utsman Al-Betawi: Mufti Betawi Yang Paling Dikenali
Syeikh Muhammad bin Khatib Langien Ulama Sufi Penyebar Tariqat Syatariyah,
Dakwah, Jun 1995/Zulhijah 1415
Syeikh Syihabuddin al-Jawi Ulama Pengamal Empat Tariqat Sufiyah, Dakwah, Julai
1995/Muharam 1416
Catatan Tentang Ulama Banten Syeikh Arsyad Tawil Al-Bantani Ulama Yang Terlibat
Dalam Jihad di Banten, Dakwah, November 1995 M/Jamadilawal 1416 H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi Penyebar Tariqat Samaniyah,
Dakwah, Disember 1995 M/Jamadilakhir 1416 H.
Syeikh Wan Ali bin Ishaq Al-Fatani Ulama Sufi Penyebar Tariqat Samaniyah,
Dakwah, Disember 1995
M/Jamadilakhir 1416 H. Dalam Al-Islam
Syeikh Abdul Mubin Al-Fathani
Ulama-Ulama Kader Pondok Pauh Bok
Syeikh Haji Wan Mustafa Al-Fathani
Syeikh Abdul Lathif bin Mustafa Al-Fathani: Menggunakan Seni untuk menyebarkan
Islam
Wan Muhammad bin Syeikh Safiuddin
Dalam Kiblat (Edisi Melayu/Jawi)
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Karya Syeikh Muhammad Zain Aceh Yang Terkenal
Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani
Sejarah Fathani Syeikh Daud Al-Fathani
Islam Terawal Masuk Ke Patani
Melayu Patani Capai Kemajuan Teknologi
Keterangan: Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas,
hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.

No. 30
Judul Koleksi Karya Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah Mengenai Kitab
Melayu/Jawi Dalam Jurnal Dewan Bahasa 1990-1991.
Terbitan: Terbitan terhad/terbatas diedarkan hanya berdasarkan permintaan
sesiapa yang memerlu-lukannya.
Kandungan: Karya-karya Klasik Abad 16: Bukti Bahsa Melayu Bahasa Ilmu, Februari
1990.

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain
Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Mei
1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Pemikiran Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Jun,
1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Syeikh Abdul Malik Terengganu, Jurnal Dewan Bahasa,
Julai 1990
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Meninjau Kitab Sabil Al-Muhtadin oleh Syeikh
Miuhammad Arsyad Al-Banjari, Jurnal Dewan Bahasa, Ogos 1990.
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Menkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Hidayah as-Salikin
Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani, Jurnal Dewan Bahasa, September 1990
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Tuhfah Ar-Raghibin Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari, Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1990
Pendokumentasian Karya-Karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Yang Belum
Pernah Dicetak, Jurnal Dewan Bahasa, Nombember 1990
Pendokumentasian Karya-karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani Yang Belum
Pernah Dicetak, Jurnal Dewan Bahasa, Disember 1990
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Furu?ful Masail Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Januari 1991.
Mengkaji Gaya Bahasa Dalam Kitab Kasyful Litham Syeikh Zainal Abidin bin
Muhammad Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Februari 1991
Mengenal Pelbagai Peristilahan Fekah dan Gaya Bahasa Dalam Kitab Bughyatut
Tullab Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1991
Mengkaji Kandungan Kitab Hidayatul Muta?fallim Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, April 1991.
Mengkaji Karya Besar Kitab Al-Bahrul Wafi Syeikh Muhammad bin Ismail Daud
Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1991.
Matla?ful Badrain Kitab Fiqhi Yang Termasyhur di Dunia Melayu Syeikh Muhammad
bin Ismail Al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Jun 1991
Mengenal Kitab Hadiqatul Azhar Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani, Jurnal
Dewan Bahasa, September 1991.
Warduz Zawahir Kitab usuluddin Yang Terbesar Dunia Melayu Karya Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fatani, Jurnal Dewan Bahasa, Oktober 1991.
Keterangan: Koleksi ini tidak dijualbeli kepada umum, dicetak sangat terbatas,
hanya untuk pesanan perpustakaan dan pengkaji-pengkaji tertentu saja.

Untuk Maklumat Lanjut dan Pesanan, Sila Hubungi Alamat Berikut:

KHAZANAH FATHANIYAH
707A, Tingkat Bawah PSN A Sri Terengganu Blok B
Jalan Sentul Selatan
51000 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tel: 03-4454745, Fax: 03-6883790

SYEIKH MUSTAFA AL-SIBA'IYY

Mustafa al-Siba'iyy (1915-1964M)

Oleh
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM

Mustafa al-Siba'iyy merupakan sorang ulamak dan tokoh nadhah yang terkenal dalam abad ini. Beliau dilahirkan di Bandar Homs pada tahun 1334H/1915M dalam keluarga yang mulia. Beliau memulakan pengajian dan menengah di Homs pada tahun 1930 dan seorang yang bijak sejak kecil lagi. Beliau mendapat didikan dari ayahnya yang juga sebagai seorang ulamak dan khatib yang terkenal di Homs. Sejak kecil lagi, beliau terdedah dengan ulamak yang datang ke rumah bapanya atau mengikuti bapanya menghadiri majlis-majlis ilmu, Dalam usia 16 tahun, beliau pernah ditangkap dan dipenjara kerana melawan penjajah dan mengedarkan risalah anti penjajahan pada tahun 1931. Pada tatun 1932, beliau sekali lagi dipenjara selama 6 bulan atas tuduhan kritikan semasa berkhutbah di masjid di Homs

Pada tahun 1933, beliau pergi Mesir untuk melanjutkan pelajaran di al-Azhar dalam bidang Feqh dan memperolehi Ijazah B.A Usuluddin dengan jayanya. Semasa menuntut di sini, beliau mengenali Hassan al-Banna dan menganggotai Ikhwan. Di sinilah beliau mengikuti pergerakan tersebut dan menyampaikan kuliah-kuliah dan menghadiri majlis-majlis yang dikendalikan oleh Hasan al-Banna. Pada masa ini, beliau melakukan demontrasi terhadap Inggeris yang menjajah yang menyebabkan beliau ditahan pada tahun 1934 dan pada sekali lagi pada tahun 1941 atas tuduhan menubuhkan pertubuhan rahsia untuk membantu pemberontakan Rashid Ali al-Kailani di Iraq.

Setelah dua bulan berada ditahan di Mesir, beliau diserahkan kepada penguasa Inggeris di Palestin dan diteruskan penjara di sana selama empat bulan. Kemudian beliau dibebaskan dan pulang ke Homs.

Di Homs, beliau meneruskan perjuangan melawan penjajahan Inggeris sehingga ditangkap sekali lgi selama 30 bulan. Semasa di penjara beliau menghabiskan masa dengan mengajar ilmu dan beribadat. Pada tahun 1944, beliau menjadi guru di sekolah menengah di Homs kemudian beliau menubuhkan sekolah Arab Islam dan beliau adalah pengetua yang pertama. Di samping itu, beliau menubuhkan pertubuhan kebajikan seperti di Homs Pertubuhan Ikatan Agama dan di Damsyiq Jam'iyyah Shabab Muhammad s.aw.(Pertubuhan Pemuda Muhammad) dan Jam'iyah al-Shubban al-Muslimin).

Setelah pulang dari Mesir, beliau bersama dengan rakan-rakan menubuhkan Ikhwan al-Muslimin Syria pada tahun 1945 dan mereka melantiknya menjadi ketua sepanjang hayat. Mengikut Abdullah Aqil bahawa Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada 1943 semasa mesyuarat yang dihadiri oleh Ustaz Said Ramadan (menantu Hassan al-Banna, dari Mesir).Beliau telah menulis buku yang bertajuk Durus fi Da'wah al-Ikhwan al-Muslimin (Pelajaran dari Ikhwan al-Muslimin) yang menjelaskan matlamat, program-program yang dilakukan oleh Ikhwan dalam islah masyarakat di Syria. Pada tahun 1944, beliau pertam kali pergi menunaikan haji dan pada tahun 1947, beliau menubuhkan dan menerbitkan surat khabar yang dinamakan al-Manar. Pada tahun 1945, beliau mengetuai pemberontakan bersenjata melawan penjajahan Inggeris dan berjaya mengusir penjajahan pada tahun 1946. Pada tahun 1946, beliau dilantik menjadi ahli Lembaga Pengasas Ikhwan yang berpusat di Mesir. Beliau bersama Umar Bahauddin al-Amiri dilantik oleh Majlis Irsyad dan Mursyid Am Ikhwan yang mana hanya mereka berdua sahaja yang mengangotai lembaga tersebut dari orang luar dari warga Mesir.

