Thursday, December 6, 2007

Maulana Muhammad Zakaria

Beberapa tahun lalu saya pernah membaca sebuah buku bertajuk ‘Hadrat Syeikh Maulana Zakariya Rahmatullah ‘Alaih- Pegangan Sunnah & Cintanya Pada Rasulullah SAW’ oleh Sufi Muhammad Iqbal. Buku ini diterbitkan oleh Darul Nu’man dan diterjemahkan oleh Abdul Aziz Abdul. Ketika membaca buku ini saya sudah tidak bersamaa Jemaah Tabligh lagi (http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=214&mode=&order=0&thold=0 ). Di sini saya ingin kongsikan isi-isi penting buku ini bersama para pembaca. (Untuk mendapatkan info terkini tentang aktiviti dakwah saudara-saudara kita dari Jemaah tabligh, para pembaca boleh ke laman PENERAJU UMAT di http://penerajuumat0.blogspot.com/ ). Saya menulis kerana kebetulan terjumpa semula nota bacaan saya itu sebentar tadi.

Maulana Muhammad Zakaria ialah seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah beraliran sufi dan seorang ulama hadis yang hebat pada zamannya. Beliaulah penerus usaha dakwah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas Jemaah Tabligh. Karyanya yang termasyhur ialah kitab ‘Fadhail Amal’ yang kini setiap hari dibaca di serata dunia. Inilah salah satu karamahya.

Baca seterusnya

No comments: