Friday, December 19, 2008

Tokoh Sunnah: Syeikh Idris al-Marbawi


KITAB Tafsir Surah Yasin karangan Imam Asy-Syaukani terjemahan bahasa Melayu oleh Sheikh Al-Marbawi atas permintaan percetakan Musthafa Al-Baby Al-Halabi Mesir tahun 1353H.


ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.

Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi

Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.

Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.

Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.

Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.

Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).

baca selanjutnya

Debat dengan Ahmadiah

"Catatan Perjalanan Dari Medan:

 SEPAS subuh panggung itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hendak dengar debat dengan aliran yang baru sampai itu. Debat itu diadakan di panggung (bioskop) “Hok Hoa” Medan pada 15 November 1935, iaitu masa penjajahan Belanda. Masa itu masyarakat Islam di Medan dikejutkan dengan datangnya seorang India bernama Mohammad Sadiq dengan pembantunya seorang asal Sumatera Barat Abubakar Ayub pada tahun 1934. Mereka membawa ajaran Ahmadiyah Qadian. Mereka menentang diadakan satu debat dengan tokoh-tokoh Ulama Islam.

Penyebar Ahmadiyah Qadian itu membawa satu gerobak kitab-kitab alirannya, sedangkan di pihak ulama Islam seperti Tengku Fachruddin (Ketua Majelis Syar’i Kerajaan Serdang), Tuan Syech Mahmud Hayat (Muhammadiyah), H. Ismail Lubis dan H. Abdul Majid hanya membawa secarik kertas saja. Tetapi tiba-tiba puak-puak Ahmadiyah Qadian itu meninggalkan ruangan muzakarah, tak jadi nak debat, dengan tiada alasan menasabah. Ertinya cabut lari sebelum berhujjah.

Maka para ulama yang hadir mengeluarkan pernyataan sebagai berikut (saya salin dalam bentuk tulisan asal):

{ MAKLUMAT:
Bagaimanakah pendapat dan putusan ahli-ahli Agama Islam terhadap Mirza Gulam Ahmad dan pengikut-pengikutnya?

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA.
Oentoek mendjelaskan dan menjatakan dengan seterang-terangnya tentang kepertjajaan dan i’tikad partai Ahmadiyah Al-Qadiany menoeroet poetoesan

‘Oelama-oelama Islam yang bersendikan Al-Quranoelkarim dan Al-Hadits beserta Idjma’ Oelama, teroetama oelama-oelama di Sumatera Timoer, maka oleh Komite Pembanteras i’tikad Ahmadiyah Al-Qadiany jang didirikan pada tanggal 10 Nopember di Medan telah mengemoekakan pertanjaan pada seloeroehnya oelama-oelama Islam terseboet dari keadaan i’tikad mereka itoe.

PENDAPATAN DAN KEPOETOESAN
Menoeroet penjelidikan dan pemeriksaan ahli-ahli Agama Islam maka njata dan teranglah menoeroet dalil-dalil (boekti-boekti) bahwa:

1. Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany jang mengaku dan mendakwakan dirinja Nabi (Rasul) dikemoedian Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengakoean ini menjebabkan akan ianya murtad (kafir).

2. Demikian djuga pengikoet-pengikoetnja jang mereka itu mengakoei dan mempertjajai bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Gadiany berpangkat Nabi dan Rasoel dikemoedian Nabi Moehammad s.a.w maka dengan kepertjajaan ini mereka menjadi kafir.

KESIMPOELANNJA:
MIRZA GULAM AHMAD AL-QADIANY KAFIR (MOERTAD). PENGIKOET-PENGIKOETNJA DJUGA KAFIR (MOERTAD) BERLINDUNGLAH KITA DARI KEADAAN INI.

Di sinilah dinjatakan nama-nama oelama-oelama Islam jang telah mengkafirkan akan mereka itu;

1. J.M.T.Fachruddin Ketua Madjlis Syar’iy Kerajaan Serdang di Perbaungan.
2. Kadhi Perbaungan.
3. Sjech Al-Hadji Zainuddin bekas Mufti Kerajaan Serdang di Perbaungan.
4. Sjech Al-Hadji Mhd. Yunus Guru Besar Maktab Al-Islamiyah, Medan.
5. Sjech Al-Hadji Mhd. Ziadah bekas Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
6. Sjech Abdullah Afifuddin Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
7. Abd. Rahim Abdullah Guru Madrasah, Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
8. Al-Hadji Mhd. Nur Abd. Karim Kadhi Tandjung Pura, Langkat.
9. Al-Hadji Dja’far bekas Guru Besar Al-Islamiyah Medan Deli.
10. Madjlis Al-Fatwa Al-Djam. Washliyah Medan Deli.
11. Al-Hadji Abd. Madjid Abdullah Guru Agama Medan Deli.
12. Al-Hadji Abd. Karim Guru Agama Bindjai.
13. Al-Ustaz Al-Hadji Abd. Halim Hasan Guru Besar Madrasah Al-Ariyah Bindjai.
14. Abd. Rahim Hitamy Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
15. Zainal Arifin Abas Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
16. Al-Hadji Abd. Wahab Guru Agama Bandar Sinembah Bindjai.
17. Al-Hadji Mhd. Nur Khadi Bindjai
18. Al-Haji Mahmud Ismail Lubis Kadhi Sei. Kerah Medan.
19. Al-Hadji Islas Kadhi Suka Piring Medan.
20. Al-Hadji Zainal Abidin Kadhi Pematang Siantar, dan 33 oelama lainnya.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA

Maka menilik keadaan ini terang dan njatalah:

1. Mirza Gulam Ahmad dan pengikoet-pengikoetnja kafir (keluar dari agama Islam).

2. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Allah, yaitu dengan perkataan: “Asjhadu Alla Ilaaha Illalloh” binasa dan tiada diterima selama mereka tetap ber’itkad sebagai tersebut.

3. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perkataan “Asjhaduanna Muhammadarrasuululloh”, djuga tidak makbul (sia-sia) selama mereka tetap beri’tikad sebagai tersebut.

4. Pergaulan dan perhubungan serta persaudaraan setjara Islam telah poetoeslah di antara umat Islam dengan mereka itu :

(i). Dua kalimah Asjsjahadah yaitu “Asjhadu Alla Illallooh wa asjhaduanna Muhammadarrasuullullooh” jang mereka otjapkan dan mereka tuliskan di papan-papan mereka jang tergantung di muka-muka rumah mereka itu, tidak lain melainkan sebagai umpan atau topeng untuk menjesatkan umat Islam terutama umat Islam jang kurang pengetahuannja.

(ii) Da’wah atau pengakuan mereka bahwa mereka itu orang Islam pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut Kitabullah Al-Quranul Karim, tidak benar dan kosong semata-mata. Hal ini tidak lain melainkan perkakas untuk penjesatkan umat Islam soepaja terdjerumus pada djaring mereka.

(iii) Segala perkataan-perkataan jang manis-manis baik jang diutjapkan dengan mulut mereka sendiri ataupun jang tertulis di dalam majalah-majalah dan soerat sebaran (maklumat) jang sengadja mereka terbitkan demikian djuga jang mereka masukkan di dalam surat-surat chabar jang dari kalimat-kalimatnja ada terbajang bahwa partai mereka ada tunduk di bawah pandji-pandji Islam dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. adalah doesta dan tipoean semata-mata.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA
Sebagai telah njata dan terang bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany dan pengikoetnja adalah dengan sebab i’tikad mereka telah menjadi murtad (kafir). Oleh sebab itu mka segala perhoeboengan dan pertalian yang tiada diharoeskan pada Sjara’ antara oemat Islam dengan lain-lain Islam, maka tiada diharoeskan djuga dengan mereka itu. Soepaja umat Islam seluruhnja dapat mengetahui di sini diterangkan hal-hal yang terbesar misalnya.

1. Kalaoe mereka mati tidak harus (haram) disembahjangkan dan dikoeboerkan di tanah perkuburan (tanah wakaf orang Islam).

2. Perkawinan (nikah) mereka tidak sah dan tidak halal dengan orang Islam.
3. Sembelihan mereka tidak halal dimakan orang Islam.

4. Tidak harus dibebaskan mereka beribadat di Mesjid-mesjid dan langgar-langgar serta surau-surau wakaf orang Islam.

5. Kitab Al-Quran an Al-Hadis serta kitab-kitab Agama kepoenjaan orang Islam tidak haroes diserahkan ketangan mereka.

6. Oemat Islam tidak diharoeskan memberi salam kepada mereka.

7. Antara oemat Islam dengan mereka tidak poesaka mempoesakai.

8. Dan lain-lain. }

Jadi, soal Ajaran Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiany bukanlah perkara baharu. Ia sudah lama dijelaskan kesesatannya. Khalifah Abu Bakar Khalifah Islam Pertama berpusatkan di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW... beliau mengambil-alih pemerintahan Islam, langkah awalnya ialah memerangi 'Orang Murtad'. Pertama murtad kerana ada yang mengaku jadi 'nabi', seperti Musilamah Kazzab selepas kewafatan Nabi, dan orang yang tidak mahu keluarkan zakat walaupun mereka juga mengaku beragama Islam.

Pada saya, hukum orang murtad hanya boleh wujud dalam pemerintahan yang dasar negaranya adalah dasar Islam. Kalau negara itu negara sekular seperti Malaysia, Indonesia dan sejenis dengannya, yakni Perlembagaan dan Undang-undang Dasarnya bukan Islam, maka jadilah seperti terjadi sekarang. Tak boleh selesai. Ulamak-ulamak disumbat mulut mereka menjadi 'syaitan bisu' tidak boleh menyatakan kebenaran. Kerana perlaksanaan Islam dalam negara cuma tempelan bukan dasar, bukannya Islam yang memerintah, tetapi Islam diperintah!!

Sekian, wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
Medan.

sumber

Tokoh Sunnah Pertama Terjemah 30 Juzuk Quran ke Bahasa Melayu

Ulama Aceh yang tak kurang pentingnya dengan ketiga-tiga ulama yang tersebut itu ialah Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri (1001 H/1592 M-1105 H/1693 M). Beliau ini juga menghasilkan karangan yang banyak.

Dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara jilid 1 telah penulis senaraikan karya beliau sebanyak 25 judul. Tetapi setelah buku itu diterbitkan, ditemui pula tiga judul baru iaitu: Aghmadh as-Sail, Kanz al-Insaniyi dan Durrat al-Baida' Tanbihan li al-Nisa'. Kandungan kitab Aghmadh as-Sail membicarakan ilmu tauhid. Hanya dijumpai sebuah saja dan tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia.

Kanz al-Insaniyi dan Durrat al-Baida' kedua-duanya tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PMMPNM) masing-masing dengan nombor kelas MS 1530 dan MS 1625.

Seperti yang pernah disebut oleh penulis dalam artikel-artikel sebelumnya, bahawa Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri adalah tokoh ulama dunia Melayu yang pertama menterjemah dan mentafsirkan al-Quran secara lengkap 30 juzuk ke dalam bahasa Melayu. Ia diberi judul Turjuman al-Mustafid, dalam percakapan lebih popular dengan judul Tafsir Baidhawi.

Dalam sejarah yang diceritakan secara bersambung, bahawa sebenarnya terjemahan dan tafsir tersebut tidak sempat diselesaikan oleh Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri, tetapi disambung penyelesaiannya oleh seorang murid beliau bernama Baba Daud al-Jawi bin Ismail al-Jawi bin Agha Mustafa al-Rumi. Datuk nenek Baba Daud al-Jawi berasal dari Rom, kemudian berpindah ke Turki seterusnya ke Aceh. Salah seorang keturunannya berpindah ke Patani, yang kemudian mendapat seorang zuriat yang menjadi ulama bernama Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani.

Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani itulah yang menyimpan manuskrip asli Turjuman al-Mustafid hasil penulisan gabungan Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri dan Baba Daud bin Agha Ismail al-Jawi itu. Manuskrip asli itulah yang diserahkan oleh Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani kepada saudara sepupu dan gurunya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Maka kemudiannya manuskrip itu ditashih untuk diterbitkan.

Pada semua edisi cetakan Turjuman al-Mustafid dicantumkan nama tiga orang pentashih iaitu Sheikh Ahmad al-Fathani, Sheikh Daud al-Fathani dan Sheikh Idris al-Kalantani.

Peringkat murid Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang tersebar di pelbagai tempat dalam dunia Melayu juga menghasilkan karya. Di antara karya-karya mereka telah dijumpai manuskripnya atau sekurang-kurangnya dapat dikesan judulnya. Di antaranya ialah yang berasal dari negeri Bugis-Makasar, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati (1036 H/1626 M-1699 M).

Sebahagian besar karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Bugis, yang mana dalam bahasa Bugis ditulis dalam aksara Bugis. Setakat ini, hanya sebuah karya beliau yang ditulis dalam bahasa Melayu telah ditemui. Manuskrip dalam bahasa Melayu itu diperoleh dari Sri Langka.

baca seterusnya

Khazanah NOVEMBER 2008

Friday, November 21, 2008

Yokoh Sunnah Saiyid Muhammad Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus

Ada tiga ulama Terengganu yang perlu disebutkan di sini, iaitu: Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus, atau lebih popular dengan sebutan Tukku Tuan Besar.

Manuskrip karyanya yang terawal ditulis pada tahun 1250 H/1834 M, tentang sanad Dalail al-Khairat. Manuskrip-manuskrip yang lain ialah: mengenai hadis memakai serban, ditulis tahun 1267 H/1850 M, Salasilah Ratib al-Haddad, ditulis tahun 1267 H/1850 M.

Karya beliau yang paling terkenal Kanz al-Ula, sebuah manuskrip judul ini, tetapi tidak lengkap, telah penulis serahkan kepada Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PMMPNM).

Manuskrip itu adalah tulisan tangan nenek penulis, Hajah Wan Siti Saudah binti Sheikh Abdullah al-Fathani, yang diselesaikan salinannya tahun 1324 H/1906 M. Salinan tersebut diberi bernombor kelas MS 1101. Karya beliau yang terkenal pula ialah Jauhar as-Saniyah, belum diketahui di mana manuskripnya tersimpan. Keseluruhan karya beliau dalam senarai penulis sebanyak 11 judul.

Ulama Terengganu yang kedua pada peringkat ini ialah Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad al-Aidrus, digelar dengan Tukku Melaka, gelar yang lain ialah Tuan Saiyid Embun Terengganu. Manuskrip terawal yang telah dijumpai bertarikh 1256 H/ 1840 M, judul Terjemah Muqaddimah dan Doa Dalail al-Khairat, koleksi Muzium Islam Pusat Islam Malaysia.

Manuskrip yang tersebut adalah asli tulisan tangan beliau. Manuskrip asli tulisan tangan beliau yang ditemui pula ialah Al-Fawaid fi ash-Shalat wa ‘Awaid, diselesaikan pada malam Sabtu, bulan Safar, 1264 H/1847 M. Tukku Melaka sendiri menyerahkan manuskrip karyanya itu kepada Sheikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani, diserahkan pula kepada Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani untuk ditashih dan diterbitkan berupa cetakan.

Manuskrip tersebut pernah penulis miliki berupa pusaka dan kemudian diserahkan kepada PMMPNM. Dicatat dengan nombor kelas MS 1103. Karya Tukku Melaka yang ditulis agak akhir dapat dimasukkan ke dalam kategori peringkat ketujuh, ialah Hidayat al-‘Awam fi Bayan Hukm Syarb ad-Dukhan, diselesaikan tahun 1293 H/1876 M, membicarakan haram tembakau.

Manuskrip judul ini hanya ditemui sebuah sahaja, berupa salinan yang dilakukan di Sungai Cincin, Selangor. Manuskrip tersebut tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia.

Karya Tukku Melaka yang terakhir judul Kumpulan Wirid dan Doa, diselesaikan tahun 1295 H/1878 M. Keseluruhan karya Tukku Melaka dalam senarai penulis ada tujuh judul.

Ulama Terengganu yang ketiga dalam peringkat ini ialah Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf bin Abdul Qadir, berasal dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di Kampung Pusin, Yala. Memulakan kariernya di Sungai Tok Gali, Pujut, Patani, tahun 1235 H/1819 M (membuat salinan sebuah kitab perubatan. Salinan tersebut ada dalam simpanan PMMPNM nombor kelas MS 1292. Salinan beliau yang terakhir tahun 1291 H/1874 M, judul Kanz al-Minan karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Manuskrip mengenai ini juga dalam simpanan PMMPNM nombor kelas MS 1240.

Ulama yang berasal dari Minangkabau yang muncul dalam Peringkat Keenam ialah Sheikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi dan Sheikh Muhammad Shalih bin Muhammad Murid Rawa. Karya Syeikh Ismail Minangkabau yang ada dalam senarai saya sebanyak sembilan judul.

Di antaranya yang ada disebut tarikh selesai penulisan ialah Ar-Rahmat al-Habithah fi Zikr Ism az-Zat wa ar-Rabithah, diselesaikan tahun 1269 H/1825 M, Nazhm as-Silsilah, diselesaikan tahun 1270 H/1854 M. Manuskrip mengenai ini ada dalam simpanan penulis.

Sebuah manuskrip mengenai Tarekat Syaziliyah karya Sheikh Ismail Minangkabau tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia. Manuskrip berbentuk syair dalam bahasa Arab tersimpan di PMMPNM. Karya beliau yang lain yang cukup terkenal ialah Kifayat al-Ghulam.

Karya Sheikh Muhammad Shalih Rawa yang telah dijumpai ada empat buah; semuanya ditulis tahun 1272 H/1855 M. Yang terpenting di antaranya Fath al-Mubin, syarah hadis 40 Imam Nawawi yang disyarah dalam bentuk fiqh.

Ulama yang berasal dari Sambas, Kalimantan Barat yang hidup dalam Peringkat Keenam ialah Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar al-Sambasi (wafat 1280 H/1863 M atau pendapat lain 1289 H/1872 M). Karya beliau hanyalah yang berupa imlak kepada murid-muridnya, judul Fath al-'Arifin yang sangat popular di kalangan pengikut Tarekat Qadiriyah dan Tarekat Naqsyabandiyah dunia Melayu.

Antara yang sempat diterbitkan atas tashih dan usaha Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani ialah yang berasal daripada imlak kepada Sheikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Tarikh naskhah 1295 H/1878 M, cetakan pertama di Matba'ah al-Miriyah al-Kainah Makkah tahun 1305 H/1887 M.

Ada lagi manuskrip yang lebih awal yang tidak sempat diterbitkan berupa cetakan iaitu imlak kepada Haji Muhammad bin Sheikh Abdus Samad al-Kalantani, tarikh 1294 H/1877 M.

Manuskrip ini telah menjadi milik PMMPNM yang diperoleh daripada penulis. Penulis pula memperolehnya daripada pusaka peninggalan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Karya Sheikh Ahmad Khatib Sambas yang lain ialah Fatwa Perihal Jum’at. Manuskripnya ada dalam simpanan penulis.

Salah seorang murid Sheikh Ahmad Khatib Sambas yang terkenal ialah Sheikh Nawawi al-Bantani, yang digelar oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dengan Imam Nawawi Tsani. Ulama yang berasal dari Banten, Jawa Barat itu penulisannya dalam dua peringkat, iaitu Peringkat Keenam dan Peringkat Ketujuh.

Oleh sebab lebih banyak karya yang dihasilkan dalam Peringkat Keenam, maka dimasukkan ke dalam Peringkat Keenam ini. Karya beliau semuanya ditulis dalam bahasa Arab melebihi 100 judul, tetapi dalam senarai penulis hanya 44 judul sahaja.

Karya terawal yang telah ditemui judul Targhib al-Musytaqin, diselesaikan tahun 1284 H/1867 M. Bererti beliau mula masuk ke medan penulisan dalam usia 54 tahun kerana beliau lahir tahun 1230 H/1814 M. Bererti pula beliau menghasilkan karya melebihi 100 judul itu diselesaikan dalam jangka waktu 30 tahun kerana Sheikh Nawawi al-Bantani wafat tahun 1314 H/1897 M.

Karya terakhir yang terdapat kenyataan tahun yang telah dijumpai ialah Nashaih al-‘Ibad, diselesaikan hari Khamis, 21 Safar 1311 H/1893 M. Oleh sebab masih banyak karya Sheikh Nawawi al-Bantani yang belum dijumpai dan banyak juga karya yang tidak terdapat kenyataan tahun selesai penulisan, maka tahun berapa sebenarnya beliau mulai melakukan penulisan dan tahun terakhir penulisan belum diketahui dengan pasti.

Hidup sezaman dengan Sheikh Nawawi al-Bantani ialah Saiyid Utsman Betawi, yang terkenal sebagai Mufti Betawi. Penulisan dilakukan dalam Peringkat Ketujuh dan Kelapan. Karya pertama muncul dalam kategori Peringkat Ketujuh, iaitu Jawaz Ta’addud al-Jum’ah, diselesaikan tahun 1286 H/1869 M.

Karya yang terakhir yang diketahui tahun selesai penulisan termasuk dalam kategori Peringkat Kelapan, iaitu Taftih al-Maqalatain, diselesaikan tahun 1313 H/1895 M. Karyanya terdiri beberapa bahasa iaitu Arab, Melayu Betawi, Sunda dan Jawa. Karya beliau dalam senarai penulis ada 36 judul, sedangkan karya keseluruhan difahamkan sebanyak 109 judul.

Seorang ulama Sumbawa yang barangkali sebaya umur dengan Sheikh Nawawi al-Bantani dan Saiyid Utsman al-Batawi ialah Sheikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sumbawi. Karyanya tidak dapat dipastikan apakah termasuk dalam kategori Peringkat Ketujuh atau pun Peringkat Kelapan kerana karya-karya yang telah dijumpai tidak terdapat catatan tahun selesai penulisan.

Karya-karya ulama Sumbawa ini yang telah diketahui ialah Siraj al-Huda dan Minhaj al-Salam, kedua-dua banyak kali diterbitkan dan masih beredar di pasaran kitab. Karyanya berjudul Tuhfat al-Qudsiyah sampai sekarang masih belum dijumpai.

Keturunan Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang berpindah ke Kedah mendapat zuriat yang menjadi ulama ada beberapa orang, di antara mereka ada menghasilkan karya. Dalam kategori peringkat keenam ialah Syeikh Muhammad Thaiyib bin Syeikh Mas’ud al-Qadhi al-Banjari.

Dua buah karya beliau yang telah dikenalpasti, iaitu Miftah al-Jannah dan Bidayat al-Ghilman fi Bayan Arkan al-Iman. Tarikh selesai penulisan Miftah al-Jannah terdapat tiga maklumat yang berbeza-beza. Cetakan Matba’ah al- Miriyah Mekah tahun 1321 H dinyatakan bahawa selesai mengarang tahun 1247 H, cetakan tahun 1328 H dinyatakan selesai pada 16 Syawal 1255 H, cetakan Matba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby Mesir tahun 1342 H, dinyatakan diselesaikan pada 16 Syawal 1274 H.

Barangkali yang betul bahawa Miftah al-Jannah itu diselesaikan tahun 1274 H/1867 M. Adapun Bidayat al-Ghilman, diselesaikan tahun 1297 H/1819 M. Sebuah manuskrip judul ini tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia nombor kelas MI 49.

Ulama yang berasal dari Kelantan pula yang dapat dimasukkan ke dalam kategori peringkat keenam ada dua orang, iaitu: Haji Ahmad bin Muhammad Yusuf bin Abdul Halim. Manuskrip karyanya ialah Durr al-Hisan, diselesaikan tahun 1282 H/1868 M, tersimpan di Muzium Islam Pusat Islam Malaysia, nombor kelas MI 725.

Manuskrip karya beliau yang lain, yang membicarakan fiqh, judul tidak jelas, diselesaikan tahun 1287 H/1870 M, tersimpan di PMMPNM nombor kelas MS 780.

Seorang lagi ulama Kelantan ialah Haji Abdus Samad bin Muhammad Shalih, yang lebih popular dengan sebutan Tuan Tabal. Sebahagian besar karyanya dapat dimasukkan ke dalam kategori Peringkat Keenam dan ada di antaranya diselesaikan dalam kategori Peringkat Ketujuh.

Karya-karya Tuan Tabal ialah: Munabbih al-Ghafilin, diselesaikan tahun 1285 H/1868 M, diikuti dengan Jala' al-Qulub, diselesaikan tahun 1287 H/1870 M. Kedua-duanya membicarakan tasauf. Manuskrip Jala’ al-Qulub tersimpan di PMMPNM nombor kelas 557.

Karya-karya Tuan Tabal yang lain ialah Kifayat al-‘Awam, diselesaikan tahun 1295 H/1878 M. Manhat al-Qarib adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal daripada karya-karyanya yang lain.

sumber

Mimpi Kebenaran Ihya' Ulumiddin

Mahdi Akif- Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin


" Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif

Ia sesungguhnya adalah kelebihan Allah yang diberikan kepada kami bahawa Jamaah ini sudah lama, dan ia mempunyai peraturan kerja dan thawabitnya (perkara-perkara tetap), ini ditambah lagi dengan Ikhwan Muslimin yang tidak bekerja melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini semua perkara dapat disempurnakan dengan mudah dan senang, mengikut peraturan kerja Jamaah yang sedia diketahui", dengan menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Jamaah yang berkenaan telah berkumpul dan memilih siapa yang akan memegang jawatan Mursyid. Kemudian berlaku ijma' (kesepakatan) ke atas nama yang dikemukakan dari semua institusi Ikhwan yang terdapat di medan antarabangsa."- Fadhilatul Mursyid Al Ustaz Muhammad Mahdi Akif.

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif adalah Mursyidul A'm Gerakan Ikhwan Muslimin yang ketujuh. Beliau menggantikan Almarhum Ma'mun Hudhaibi sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin pada tengahari Rabu 14 Januari 2004 yang lalu.

Pada tarikh tersebut Al Ustaz Mohd Hilal yang memangku tugas-tugas Murshidul Am Ikhwan Muslimin setelah kewafatan Almarhum Ma'mun Hudhaibi dengan rasminya mengumumkan pengganti penerus kepimpinan Ikhwan oleh Muhammad Mahdi Akif. Seluruh Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin bersepakat dan menyatakan baia'h kepada beliau sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang Baru.


Biodata ringkas beliau


*Dilahirkan pada 12 Julai 1928 di Kafr Awad Al Sinita, Markaz Aja, Muhafazhoh Daqhiliah, Mesir.

*Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Al Mansourah dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Fuad 1 di Kaherah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Pendidikan Jasmani, dan mendapat ijazah tanggal 1950.

*Bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Fuad 1.

*Berkahwin dengan saudara perempuan salah seorang anggota Maktab Irsyad Ikhwan iaitu Dr. Mahmud Izzat dan memiliki empat orang cahaya mata.

*Mengenali Ikhwan dan mendapat didikan langsung dari Imam Hassan Al Banna tanggal 1940.

*Meneruskan pengajian di Fakulti Undang-undang pada tahun 1951 di Universiti Ain Shams.

*Berpengalaman Menentang Inggeris di Terusan Suez.

*Giat sebagai Ketua Bahagian Pelajar dan Ketua Bahagian Pendidikan Jasmani di ibu Pejabat Ikhwan Muslimin sebelum dijatuhkan hukuman mati tanggal Ogos 1954 atas tuduhan cubaan bunuh Presiden Jamal Abdun Nasir. Namun Hukuman diringankan kepada kerja berat seumur hidup.

*Tetapi dibebaskan pada 1974 setelah 20 tahun menderita dalam tahanan bersama Lima anggota Ikhwan yang lain.

*Menganggotai Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin tanggal 1987.

*Mewakili Ikhwan sebagai ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi Daerah Timur Kaherah bermula tanggal 1987 sehingga tahun 1990.

*Dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada tahun 1996 atas tuduhan memimpin Organisasi Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.

*Jawatan terakhir sebelum diamanahkan sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin ialah mengendalikan bahagian perhubungan dengan dunia Islam.

*Dibaia'h sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang ke tujuh pada hari Rabu 14 Januari 2004.

Saranan dan panduan dari beliau (Petikan dari beberapa laman Islam)

Dasar pembawaan yang memenuhi kesempurnaan.

" Anggota Ikhwan semuanya ditarbiah bahawa mereka adalah Gerakan Islam menyeluruh yang merangkumi politik, ekonomi dan agama, iaitu ikhwan adalah gerakan Islam yang dididik untuk memberikan reaksi kepada semua urusan kehidupan."

Perinsip yang jelas.

Demokrasi di dalam Ikhwan Muslimin berada di tahap yang paling tinggi, kerana Syura di sisi Jamaah adalah kewajipan dan akhlak yang dijadikan ibadah kepada Allah s.w.t."

"Menjadi akhlak Ikhwan untuk tidak menggunakan keganasan, dengan itu mereka menyeru kepada Allah dengan ucapan yang baik dan memberikan nasihat yang dibina di atas asas ilmu". Beliau menjelaskan bahawa Jamaah Ikhwan Muslimin bukanlah Jamaah agama sahaja atau politik sahaja – seperti yang mahu digambarkan oleh sebahagian manusia – tetapi ia adalah jamaah Islam yang menyeluruh yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Reaksi yang jelas terhadap proses perubahan.

"Perubahan yang tidak menjamin kembalinya kebebasan dan pemansuhan undang-undang darurat dan undang-undang pengecualian bukanlah dinamakan perubahan".

Sikap dan pendirian yang realistik.

Dr. Mohammad Mahdi Akif menegaskan bahawa Ikhwan tidak berusaha untuk menjatuhkan pemerintah, tetapi menghulurkan tangan mereka kepada pemerintah untuk berdialog dengan menjelaskan bahawa "Tidak ada di sana orang berakal yang hari ini sibuk untuk menjatuhkan pemerintah di tengah-tengah situasi dalaman yang tidak menentu dan meningkatnya ancaman luaran".

Optimis terhadap Janji Allah.

walau sebesar manapun kuasa tentera penjajah Amerika, ia tetap akan berakhir, walaupun begitu kami sebagai umat Islam wajib kembali kepada Allah dan meningkatkan potensi ilmu kami.

Tegas kepada golongan kuffar.

"Ini adalah pembohongan dan penipuan dan tidak memberikan kesan. Kami tidak akan berdialog dengan Syaitan (Amerika) yang tidak menghormati mana-mana prinsip kepada nilai, akhlak dan hak-hak kemanusiaan"

"Realiti telah membuktikan bahawa Amerika telah memperdaya semua orang, ketika Amerika berjanji untuk menghormati hak-hak kemanusiaan dan demokrasi, mereka telah memerangi Afghanistan, Iraq dan mendokong Zionis membunuh rakyat Palestin, tanpa ada akhlak atau nilai".

Sekian,

Akhukum
Pejuang Kecil
http://najhie.blogspot.com/

sumber

Wednesday, November 12, 2008

Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah II

Sesunguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalah gunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.

Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurniaan ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :

"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."

Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."

Sumber : Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor

Sumber : Http://Jarumemas.Blogspot.Com

Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah I

Kitab ini merupakan risalah kecil yang ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan pelbagai pemahaman. Ia terdiri dari kumpulan 100 pertanyaan yang telah meresahkan pemikiran khalayak ramai pada abad ke 14 Hijrah. Baik sengaja mahupun secara tidak sengaja. Kes-kes tersebut terus muncul sehingga menjadi kayu ukur untuk mengelompokkan kaum muslimin dan memecah belahkan mereka ke dalam pelbagai golongan.

Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.

Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyumpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepada batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.

Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini. Walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimanapun jumlah masalah-masalahyang disepakati jauh lebih banyak daripada yang dipersilisihkan.

Jika dihitung masalah-masalah feqah yang berasal dari ulama’ terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logic (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu feqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.

Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Sumber Ambilan : Http://Jarumemas.Blogspot.Com

Tuesday, November 4, 2008

Mudahnya Sifat 20

Membaca entri Fadhilatul Ustaz Mahfuz berhubung komen Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengenai pengajian tauhid berasaskan sifat 20, terpanggil ambo nak tulis sikit mengenai pengajian kaedah sifat 20 ni.

Sejak zaman berzaman, umat Islam di Nusantara belajar mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Ambo ingatlah tok nenek kita zaman dulu-dulu, atau setidak-tidaknya tok nenek ambolah, pun belajar nak kenal Allah melalui pengajian sifat 20 nilah. Maka amatlah malang jika sekarang ini timbul golongan yang mencemoh pengajian sifat 20.

Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah mengikut cara falsafah Yunani yang berbelit-belit dan menyusahkan. Mungkin pihak yang mencemoh pengajian tersebut tidak memahami kaedah pengajiannya dengan sebenar kerana untuk orang awam dan orang yang baru masuk Islam, pengajian Sifat 20 untuk mengenal Allah amatlah mudah. Memadai bagi mereka untuk mengaji setakat nazam 'Aqidatul 'Awam atau nazam tauhid yang masyhur.

Ini adalah kerana bagi orang awam dia hanya perlu mengetahui 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi Allah. Dan ini sudah tentu tidak bermakna menghadkan sifat-sifat kesempurnaan dan kebesaran Allah kepada hanya 20 sifat sahaja.

Seterusnya pengetahuan terhadap sifat-sifat tersebut hanya perlu disokong dengan satu dalil secara ijmal sahaja, sama ada naqli ataupun aqli. Maka di mana susah dan payahnya bagi orang awam untuk belajar mengenal Allah?

Apa yang lebih dari itu, seperti mengenal pecahan sifat-sifat tersebut, persoalan ta'alluq dan sebagainya, maka itu semua dihukumkan sebagai "ghawamidhul ilmil kalam" yang tidaklah menjadi keperluan untuk diketahui oleh orang awam. Apa yang perlu bagi orang awam ialah mempertingkatkan keyakinan mereka terhadap sifat- sifat tersebut bagi memperkukuhkan keimanan dan ketaatan mereka kepada Zat yang disifati dengan segala sifat kesempurnaan tersebut yakni Allah s.w.t.

Jika dikatakan bahawa kaedah pembelajaran tersebut gagal menanamkan keimanan yang kukuh dalam diri umat Islam. Maka ini hanyalah sangkaan dan tuduhan yang tidak berasas. Lihat sahaja penyebar-penyebar Islam di rantau kita yang telah mengIslam tok nenek kita. Tiada keraguan bahawa bahawa mereka mempunyai keimanan yang kukuh dan mereka adalah pendokong al-'Asyairah. Merekalah yang memperkenalkan uslub mengenal Allah melalui kaedah pengajian sifat 20. Bandingkanlah dengan mereka-mereka yang mencemoh pengajian sifat 20, setakat mana sumbangan mereka - mereka ini terhadap Islam? Berapa ramai "oghe utei" yang telah mereka Islamkan?

Alhamdulillah, walaupun mendapat cemohan, pengajian sifat 20 masih diajar oleh tuan-tuan guru kita yang mulia. Bahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pun pernah mengajar tauhid mengikut kaedah pengajian Sifat 20 dan kuliah pengajian Sifat 20 beliau telah dirakam dan disebar kepada masyarakat. Maka sewajarnya janganlah dicemoh kaedah pengajian Sifat 20 ni.

Ambo setuju jika dikatakan bahawa yang wajib adalah mengenal Allah dengan sebenar-benar ma'rifat, akan tetapi janganlah kerana kita dah jumpa jalan lain untuk kenal Allah, jika ada, maka kita mencemoh dan memperkecilkan jalan atau uslub atau kaedah yang telah sekian lama membawa ramai orang kepada mengenal Allah s.w.t serta mentaatiNya. Demikianlah juga dengan kaedah pengajian membaca al-Quran, janganlah sebab dah ada Qiraati, dah ada Iqra', maka kita pandang kaedah Baghdadi dengan sebelah mata sahaja. Takut-takut ada bebudak yang tak kenal huruf alif sebab dia hanya kenal bunyinya sahaja. Allahu ... Allah.

sumber

Britain's Sufism

By Ahmed Ibrahim, IOL Correspondent



Image

Ali attributes the popularity of Sufism to a rising trend to "see the beauty of Islam" away from any "extremist influences."

LONDON — At St. Peter’s Church Hall in Maida Vale, West London, you can hear spiritual musical chants that have nothing to do with Christianity.

The name of Allah is changed by dozens of people who meet every week to attend a Sufi circle at the rented church.

It is one of many Sufi circles held around the country, in what many observers see as a sign of the rise of Sufism in UK.

The specific number of Sufi followers among Britain's estimated 2.6 million Muslims is not available.



Howwever, Mohamed Ali, a Sufi activist of a Pakistani origin, says Sufism is getting very popular in the European country.

"I can tell by the sheer number of people who attend Sufi circles and by mosques which are packed out to attend circles chaired by a Sufi Sheikh."

Muslim scholars have divided Sufism into two broad categories to determine its compatibility or not with Shari`ah.

Firstly, genuine and authentic Sufism, practiced by Sufi masters such as Junyad Al-Baghdadi and Abu Sulayman Al-Darani, which is in perfect agreement with the Qur'an and Sunnah of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him).

Secondly, pseudo-Sufism which includes those who advocate cultic practices or customs that are contrary to the Sunnah and those who have mixed Sufism with speculative mysticism/Neo-Platonism.

Scholars consider those to be charlatans and impostors.

Apolitical

Free food is offered to attendees at each circle.

Ali, the Sufi activist, attributes the popularity of Sufism to a rising trend to "see the beauty of Islam" away from any "extremist influences."

That is the same reason why the government has decided following the 7/7 London bombings to back Sufi trends.

Two years ago, politicians from the main parties attended the launch of the Sufi Muslim Council (SMC) at the House of Commons.

Ruth Kelly, then Secretary of State for Communities, also showed up and praised the council's "core principles condemning terrorism in all its forms."

The SMC makes its mission clear: Facing extremism and staying away from any politicized representation of Islam.

On its website, it criticizes classical scholars and groups such as the Palestinian resistance movement Hamas.

"Our focus is on British Muslims who follow Sufism," says Haris Rafiq, a co-founder of the council.

"There are many organisations that do lobby on foreign policy and what is happening in Palestine or Iraq."

Indeed, politics was absent at the Maida Vale Sufi circle.

The night began with Sufi followers performing religious chants before sharing a meal as is the custom.

"We are only involved in dhikr (remembering Allah)," Amjad Patt, one of many immigrants who had come to Britain from the Indian subcontinent where Sufi orders are widespread, told IOL while attending the St. Peter’s Church circle.

"…that is what Allah asked us: do dhikr and do not involve in politics," he argued.

Criticized

"Muslims cannot stay away from politics as Sufism asks them to do," insists Dr. Abdullah. (IOL photo)

However, the spread of Sufism has been met with strong opposition from the main Muslim organisations and community members.

"Sufism does not work in the UK, as it only appeals to older people, who make a small number of youth-dominated Muslim community," says Dawoud Abdullah, deputy secretary general of the umbrella Muslim Council of Britain (MCB).

"Muslims cannot stay away from politics as Sufism asks them to do. They have their own concerns – either internal or external – that can be only handled via politics."

The MCB, the largest Muslim community body in the UK with hundreds of affiliated groups, has been outspoken against the government’s foreign policies in the Middle East.

It also helped organize the biggest demonstration against the government before the 2003 US-led invasion of Iraq.

Domestically, the MCB campaigns against what it sees as discrimination against British Muslims.

Azzam Tamimi, a community activist of Palestinian origin, is equally critical of Sufi orders.

"The government supports Sufi orders only because they are closer to its policies," he charged.

"… because these orders do not criticize the government, … because these orders generally encourage the separation between life and religion."

Ali, the Sufi activist who uses his skills as webmaster to spread the word on Sufism through articles and inviting people to circles, fires back.

"Unfortunately, those opponents – from a Wahhabi extremist school - have a stronger voice, because they are backed by the Saudi government which has a lot of money," he claims.

"Islam is based on Rahma (mercy), which means that it allows for different forms of Islam, including Sufism, to be there. Isn’t it?"

sumber

Khazanah OKTOBER 2008

Video Syeikh Said al-Linggi


Tokoh Sunnah: Pak Tuan Alim Ambon


Video Seminar Tasawuf 2007 (Dr Jahid Sidek)


Sayu Melihat Makam Ibnu Hajar Asqalani Tercemar


Secebis Kisah Ulama di Hari Raya

As Syahid Omar Mukhtar...Lion of the Desert.

Salam para bloggers serta para pembaca..

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa'id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.
Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau mengingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini."...Al Fatihah

sumber

Saturday, October 18, 2008

Video Syeikh Said al-Linggi



Tokoh Sunnah: Pak Tuan Alim Ambon


Haji Abdul Rahman Ambon adalah cucu murid kepada Sheikh Ahmad Khathib As-Sambasi (gambar) dalam bidang tarekat Qadriyah.



Haji Abdur Rahman Ambon
Nama lengkap ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Muhammad Nur al-Ambuni. Beliau terkenal dengan gelaran 'Pak Tuan Alim Ambon'. Menetap di Mekah dengan belajar sambil mengajar di sana sekitar 40 tahun lamanya.

Banyak tempat yang dipelajarinya, termasuklah daripada ulama-ulama yang pernah mengajar Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Abu Bakar, iaitu Imam Masjid Jamek Sabang Barat yang pertama yang pernah dibicarakan.

Penulis berpendapat, sebelum Haji Abdur Rahman Ambon datang ke Pulau Tujuh, beliau pernah mengembara ke Kalimantan Barat, Indonesia. Ini kerana penulis menemui sebuah kitab amalannya bernama Riyadhus Shalihin di Kampung Sungai Bundung, Kabupaten Pontianak, Indonesia. Di bahagian pinggir kitab tersebut telah termaktub nama beliau.

seterusnya

Video Seminar Tasawuf 2007 (Dr Jahid Sidek)

Sayu Melihat Makam Ibnu Hajar Asqalani Tercemar

Teman-teman di Mesir cukup tahu keadaan maqam al-Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari yang cukup terkenal. Maqam usang ini cukup tidak terjaga, dipenuhi dengan sampah-sarap di bahagian luar maqam dan dimasuki oleh anjing. Hiba hati melihat keadaan ini.

Saya ada suarakan kepada Presiden PMRAM, saudara Khairul Anuar agar sesuau tindakan mesti dilakukan untuk memperbaiki maqam ulama besar ini. Respon dari beliau sangat positif.

Moga-moga akan ada tindakan dari PMRAM untuk mencari sumbangan dana dari pihak-pihak berwajib Mesir, pihak kedai-kedai buku Islam di Mesir, sumbangan dari mahasiswa Islam di Mesir dan sumbangan umum agar usaha sedikit diberkati Allah. Beliau adalah guru kepada umat Islam. Sewajarnya kita menghormatinya. Ya Rabb. Taqabbal.

sumber

Secebis Kisah Ulama di Hari Raya

Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama yang kuat beramal. Sebahagian besar daripada waktu malam digunakannya untuk beribadat kepada Allah, terutamanya pada bulan puasa.

Pada setiap hari raya pula, beliau lazimnya mengurungkan diri di dalam rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghirau mereka yang datang membawa makanan untuknya. Sikap ini dapat diertikan bahawa beliau tidak ingin menggalakkan orang ramai bersusah payah menyediakan makanan untuknya, sebagaimana yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisi yang sangat mengambil berat terhadap orang-orang alim. Tambahan pula Haji Abdul Rahman amat menghalusi asal-usul makanan, bagi mengetahui halal-haramnya.

Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki biasa memberikan pelajaran baik di Masjidil Haram atau di rumah tidak tertumpu kepada ilmu tertentu seperti di universiti. Akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan semua bisa mencicipi apa yang diberikan Sayyid Muhammad. Maka dari itu beliau selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa dilakukan selepas solat Maghrib sampai Isyak di rumahnya di Hay al-Rashifah.

Begitu pula setiap bulan Ramadhan dan hari raya beliau selalu menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau darjat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama-sama.

sumber

Khazanah SEPTEMBER 2008

Tuesday, September 9, 2008

Fatwa IBnu Taimiyyah Tentang Maulid

12 Rabi`ul Awwal, hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Seluruh dunia Islam menyambut ketibaan hari ini dengan berbagai acara dan sambutan. Perkara ini telah berjalan zaman berzaman sehingga ke hari ini berterusan, alhamdulillah. Dalam keghairahan puak Wahhabi mengharamkan dan membid`ahkan umat dari menyambut hari keputeraan Junjungan s.a.w., mereka lupa bahawa panutan mereka yang digelar sebagai Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah al-Harrani, walaupun menghukum sambutan Mawlidin Nabi sebagai bid`ah yang diada-adakan umat Islam dengan meniru-niru puak Nashrani, tetapi dia tetap menyatakan bahawa orang yang mengadakan sambutan tersebut diberi pahala atas niat baik mereka menyambut mawlid tersebut demi membesarkan Junjungan Nabi s.a.w. Rupa-rupanya, Ibnu Taimiyyah tidaklah seekstrim puak Wahhabi yang ada pada masa kita, yang dengan mudah dan sembrono memvoniskan "masuk neraka" bagi sesiapa yang merayakan atau menyambut hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke-23, halaman 134, yang menyatakan, antara lain:-
فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw.
Allahu ... Allah, lihat saja Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menyambut hari keputeraan Junjungan dengan niat yang baik serta membesarkan Junjungan s.a.w., maka baginyalah ganjaran pahala yang besar. Ini pernyataan Ibnu Taimiyyah, ikutan dan panutan mereka yang mengaku salafi zaman kita ini. Maka bersederhanalah hendaknya wahai salafi moden dalam menghukum kami yang menyambut dan membesarkan keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Berdoa di Kuburan Para Wali

Para salaf al-soleh menuju ke kuburan wali-wali Allah untuk ditunaikan hajat2??...

Antaranya :

1. Imam al Harabi- Sahabat Imam Ahmad, berkata "Kubur Ma'ruf al Karkhi al tiryaq yang mujarrab ( makbul bila berdoa disitu). Ibnu al Jawzi telah meriwayatkan cerita ini di dalam Shifah al shofwah, al Zahabi juga meriwayatkannya didalam Siyar al A'lam Nubala.

2. Kubur Imam Harabi sendiripun makbul juga - diriwayatkan dalam Shifah al shofwah juga.

3.Manusia berdoa diturunkan hujan dikubur Abu Ayyub al Anshori- al Hilyah, Shifah al Shofwah, Siyar a'lam Nubala.

4. Al Daruquthni- Adalah kami bertabaruk di kubur Abi al fath al Qawsyi.

5.Imam Shafie r.a - Beliau ketika datang ke Baghdad beliau ziarah ke Pusara Imam Abi Hanifah , bertawassul dengannya agar ditunaikan hajat2 .- Khairat al Hissan fi manaqib al Nukman, Ibnu A'sakir juga telah meriwayatkan kisah Imam Shafie ini didalam Tarikh Baghdad dengan sanadnya .
6. Qadhi Al- Syarif Abi Ali al Hasyimi - menceritakan oleh Abu Muhammad al Tamimi-(merupakan guru Qadhi Ibnu Abi Yo'la) = "Daku telah menziarahi Kubur Imam Ahmad , sebab menemankan Al-Qadhi al- Syarif Abi Ali, Maka daku melihat beliau mencium ujung kaki kubur imam Ahmad?. Maka daku bertanya : Ada ke Athar (tentang perbuatan ini)??.. Maka beliau berkata: Imam Ahmad ni seorang yang besar ertinya buat diriku, daku tiada sangkaan bahwa Allah akan menyeksaku dengan sebab buat begini". Kisah ini diriwayatkan oleh al Qodhi Abi Yo'la dalam kitab Thabaqot al Hanabilah - fi tarjamah mufti al Hanabilah fi Baghdad al Qaodhi al Syarif Abi Ali al Hasyimi - salah seorang perawi akidah Imam Ahmad.-

Lihatlah !!
dan fikirkanlah...kalau nak dipakai pendapat orang2 yang anti sangat2 pada orang yang taksub bodoh kekubur sampai nak fitnah macam2 , maka adakah boleh dikatakan perawi ilmu akidah Imam Ahmad dan Penghulu2 Hanabilah adalah "Kuburiyuun" penyembah kubur?. Padahal kalau nak dibandingkan dengan para Ashab Mazhab lain2nya yang juga mengambil tabaruk dan tawassul dengan kubur para imam mereka - Tidaklah sehebat para Hanabilah-??..


7.

أنهم قحطوا فجاء رجل الى قبر النبى صلى الله عليه وسلم وقال يا محمد استسق لأمتك فانهم قد هلكوا
"Bahawa mereka ditimpa kemarau, maka datang seorang lelaki kekubur Nabi s.a.w berkata: Ya Muhammad, turunkan hujan kepada umatmu sebab mereka sungguhnya telah binasa"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Musannaf 12/13-33 , al Bukhari dalam Tarikh 7/304, al Hafiz Abu Yo'la dalam al Irsyad 23, al Baihaqi dalam dalilu an Nubuwwah 7/47, Al Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul baari 2/495 berkata: Isnadnya Sahih, Ibnu katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah 7/105 dan dalam Tafsir beliau 1/91 berkata: Isnadnya Sahih.

ada orang kata hadis ini dhoif.

cuba tengok sikit perbahasan sini.

sumber

Tokoh Sunnah Syeikh Ahmad al-Fathani & Media Cetak

Untuk meluaskan penerbitan kitab-kitab Melayu/Jawi, maka Sheikh Ahmad al-Fathani berjuang dan berusaha mendekatkan diri dengan pemilik-pemilik mathba’ah atau percetakan di Mesir, supaya naskhah-naskhah Islam sama ada yang ditulis dalam bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu terus dibaca dan berkembang.

Beliau bersahabat dengan seorang hartawan Mesir yang bernama Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby melantik Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai penyemak kitab-kitab Arab yang sedang diproses di Mathba’ah Mushthafa al-Baby al-Halaby itu. Ketika itulah Sheikh Ahmad al-Fathani mula mengemukakan pendapat untuk mencetak karangan-karangan ulama yang berasal dari dunia Melayu. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby menolak usul Sheikh Ahmad al-Fathani itu kerana memikirkan masalah memasarkan bahan tersebut.

Ini kerana di Mesir dan di tempat-tempat lain di Timur Tengah, orang Melayu didapati tidak begitu ramai. Serentak dengan itu pula, Syarif Mekah tidak membenarkan kitab-kitab selain berbahasa Arab memasuki Mekah dan Madinah. Sheikh Ahmad al-Fathani merasa kecewa kerana usulnya itu ditolak oleh Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby.

Dalam diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani mencari pihak tertentu sebagai penaung kepada projek yang dirancangnya. Sheikh Ahmad al-Fathani bernasib baik kerana beliau memperoleh modal daripada Al-Amjad al-Kasymiri Fida Muhammad dan anaknya 'Abdul Ghani. Maka berhasillah Sheikh Ahmad al-Fathani mencetak kitab Hidayah as-Salikin karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani di percetakan Sheikh Hasan at-Tukhi, berdekatan Masjid Jami’ Al-Azhar. Kitab itu merupakan kitab Melayu yang pertama dicetak di Mesir.

Oleh kerana Syarif Makkah melarang kemasukan kitab-kitab yang bukan berbahasa Arab ke Mekah dan Madinah, maka secara diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani menghubungi Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani, Sultan Turki Uthmaniah pada zaman itu.

Sheikh Ahmad al-Fathani faham bahawa Syarif/Raja Mekah adalah di bawah panji-panji kesultanan Turki Uthmaniah juga. Jadi, Sheikh Ahmad al-Fathani berhasrat untuk mengadap Sultan Turki, tetapi sebelum itu beliau terpaksa mengembara ke pelbagai tempat di Timur Tengah dan termasuk ke beberapa tempat di Eropah kerana mempelajari pelbagai perkembangan ilmu teknologi terkini ketika itu, termasuklah teknologi mesin cetak.

Oleh kerana Sultan Turki dapat menerima pandangan-pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani, maka beliau dilantik oleh Sultan Turki itu sebagai mengetuai percetakan kerajaan.

Selanjutnya dalam tahun 1307 H/1889 M, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik pula sebagai penasihat Syarif/Raja Mekah, sekali gus diberi kerakyatan Turki Uthmaniah pada 28 Rejab 1307 H/1889 M, demi memudahkan urusan-urusan pentadbiran dan politik.

baca seterusnya

Luasnya Ilmu Tokoh Sunnah Syeikh Daud al-Fathani

KETOKOHAN Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang penulisan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dapat dilihat melalui karya-karya peninggalan beliau dalam pelbagai bidang, seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini.

Malahan melalui karya-karya beliaulah, maka dapat dilihat sejauh mana pandangan-pandangan beliau dalam pelbagai bidang tersebut. Pandangan-pandangan beliau tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang-bidang yang khusus, di antaranya dari segi fikah, usuluddin, tasauf, hadis dan politik.

Pandangan tentang fikah

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani di bidang penulisan fikah diakui oleh semua lapisan ulama di alam Melayu bahkan oleh ulama-ulama Arab sendiri.

Dalam majalah Dian halaman 103, November 1977, Auni Haji Abdullah menulis: “Di abad ke 19 Masehi pula muncul seorang ahli di bidang fikah dan penulisan yang giat dan produktif sekali, iaitu Sheikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani.

“Beliau salah seorang ulama fikah Syafie yang berpengaruh besar kerana kitabnya Minhajul Abidin. Beliau juga menghasilkan dua karya fikah yang penting dalam perkembangan fikah di rantau ini, iaitu Furu’ul Masail dan Bughyatuth Thullab. Sebenarnya karya fikah Sheikh Daud al-Fathani bukan hanya dua namun ada lagi yang tebal antara lain Hidayatul Muta’allim (1244 H), Fathul Mannan (1249 H), Jawahirus Saniyah (1252 H) ………………"

Dalam kitab Hidayatul Muta’allim, Sheikh Daud al-Fathani memulakan mukadimah perkenalannya dengan hadis 40 menurut susunan beliau. Beliau menulis beberapa hadis yang ada hubungan dengan fikah, antara lain katanya: “Ketahui olehmu bahawasanya menunjukkan beberapa hadis ini supaya memberi ketahui akan kamu bahawasanya orang yang menghafal beberapa masail fiqhiyah yang wajib kita amalkan itu pada makna ia menghafaz hadis jua hasil pahala mengajar dan belajar kerana bahawasanya ialah maksud daripada hafaz hadis.”

Sebagaimana diketahui walaupun Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang tokoh fikah dalam semua mazhab, namun beliau sendiri adalah mengikut mazhab Syafie. Dalam beberapa kitabnya serba sedikit beliau sentuh riwayat hidup Imam Syafie terutama pada permulaan kitab Bughyatuth Thullab.

baca seterusnya

Kenangan bersama Syeikh Wahbah Zuhayli


Antara Ulama terkenal yang hadir di Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar di KLCC baru-baru ini ialah Syeikh Wahbah Zuhayli.Namanya sering disebut-sebut oleh para ustaz saya di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong.Di rumah saya juga terdapat kitab tafsir Al-Quran ,Tafsir Al-Munir karangan beliau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasama Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP).Tafsir ini telah menjadi rujukan utama dalam pengajian tafsir kontemporari.

Tatkala multaqa berhenti rehat untuk makan tengahhari,tanpa diduga saya bertembung dengan ayah saya yang sedang mengiringi Syeikh Wahbah Zuhayli.Lantas saya bersalaman dengan Syeikh Wahbah Zuhayli setelah diperkenalkan oleh ayah saya.Rasa terkejut juga bertemu dengan ulama besar ini buat pertama kali namun ada sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.

Malam itu saya turun berseorangan untuk makan malam di tempat yang disediakan khas untuk peserta multaqa di Hotel Traders,KlCC.Ketika sedang khusyuk menjamu makan malam yang cukup enak,mata saya terpandang kepada wajah bercahaya seorang tua yang juga sedang duduk berseorangan menjamu hidangan makan malam.Syeikh Wahbah Zuhayli rupa-rupanya !!.

Saya pada mulanya teragak-agak untuk meluru ke arah beliau memandangkan beliau sedang menjamu selera.Namun bagi saya inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan beliau lantas saya meninggalkan hidangan makan malam saya dan tanpa rasa malu terus duduk di kerusi bersebelahan beliau.

Saya memperkenalkan diri dan terus bersembang-sembang lingkungan 5-10 minit dengan beliau sambil beliau menjamu buah-buahan.Saya sempat
bertanya tentang keadaan tanah air beliau di Damsyik,Syria ,memaklumkan kepada beliau cita-cita saya untuk melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan tafsir al-quran,dan tentang tafsir beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu .

Beliau juga seperti berminat untuk bersembang walaupun kelihatan keletihan dengan bertanyakan saya beberapa soalan berkenaan Malaysia antaranya soal cuaca,tentang geografi(sedikit sukar saya terangkan dalam bahasa Arab),mata wang,dan beberapa soalan lain yang menunjukkan minat beliau terhadap negara Malaysia.Maka tidak peliklah belaiu menaruh harapan cukup tinggi agar malaysia menjadi negara Islam moden suatu masa nanti.

Kesempatan bertemu Syeikh Wahbah Zuhayli walaupun sebentar memberikan kenangan yang cukup indah juga satu suntikan motivasi kepada saya agar terus istiqamah berjuang menuntut ilmu seterusnya mengamalkannya lantas memberi manfaat kepada umat keseluruhannya.Hidup sebagai ulama'.Mati sebagai Syuhada'.Insya Allah.

sumber

Khazanah Ogos 2008

August

Wednesday, August 20, 2008

Syeikh Ahmad Fatani & Ilmu Hisab

PENDAHULUAN
PEMIKIRAN Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu sememangnya amat panjang untuk dibicarakan. Artikel ini masih lagi berkisar tentang pemikiran-pemikiran beliau berkenaan hal demikian. Kali ini dibicarakan pemikiran-pemikiran Sheikh Daud al-Fathani dalam tiga bidang ilmu, iaitu ilmu berkaitan hisab/falakiyah, waktu dan falsafah.

SHEIKH AHMAD AL-FATHANI DAN ILMU HISAB/FALAKIYAH
Penglibatan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang ilmu hisab boleh diketahui dengan mengkaji karyanya yang berjudul Al-Fatawal Fathaniyah.

Tidak banyak ditemui pembicaraan beliau tentang ilmu hisab itu dalam bahasa Melayu. Ini kerana Sheikh Ahmad al-Fathani lebih banyak menulisnya dalam bahasa Arab.

Tulisan beliau dalam bahasa Arab mengenai ilmu hisab dimulai dengan penerbitan kitab Matn as-Sakhawiyah fi ‘Ilmil Hisab karya Sheikh Abdul Qadir as-Sakhawi. Penerbitan dan pentahqiqan dilakukan pada tahun 1304 H/1886 M. Kemudian kitab tersebut beliau syarah pula dalam bahasa Arab.

Selain ilmu hisab yang biasa, yang dapat kita samakan dengan matematik, ada lagi ilmu hisab yang sangat erat hubungannya dengan ilmu falak. Ilmu hisab dan ilmu falak lebih banyak ditulis oleh Sheikh Ahmad al-Fathani berbanding ilmu hisab yang bercorak matematik. Karya beliau yang jenis kedua itu juga ditulis dalam bahasa Arab. Dalam tahun 1305 H/1887 M, Sheikh Ahmad al-Fathani telah mentahqiqkan kitab Wasilatut Thullab li Ma‘rifati A’mal al-Lail wa an-Nahar bi Thariq al-Hisab karya Syeikh al-Khaththab.

Pada tahun 1313 H/1895 M diselesaikan pula pentahqiqan kitab Ghayah al-Idrak fi al-‘Amal bi Kurah al-Aflak. Dalam tahun 1315 H/1897 M, kitab yang sama ditulis kembali dengan beberapa tambahan. Terdapat sebuah lagi karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang terbesar mengenai ilmu hisab dan falak berjudul ar-Rubu’ al-Mujaiyab, tetapi tidak sempat diselesaikan. Selain karya-karya yang tersebut, Syeikh Ahmad al-Fathani juga menyelesaikan beberapa tulisan mengenai ilmu tersebut.

Berkembang- nya ilmu hisab dan falak di dunia Melayu pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi adalah hasil peranan beberapa orang murid yang pernah belajar ilmu tersebut daripada Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah.

Di antara mereka yang terkenal dalam disiplin ilmu hisab dan falak ini ialah, Sheikh‘Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Sheikh Muhammad Nur al-Fathani, Haji Umar bin Ismail Nuruddin Kelantan, Sheikh Thahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki, Sheikh Jamil Jambek, Haji Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang dan ramai lagi.

Perlu juga penulis sebutkan bahawa hanya terdapat dua ulama dunia Melayu yang menjadi pengajar ilmu hisab dan falak di Mekah pada zaman itu. Mereka ialah Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau.

Setelah Sheikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia (1325 H/1908 M), Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau meneruskan aktiviti pengajaran ilmu itu. Pada waktu yang sama muncul nama Sheikh Muhammad Nur al-Fathani. Sewaktu Sheikh Ahmad al-Fathani masih hidup, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani sudah mula mengajar ilmu itu tetapi masih belum begitu dikenali.

seterusnya

Ilmu-ilmu al-Quran Syeikh Ahmad Fatani

SEJAK berumur enam tahun, Sheikh Ahmad al-Fathani telah menghafaz al-Quran 30 juzuk dan ini diriwayatkan oleh keluarga beliau yang terdekat. Mengenai beliau sebagai penghafal al-Quran dan pelbagai matan juga disebut oleh Sheikh Abdullah Mirdad Abul Khair dalam karangannya. Apabila disebut ilmu-ilmu al-Quran, ini bererti akan menyentuh kepelbagaian ilmu yang tertakluk dengan kitab suci itu, antaranya adalah: Ilmu Tafsir, Ilmu Asbab an-Nuzul, Ilmu Rijal al-Tafsir, Usul Tafsir, Ilmu Qiraat, Ilmu Tajwid, Ilmu Hikmah/Fadail Ayat al-Quran dan lain-lain. Sheikh Ahmad al-Fathani sempat mempelajari ilmu-ilmu tersebut daripada guru-guru yang benar-benar pakar dalam bidang masing-masing. Ada di antara disiplin sesuatu ilmu itu yang sempat beliau tulis dan diajar kepada orang ramai.

Penglibatan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam menterjemah dan mentafsir al-Quran ke dalam bahasa Melayu dapat dibuktikan pada kitab yang ditashhihnya. Kitab itu ialah Turjuman al-Mustafid atau Tafsir Baidhawi Melayu karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Dikatakan bahawa kitab karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu.

Sheikh Ahmad al-Fathani juga adalah orang yang pertama selaku pentashhih kitab itu, dan atas usaha beliau juga maka kitab itu dapat diterbitkan. Beliau juga telah membetulkan jalan bahasa kitab itu menurut bahasa Melayu yang umum digunakan oleh masyarakat Melayu secara meluas pada zamannya.

Beberapa perkataan yang merupakan bahasa daerah atau bahasa Aceh telah beliau ubah. Untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut, beliau dibantu oleh dua orang muridnya iaitu Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani dan Sheikh Idris bin Husein al-Kalantani. Oleh kerana itu, semua edisi kitab Turjuman al-Mustafid ada mencantumkan ketiga-tiga nama ulama tersebut pada bahagian halaman terakhirnya (setelah doa khatam al-Quran).

Sheikh Ahmad al-Fathani pernah menyusun sebuah kitab terjemahan dan tafsir al-Quran karangannya sendiri. Namun manuskrip karya beliau itu telah dihumban ke Sungai Jambu, Patani dalam tahun 1970, oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya terjemahan dan tafsir al-Quran karya Sheikh Ahmad al-Fathani itu dapat ditemui, maka bererti karya beliau itu merupakan yang ketiga yang pernah dihasilkan oleh ulama Melayu sesudah karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri dan Tafsir Ma’shum / Tafsir Jamal yang disusun oleh Sheikh Ma’shum bin Jamaluddin al-Fathani.

Mengenai ilmu tajwid, Sheikh Ahmad al-Fathani juga pernah menyusunnya, tetapi hanya sebuah manuskrip yang ditemui dalam keadaan tidak lengkap. Oleh kerana manuskrip tersebut tidak lengkap, maka data mengenainya belum dapat diterangkan sepenuhnya. Namun terdapat juga puisi-puisi mengenai ilmu tajwid yang diletakkan dalam dua kitab yang ditashihnya. Kedua-dua kitab tersebut adalah al-Mawahib al-Makkiyah karya Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani dan Maurid azh-Zhammaan karya Sheikh Abdullah bin Qasim Senggora.

Mengenai ilmu hikmah, atau fadilat-fadilat ayat al-Quran, terdapat beberapa karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyentuh tentang itu. Judul tersebut ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Semuanya masih dalam bentuk manuskrip kecuali sebuah yang pernah diterbitkan dalam tahun 1301 H/1883 M berjudul Luqthah al- ‘Ajlan. Cetakan pertama, kedua dan ketiga kitab tersebut diusahakan oleh Mathba‘ah al-Miriyah al- Kainah, Mekah. Ia pernah juga dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang dan Patani Press, di Patani. Mengenai ilmu yang sama, Sheikh Ahmad al-Fathani mentashhih pula kitab Mujarrabat al-Fawaid karya Saiyid Ahmad bin Husein bin Mushthafa al-‘Aidrus, Terengganu.

Puisi Sheikh Ahmad Al-Fathani
Pada Kitab Al-Mawahibul Makkiyah karya Sheikh Abdul Qadir Bin Abdur Rahman Al-Fathani

Sebagaimana telah disebutkan bahawa ada buah kitab tajwid dalam bahasa Melayu yang ditashhih oleh Sheikh Ahmad al-Fathani. Pada kedua-dua kitab itu terdapat puisi beliau yang digubah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Kitab tajwid yang pertama berjudul Al-Mawahib al-Makkiyah fi Tajwid al-Ada-iyah karya gurunya Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Sebuah lagi ialah yang berjudul Mauriduz Zhamaan karya muridnya Sheikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora).

seterusnya

Syeikh Ahmad Yaasin


Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam di www. Islam-online.net.

Bapaku merupakan seorang yang mewakafkan hidupnya untuk islam. Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Tidak hairanlah jika mereka yang mengenalinya akan mendapati beliau tidak pernah berkurung di rumah walaupun nyawanya sentiasa berada di dalam bahaya. Beliau bersolat di 5 mesjid berlainan di dalam satu hari. Tidak ada satu masjid di Gaza pun kecuali ayahku telah berkunjung ke sana untuk berdakwah dan menyampaikan kuliah ? kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan juga memberikan kesedaran tentang tanggung jawab mereka untuk berjihad membebas kan bumi Palestin.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin dikagumi semua orang


Keadaannya yang lumpuh dan berkerusi roda tidak menghalangnya untuk bergerak ke sana dan ke mari. Saudaraku Abdul Ghani (yang telah cedera parah kerana mengingiringi Syeikh Ahmad Yassin lewat serangan yang telah meragut nyawa Syeikh) sentiasa mengiringi beliau. Kami pernah mengingatkan beliau tentang keselamatannya dan keadaannya yang terdedah kepada bahaya, beliau lantas menjawab : ?Itu adalah tugasku...?

Bagi kami sekeluarga, ayahku adalah lambang bagi mereka yang hidup untuk Islam dan kemenangan Islam. Waktunya, usahanya, hartanya kesemuanya adalah untuk Islam. Beliau yang amat sering berpuasa tidak pernah menjadikan puasa sebagai halangan untuknya daripada berdakwah. Cita ? citanya ialah dia tidak mahukan seorang pun daripada penduduk Gaza ketinggalan di dalam menjalankan kerja ? kerja dakwah, Islam dan jihad. Melalui khutbah ? khutbahnya jugalah dia menyampaikan mesejnya kepada rakyat Gaza agar terus berjuang demi kemerdekaan Palestin dan kedaulatan Syariat Islam di muka bumi Allah ini. Rehat di dalam kamus hidupnya adalah dengan melakukan aktiviti ? aktiviti dakwah dan jihad!

Zuhudnya bapaku


Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam yang setanding dengan pemimpin ? pemimpin Arab yang lain, boleh sahaja bapaku memiliki villa, malah istana yang besar. Boleh sahaja dia menggunakan duit yang mengalir dari dana gerakan HAMAS untuk perbelanjaan dan kemewahan dirinya. Boleh sahaja dia memilih kehidupan yang mewah dan kaya, namun itu bukanlah sifat ayahku. Dia seorang yang amat zuhud.

Rumah yang didiami oleh ayahku amat dhaif. Hatta orang yang hidupnya sederhana pun tidak akan memlilih untuk hidup di rumah seperti rumahnya. Pernah kami dan rakan ? rakan di dalam gerakan HAMAS menawarkan untuk dia berpindah ke ruamah yang lebih selesa. Dia menjawab : ?Aku lebih memilih untuk memiliki rumah yang mewah di syurga?. Baginya apalah erti rumah yang mewah di dunia jika di akhirat nanti kita tidak berupaya memiliki rumah yang mewah yang kekal abadi.

Jika sesiapa yang pernah berkunjung menziarahi bapaku, mereka akan lihat rumahnya amat sempit. Rumahnya hanya mempunyai 3 bilik untuk dirinya dan ibuku, untuk tetamu dan untuk anak ? anaknya. Lantainya tidak bermamar dan hanya simen biasa sahaja. Ruang dapurnya amat hampir dengan ruang tamu dan amat kecil sekali. Di musim sejuk, suasana di rumah amat sejuk sekali, dan di musim panas suasananya amat sejuk sekali. Bila ditawarkan untuk pembaikan rumah tersebut, dia menolaknya dan mengatakan dia sibuk untuk menyediakan rumahnya di syurga. Itulah Syeikh Ahmad Yassin yang ku kenali.

Pakaiannya pun ringkas dan amat sedikit. Jika anda melihat dia hanya berpakaian sederhana dan sentiada memilih untuk tidak sibuk berbelanja untuk pekaian ? pekaian yang baru apatah lagi yang mahal ? mahal. Kesibukannya dengan urusan perjuangan, dakwah dan jihad memaksanya untuk tidak memikirkan perkara ? perkara yang remeh.

Syeikh Ahmad Yassin dan keluarga

Dalam kesibukan dan keseriusannya dalam urusan perjuangan, Syeikh merupakan seorang bapa dan datuk yang penyayang. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk bersama anak ? anak jika beliau mempunyai waktu. Dia amat mengambil berat perihal pembelajaran kami semejak kami kecil sehinggalah sekolah menengah. Kebanyakan dari adik beradik kami hanya belajar sehingga sekolah menengah sahaja kerana bapaku tidak mampu untuk menanggung pembelajaran kami ke universiti walaupun kami layak untuk masuk ke universiti.