Pada tahun 1948, beliau bersama Ikhwan Syria menyertai Perang Palestin bagi melawan penjajahan yang menawan Palestin dan al-Quds. Pada tahun berikutnya, beliau telah menang pilihanraya di Bandar Damsyiq. Pada masa yang sama, beliau berjaya memperolehi Ijazah Ph.D di al-Azhar dengan tajuk : " Kedudukan al-sunnah dalam Perundangan Islam". Risalah ini bagi menjawab tuduhan-tdhan yang tidak berasas terhadap sunnah dalam perundangan Islam.

Pada tahun 1950, beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan kemudian menjadi Ketua bahagian Fiqh di universiti tersebut. Pada tahun 1951, beliau menghadiri Muktamar Islam di Pakistan yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam dari seluruh dunia. Pada tahun 1952, beliau bersama dengan rakan-rakan telah meminta dari pemerintah untuk menyertai peperangan Suez di Mesir tetapi ditolak dan ditangkap dan dipenjara. Pada tahun 1955, beliau dilantik menjadi Dekan Kuliah Syariah di Universiti Damsyiq setelah berjaya mengalahkan golongan sekular yang menghalang penubuhan kuliah tersebut. Pada tahun 1956, beliau melawat beberapa negara Barat dan melawat universiti-universiti di sana. Beliau juga melawat Turki, Itali, Britian, Belanda, Denmark, Jerman dan Rusia. Pada tahun 1954 Ustaz Hasan al-Hudaibi telah menyusun Ikhwan dengan menubuhkan Pusat Pentadbiran negara–negara Arab bagi Ikhwan dan melantik al-Siba'iyy menjadi ketua. Pada muktamar kedua yang berlangsung di Damsiq pada tahun 1957, beliau sekali lagi dilantik untuk mengetuai pusat tersebut.

Setelah beliau pulang dari Rusia pada tahun 1957, beliau telah diserang penyakit stroke yang menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan kiri. Ini memberi kesan terhadap kegiatan beliau namun menurutnya pada masa itulah masa yang paling berkat kerana beliau dapat menulis buku-buku yang banyak ketika itu dan menyampaikan kuliah-kuliah. Pada tahun 1958, beliau mengisyiharkan pembubaran Ikhwan Syria bagi menyahut seruan Jamal Nasir Presiden Mesir yang mengadakan syarat bagi penyatuan Syria-Mesir dengan membubarkan parti-parti di Syria.

Pada hari Sabtu 20 Jamadil Awal 1384 bersamaan 3 Oktober 1964, beliau telah pergi menemi Tuhannya setelah seluruh hidupnya berjuang untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Setelah berita kematian tersebar di seluruh Syria, seluruh rakyat datang untuk menziarahinya namun dihalang oleh pihak pemerintah untuk mereka untuk masuk ke Damsyik. Kematian beliau merupakan kehilangan besar bagi rakyat Syria dan aktivis pergerakan Islam. Berehatlah jasad beliau tapi pemikirannya dan semangat perjangan terus subur di kalangan umat Islam. Antara kata-kata hikmah beliau : "Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan."

Mufti Palestin, Haji Muhamad Amin Husain menyifatkan kematian al-Siba'iyy merupakan kehilangan besar kerana beliau merupakan seorang yang alim, mujahid, ulamak dan pendakwah yang terkenal dengan ikhlas dan benar serta kuat keazaman. Beliau seorang yang gigih dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam dan mempertahankannya termasuk mempertahankan Baitul Maqdis pada tahun 1948. Semasa Abu Hassan al-Nadwi melawat Syria pada tahun 1951, beliau telah menjadi tetamu kepada Mustafa al-Siba'iyy dan beliau mengiringi al-Nadwi untuk menyampaikan ceramah kepada aktivis-aktivis Ikhwan di Syria dan melawat tempat-tempat bersejarah di sana.Bagi penulis, Mustafa al-Siba'iyy mula dikenalnya ketika belajar di Pusat Matrikulasi Universoiti Islam Antarabangsa yang mana buku Sirah al-Nabawiyyah dijadikan teks di dalam subjek Sirah. Semasa melawat Syria pada 22 November 2006, penulis berkesempatan melawat Makam Mustafa al-Siba'iyy yang terletak di Bab al-Saghir, Damascus.Makam beliau terletak berselebahan dengan makam Bapa Dr. Said Ramadan yang bernama Mula Ramadan dan Makam Syeikh Abdul Karim al-Rifa'i.

Kuala Lumpur
30 Disember 2006


Dari MINDA MADANI ABIM

Saturday, November 10, 2007

ZIKIR MENURUT HASAN AL-BANNA

ZIKIR menurut HASSAN AL BANNA

Dalam Majmu’ Rasail Hasan al Banna di bahagian bertajuk Al Ma’thurat, beliau berkata:

“Saudara yang dihormati, jika anda memahami hakikat ini anda tidak sepatutnya merasa hairan jika seorang muslim sentiasa berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan”.

Kata Imam asy-Syahid lagi:

“Nabi saw sendiri berzikir mengingati Allah dalam setiap keadaan.”


Huraian

Hasan al Banna mengakui wujudnya segelintir umat Islam yang sentiasa dalam keadaan berzikir. Pengalamannya ini adalah hasil sesi tarbiyyah sufi Tariqat Hasafiah yang pernah dilaluinya pada zaman-zaman awal kehidupan beliau. Beliau sangat mengkagumi tokoh tariqat ini iaitu Syeikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syeikh Hasanain al-Hashafi.

Sebenarnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah menolak jemaah-jemaah tariqat sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian orang, Cuma Ikhwanul Muslimin menolak jemaah tariqat yang ternyata sesat dan kurang bersetuju dengan ruang lingkup dakwah jemaah-jemaah tariqat lain yang tidak cukup luas. Mereka hanya memperjuangkan beberapa aspek pilihan sahaja daripada keseluruhan aspek yang ada dalam dakwah Islam itu. Ikhwanul Muslimin tetap menghormati dunia sufi dan peranannya.

Hasan al Banna menceritakan pendapatnya tentang dunia tasauf dalam “Muzakkirat Da’wah wad Da’iyah”. Tulis Dr. Yusuf Qardhawi (tokoh utama Ikhwan dewasa ini) dalam “At-Tarbiatul Islamiyyah wa Madrasatul Hassan al Banna”: “Di dalam tasauf itu terdapat kehangatan dan semangat serta pengaruh yang tidak terdapat pada golongan yang lain dan dalam ucapan mereka terkandung kekuatan yang tidak terdapat dalam ucapan orang lain.”

Tulis Hasan al-Banna dalam Detik-detik Hidupku sewaktu menyatakan pandangannya tentang tasauf:

“Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu tasauf dan tariqat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di pelusuk dunia yang jauh. Penyebaran Islam tidak mungkin tercapai tanpa semangat berdakwah ahli-ahli sufi ini. Islam tersebar luas kerana usaha-usaha mereka ini.”

Tulis Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Al Munqiz min adh’Dhalal” (Selamat daripada Kesesatan): “…aku berkeyakinan bahawa orang-orang sufi adalah golongan yang mengikut jalan yang hanya semata-mata menuju kepada Allah. Cara hidup mereka adalah sebaik-baik kehidupan dan tariqat yang diikuti adalah jalan yang paling tepat serta akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak.” Pandangan al-Ghazali ini tentu sesuai dengan keperluan-keperluan dakwah di zamannya, sesuai dengan statusnya sebagai mujaddid bagi zaman itu. Dengan datangnya zaman yang baru dengan mujaddid yang baru iaitu Imam asy-Syahid sendiri, maka teknologi berdakwah turut berubah.

Seperti yang kita maklumi, ulama-ulama tasauf memang membiasakan diri mereka berzikir dalam segala keadaan. Yang dimaksudkan oleh Hasan al Banna di sini ialah zikir khafi iaitu zikir di dalam hati (tersembunyi) seperti “Allah, Allah”, “Laailahaillallah” dan sebagainya secara berterusan daripada seawal terjaga dari tidur (pada waktu pagi ketika mata belum terbuka tetapi hati telah sedar) hinggalah masuk tidur (di kala mata telah tertutup hinggalah kesedaran hilang akibat lena). Inilah “trend” ulama-ulama tasauf. Biasa kita lihat si ulama berbual atau memberikan kuliah tetapi tasbih di tangannya masih tetap berjalan. Inilah yang dimaksudkan dengan “Nabi saw sendiri berzikir mengingati Allah dalam setiap keadaan.”

Fahamilah perintah Allah:

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)

Allah memerintahkan kita supaya selalu dalam keadaan berzikir, tidak kira semasa kita berdiri, ketika duduk mahupun sedang berbaring.

Bukanlah yang dimaksudkan itu zikir bersuara (terang-terangan) kerana zikir jenis ini akan terputus apabila kita berbicara, makan minum, masuk tandas, terkejut, sakit mulut dan sebagainya. Zikir di hati itulah yang dimaksudkan kerana ia boleh diamalkan tidak kira walau di mana kita berada.