Beliau amat menyukai kanak-kanak



Dia amat suka bergurau dengan anak ? anak dan cucu ? cucunya. Dia amat disayangi oleh cucu ? cucunya kerana sifat lucunya dan kemesraanya bersama mereka. Syeikh tidak pernah ketinggalan untuk bersama anak ? anak dan cucu ? cucunya dalam keraian ? keraian yang melibatkan keluarga. Walau bagaiamana sibuk didirnya, dia akan mencari ruang untuk bersama dengan kami semua, hatta untuk menghadiri majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran cucu ? cucunya. Di bulan Ramadhan pula, dia akan memastikan supaya sentiasa dapat berbuka bersama kami semua di rumah ? rumah kami. Bagi kami sebagai anak ? anak, Syeikh Ahmad Yassin, bapa kami adalah bapa mithali dan bapa yang paling penyayang yang kami pernah temui. Yang lebih menarik lagi sikap kebapaan dan kelembutan beliau bukan hanya dirasai oleh kami, malah anak ? anak jiran pun amat menyayangi beliau dan amat manja dengannya. Jika dia mempunyai kelapangan beliau akan meluangkan masa bermain dengan anak ? anak jiran yang amat menyayanginya seprti bapa dan datuk mereka sendiri.

Satu perkara yang kami amat bersyukur menjadi anak kepada Syeikh Ahmad Yassin ialah sifat beliau sebagai pendidik yang tegas dengan anak ? anak. Beliau amat mengambil berat persoalan ibadat, aqidah dan ilmu keagamaan kami. Dia sentiasa memastikan hubungan kami dengan Allah adalah berterusan dan kuat sebagaimana beliau sendiri mempunyai hubungan yang amat intim dengan Allah S.W.T melalui ibadat ? ibadatnya dan juga keteguhan keimanannya dan tawakkalnya kepada Allah. Kesemua adik beradik kami terlibat dalam gerakan HAMAS dan usaha ? usaha dakwah dan jihad. Abdul Hamid dan Abdul Ghani, saudara lelaki kami juga sentiasa bersama bapaku dalam segala aktiviti ? aktivit yang dihadiri oleh beliau. Kami semua sentiasa dididik agar cintakan akhirat dan mati syahid.

Bapaku dan ujian dalam perjuangan


Ujian dalam perjuangan adalah sebahagian daripada perjuangan. Ianya adalah asam garam kepada perjuangan tersebut demi menapis keaslian para pejuang dan juga memastikan hanya mereka yang ikhlas sahaja yang akan tetap berada di atas landasan perjuangan Islam. Itu jugalah prinsip bapaku. Dia telah menerima ujian semenjak di awal kehidupannya apabila keluarganya diusir dari kampung halaman mereka di Kufr Yunus ke Gaza pada tahun 1948. Di Gaza dia telah melibatkan diri dengan perjuangan pembebasan Palestin.

Sewaktu beliau sedang menuntut di Mesir, beliau sekali lagi menerima ujian apabila telah ditangkap dan dibuang dari Universitinya kerana penglibatannya dengan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Itu semua tidak menjadi alasan buatnya untuk tidak terus berada di dalam arus gerakan jihad dan dakwah demi membebaskan bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis.

Di Gaza sendiri, dari dulu sehinggalah zaman Intifadah 1987, beliau sering keluar masuk penjara kerana usaha jihadnya. Lebih menyedihkan keadaan lumpuhnya menjadi semakin parah ketika beliau berada di dalam penjara. Kesihatannya juga semakin teruk sehingga menyebabkan mata sebelahnya buta dan telinganya kirinya hampir ? hampir pekak. Itu semua tidak menjadi halangan untuk dia terus berjuang.

Kali terakhir dia berada di dalam penjara ialah sebelum beliau dibebaskan pada tahun 1997. Penjara menjadi rumah keduanya, dan dia tidak pula menjadikan keadaannya dalam penjara sebagai ruang untuknya menyesali apa yang beliau telah lakukan, jauh sekali untuk meninggalkan perjuangan yang sucinya. Penjaralah menjadi tempat untuknya menghafal al-Quran, menambahkan ilmu, memberi kesedaran kepada pemuda ? pemuda lain yang bersama dengannya, beruzlah kepada tuhannya dan juga sebagai medan untuknya menajamkan lagi pemikirannya.

Tubuhnya yang lemah tidak menghalang untuk bergiat aktif dalam membebaskan Palestin malah beliau cukup digeruni Israel


Lewat pembebasannya pada tahun 1997, ianya adalah sesuatu yang amat memeranjatkan dirinya. Semenjak dia dipenjarakan, dia tidak pernah bercita ? cita untuk dibebaskan. Dia rela dipenajarakan dari tunduk dan sujud kepada penjajah rejim Zionis Israel. Dia menceritakan bagaimana pada satu hari beliau telah diperintahkan untuk mengemaskan pakaian dan peralatannya oleh pegawai penjara berbangsa Yahudi. Dia menyangkakan bahawa dia akan dipindahkan ke penjara yang lain seperti kebiasaan yang dilakuakn kepada banduan ? banduan politik HAMAS. Seterusnya beliau dibawa di dalam van yang beliau pun tidak ketahui ke arah mana beliau akan dibawa, yang amat memeranjatkan apabila pintu van dibuka dia telah disambut oleh mendiang Raja Hussein yang terus memeluknya dan mencium dahinya...di a terkejut. Selepas diberitahu, barulah beliau mengetahui bahawa dia telah dibebaskan dalam proses penukaran di antara beliau dengan tahanan agen Mossad yang telah ditangkap oleh polis Jordan kerana percubaan membunuh Khaled Mishaal. Beliau pernah ditanya samada beliau mengaharapkan waktu pembebasan itu ataupun tidak, beliausegera menolaknya. Padanya, beliau tidak akan bertolak ansur dengan pihak penjajah semata ? mata untuk beliau dibebaskan dari penjara. Antara kata ? katanya yang masyhur : ?Jikalaulah mereka (rejim Zionis) menawarkan untuk aku dibebaskan dari penjara hanya dengan memakan buah tembikai pun, aku tidak akan melakukannya!? ini kerana beliau amat menyukai buah tembikai, namun untuk tunduk dan menerima tawaran dari penjajah Zionis, itu tidak pernah terdapat dalam kamus hidup Syeikh Ahmad Yassin.

Syeikh dan jihad

Bapaku adalah ikon jihad Palestin di zaman moden ini. Walaupun keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak membenarkan beliau untuk turut serta bersama para mujahidin, ianya tidak menjadi alasan baginya untuk tidak menyertai usaha jihad untuk memerdekan bumi Palestin sekadar yang beliau mampu. Beliau menyerahkan hartanya, dirinya dan juga pemikirannya untuk gerakan jihad di Palestin. Baginya jika beliau tidak mampu untuk menyertai para pemuda Palestin bertempur dengan tentera ? tentera rejim Israel, ianya bukan alasan baginya untuk tidak memikirkan dan mengusahakan proses jihad dan pembinaan para mujahid.

Seawal tahun 1948 lagi beliau telah terlibat dengan penubuhan kumpulan bersenjata rakyat Palestin yang berpusat di Gaza dalam usaha memerangi para pengganas Zionis. Beliau jugalah yang telah terlibat dalam memberikan khutbah ? khutbah dan usaha ? usaha pendidikan kepada rakyat Gaza demi menghasilkan para mujahidin di awal kembalinya dari Mesir. Beliau jugalah yang telah mencetuskan gelombang Intifadah yang pertama pada tahun 1987, dan juga bersama ? sama dengan Dr Abdul Aziz al-Rantisi dalam menubuhkan gerakan HAMAS yang merupakan bayang ? bayang yang menghantui kerajaan dan tentera rejim Zionis Israel. Beliau jugalah yang telah meniupkan semangat dengan khutbah ? khutbahnya dan juga perbuatannya ke dalam jiwa anak ? anak muda P alestin untuk terus bangkit dan berjuang menentang musuh ? musuh Zionis.

Demi menyampaikan mesej jihadnya jugalah dia kelihatan seperti tidak menghiraukan keselamatannya dan juga nyawanya. Bila beliau ditanyakan mengapa beliau tidak bersembunyi, mempunyai pengawal peribadi yang ramai dan memilih untuk ke sana dan ke mari dalam keadaan terbuka, beliau lantas menjawab : ?Agar anak ? anak muda Palestin yang lain mengambil pelajaran daripada akau untuk tidak takut pada kematian dan menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T?.

Dia amat gembira mendengar jika ada di antara pemuda ? pemuda Palestin yang berjaya menyerang tentera ? tentera rejim Zionis samada melalui serangn ? serangan mahupun melalui aksi bom syahid. Dia amat kagum dengan keberanian mereka dan juga keazaman mereka untuk mati sebagai para syuhada. Hanya sekali sahaja beliau menangisi kematian para mujahid Palestin yang syahid, iaitu kematian Syeikh Salah Syahadah, salah seorang pemimpin HAMAS yang telah dibunuh dengan bedilan roket dari helikopter Apache milik tentera rejim Israel. Beliau amat sedih lagi bila Syeikh Salah yang sentiasa berpesan kepada anggota HAMAS agar tidak mengadakan upacara memperingatinya dengan mengadakan demonstrasi jika beliau syahid dan juga tidak mengangkat gambar ? gambarnya. Dia atas sebab inilah Syeikh menghadiri pengkebumiannya hanya dengan duduk di atas kerusi rodanya sahaja dan bu kan di atas kereta seperti kebiasaannya.

Harapan

Apa yang diceritakan di sini bukanlah untuk berbangga dengan bapaku dan jauh sekali untuk memuji ? muji dirinya. Harapan kami agar para pemuda Islam, para pendokong gerakan Islam dan umat Islam keseluruhannya mengambil pengajaran dari kehidupan dan kematian Syeikh Ahmad Yassin. Harapan kami juga adalah untuk melihat bumi Palestin dan masjid al-Aqsa bebas kembali dan syariat Allah didaulatkan sekali lagi di muka bumi ini.

Note: sumber : maszlee malek

sumber