Sabda Nabi:

“Zikir khafi itu melebihi zikir jahri dengan 70 kali ganda. Setelah hari kiamat, Allah mengembalikan semua makhluk ke tempat perhitungannya. Dan malaikat penjaga membawa apa yang mereka jaga dan apa yang mereka catat. Allah berfirman kepada malaikat penjaga: Perhatikanlah, masih adakah sesuatu yang tersisa daripada (amalan) hamba-Ku? Mereka menjawab: Tidak ada satu pun yang kami tinggalkan darpada apa yang kami tahu dan yang kami jaga melainkan kami batasi dan kami tulis dengan sebenarnya. Maka Allah pun berfirman (kepada hamba-Nya): Sesungguhnya kebaikanmu ada pada-Ku. Dan Aku akan membalasnya. Kebaikanmu itu ialah zikir khafi.”
(Baihaqi)

Dalam hadith lain:

“Zikir yang paling baik adalah zikir khafi dan rezeki yang paling baik ialah sesuatu yag mencukupi.”
(Ibnu Hibban & Baihaqi)

Bayangkan kita sedang berada di medan jihad dan sedang sibuk bergomol dengan musuh, ibadah apakah yang boleh kita lakukan? Tidakkah zikir khafi? Ketika kita menjeritkan, “Hei musuh-musuh Islam, kami datang memang untuk menemui syahid!” apakah ibadah yang boleh kita lakukan? Zikir di mulut pasti terhenti kerana kita perlu bersuara tetapi zikir di hati masih boleh terus berjalan. Maka zikir jenis ini amat sesuai dipraktikkan terutamanya ketika dalam kecemasan. Zikir khafi ini tidak mengganggu pekerjaan kita.

Dalam sebuah hadith qudsi:

“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Itulah diriwayatkan bahawa ketika Tok Kenali (seorang tokoh sufi dan waliyullah Kelantan) hampir meninggal dunia, mulutnya sudah tidak bergerak tetapi anaknya masih dapat mendengar suara “Allah, Allah” dari dalam dada bapanya.

Siapakah Tok Kenali? Beliau ialah anak murid kepada seorang ulama besar iaitu Syeikh Ahmad al-Fathoni. Dalam majalah Seni Beladiri (artikel bertajuk “Ustaz Ahmad Che Din: Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat” oleh Mohd Nadrin Wahab) diceritakan suatu ketika Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) memerlukan seorang pemudahcara dalam dialognya dengan Syeikh Nasiruddin (Beirut), para ulama Mekah memanggil Syeikh Ahmad Fathoni. Ketika itu beliau adalah salah seorang ulama rujukan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Syeikh Ahmad mencalonkan Tok Kenali.

Mulanya Syeikh Muhammad Abduh ragu akan kebolehan Tok Kenali. Setelah Tok Kenali mentafsirkan surah al-Fatihah selama 7 hari berturut-turut barulah Syeikh Muhammad Abduh akur dengan kelayakannya. Tok Kenali pun menyelesaikan dialog tersebut.

Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah memberitahu Nabi Muhammad saw yang baginda sentiasa bersama-sama dengannya walaupun ketika di dalam tandas. Kalau benarlah riwayat ini, maka memang jelaslah Abu Bakar orang terbaik umat ini kerana dia mampu mengingati Allah dan Rasul-Nya sekaligus secara berterusan di dalam hati.

Namun kita janganlah hendaknya menyempitkan makna zikir itu terbatas kepada sebutan-sebutan “Subahanallah”, “Allah”, “Laailahaillallah” dan seumpamanya sahaja. Kalau ketika itu kita sedang berfikir tentang kebesaran Allah, bermonolog dalaman menyatakan kasih sayang kita kepada-Nya, membaca al-Quran (terutamanya dengan pemahaman) dan seumpamanya masih di kira sedang berzikir, sedang ingat kepada Allah SWT. Zikir-zikir yang diutamakan oleh Hasan al-Banna ialah zikir-zikir yang ma’tsur, yang jelas datang daripada Nabi Muhammad saw untuk mengelakkan sebarang keraguan. Dalam buku “At-Tarbiatul Islamiyyah wa Madrasatul Hassan al Banna” karya Dr. Yusuf Qardhawi tertulis di sana “Sebaik-baik zikir ialah membaca al-Quran”.

Kata Imam Nawawi dalam Al-Adzkar: “Ketahuilah bahawa keutamaan zikir tidaklah terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid dan takbir serta yang seumpama dengannya, akan tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia pun berzikir kepada Allah swt (juga).” Demikianlah yang dikatakan oleh Said bin Jubair ra dan ulama lainnya.

Hadith Rasulullah saw:

“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian keduanya bersembahyang dua rakaat bersama-sama, maka keduanya ditulis sebagai lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah .”
(Abu Daud, Nasa’i & Ibnu Majah)

Sewaktu kita tiada sebarang pekerjaan, maka eloklah kita berzikir secara bersuara sebagaimana hadith yang dipetik oleh Hasan al Banna dalam risalahnya ini:

“Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, syariat Islam terlalu banyak untuk saya. Sila beritahu saya suatu perkara yang saya boleh tumpukan”. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah”.
(Turmizi)

Ada orang yang berzikir tetapi tidak lebih sebutan di mulut sahaja kerana hatinya memikirkan perkara lain. Berzikir di mulut dengan kehadiran hati adalah yang terbaik.

Namun dalam tarbiyyah Ikhwanul Muslimin, item zikir khafi tidaklah dimasukkan ke dalam sukatan kerana ia bukanlah perkara pokok yang Allah wajibkan untuk semua umat Islam menguasainya. Lagipun sangat banyak masa dan tenaga akan dihabiskan utuk menguasai item ini sedangkan banyak lagi kewajiban yang lebih penting sedang berada di barisan depan yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Ia adalah sekadar pengkayaan (usaha secara sendiri-sendiri) sahaja kepada sesiapa yang mampu, mempunyai lebih masa dan telah menyelesaikan kerja-kerja Islam yang digariskan oleh jemaah.

Namun bagi Ikhwan, membiasakan diri berzikir tetap sangat penting sebagaimana wasiat kedua Imam asy-Syahid dalam 10 Wasiatnya:

“Bacalah al-Quran, telaahlah tafsirannya atau dengarlah orang lain membacanya, atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menggunakan sebahagian daripada waktu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.”

Imam asy-Syahid memetik hadith:

“Apabila satu kumpulan duduk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla, malaikat akan mengelilingi mereka dan mereka akan dinaungi rahmat, mereka akan dilimpahi ketenangan dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka kepada sesiapa yang ada di sisi-Nya.”
(Muslim)

Tulisnya lagi:

“Mungkin anda sendiri kerap bertemu dengan hadith-hadith yang menyebut bagaimana baginda terserempak dengan satu kumpulan yang sedang menyebut nama Allah berzikir di dalam masjid. Baginda memuji mereka dan tidak mencegah perbuatan mereka.”


Huraian

Ikhwanul Muslimin memang menganjurkan zikir beramai-ramai pada masa tertentu. Al Ma’thurat yang disusun oleh Imam asy-Syahid biasa sangat dibaca beramai-ramai dengan kelajuan yang sama. Ini menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan kononnya tokoh Ikhwan seperti Dr. Yusuf Qardhawi misalnya menolak majlis zikir secara beramai-ramai.

Hadith qudsi:

“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku. Dan jika ia berzikir kepada-Ku secara berjemaah, nescaya Aku ingat kepadanya dalam kelompok jemaah yang lebih baik daripada mereka”
(Bukhari)

Sabda baginda saw:

“Tiadalah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah pada suatu majlis melainkan malaikat mengelilingi mereka dan rahmat meliputi mereka, dan Allah mengingati mereka sebagai orang-orang yang dekat di sisinya.”
(Muslim)

Sabda baginda dalam hadith yang lain:

“Apabila kamu melewati kebun syurga, maka berkeliaranlah di situ.” Para sahabat berkata: “Apakah kebun syurga itu ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda: “Majlis zikir”.
(Dipetik daripada kitab al-Adzkar oleh Imam Nawawi)

Rasulullah keluar mendatangi kelompok zikir dari para sahabatnya lalu bersabda: “Apakah yang menyebabkan kamu semua duduk?” Mereka menjawab: “Kami duduk berzikir kepada Allah swt dan memuji-Nya atas hidayah yang diberikan-Nya berupa agama Islam dan kurnianya-Nya kepada kami”. Beliau bersabda: “Demi Allah, hanya kerana itukah kamu duduk? Sesungguhnya aku tidak menyuruh kamu semua bersumpah sebagai tuduhan terhadap kamu semua, akan tetapi Jibril datang kepadaku dan menceritakan kepadaku bahawa Allah swt membanggakan kamu semuaa kepada para malaikat.”
(Muslim)


PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexaderwathern
NOV 2006

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=44&mode=&order=0&thold=0

TAUHID AL-IKHLAS oleh Ustaz Raof al-Bahanji