Mari kita renungkan persoalan pertama yang
Kalau kita susuri perkataannya tersebut, kita dapati ada beberapa persoalan yang
Dia menengatakan bahawa, dia pernah mendengar suatu "fahaman" yang mengatakan, tidak cukup beribadah mengharapkan syurga Allah s.w.t, kerana kita perlulah beribadah mengharapkan Allah s.w.t. semata-mata.
Kemudian, persoalannya yang seterusnya, dia mengatakan: "Rupa-rupanya kita ni berada di maqam (kedudukan) yang rendah sekiranya kita beribadah dengan menginginkan ganjaran syurga. Kalau saya dan para pembaca inginkan maqam yang lebih tinggi (di sisi ahli tarekat), maka perlulah ‘membebaskan’ diri daripada keinginan syurga dan nikmatnya."
Beginilah bentuk soalan seseorang yang keliru lagi mengelirukan.
Kemudian, marilah kita lihat pendiriannya dalam masalah "beribadah tanpa mengharapkan syurga Allah s.w.t.". Dia mengatakan: "Saya hanya ingin menyebut ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan topik ini manakala hadith-hadith Rasulullah SAW akan diasingkan dalam artikel khusus yang lain, insya Allah. Dengan beberapa contoh yang ringkas ini, saya ingin menyatakan dengan yakin kepada para pembaca, bahawa sesungguhnya beribadah kepada Allah dengan menginginkan syurga dan ganjaranNya adalah bersumberkan daripada Al Quran. Tidak ada kurangnya dan tidak ada rendahnya."
Kita akan jawab (dengan izin Allah s.w.t.) satu persatu kekeliruannya dalam usaha untuk memberi tunjuk ajar kepada orang yang jahil dan menjelaskannya kepada orang yang tidak jelas. Somga Allah s.w.t. membantu kita dalam mengikuti jalan yang benar. (Amiin)
Hakikat Ibadah
Ibadah bererti, patuh dan tunduk yang mutlak serta penyembahan yang menyeluruh kepada yang disembah (ma'bud).
Ibadah dalam Islam bererti: kepatuhan yang mutlak kepada Allah s.w.t. semata-mata, tanpa mempersekutukan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan ibadah kepada-Nya.
Dari makna yang ringkas tentang ibadah tersebut, dapatlah kita pastikan bahawa, ibadah dalam erti kata lain ialah, penyembahan dan kepatuhan mutlak kepada Allah s.w.t.. Namun, intipati utama yang menyebabkan Allah s.w.t. menerima ibadah kita ialah: "ikhlas".
Hakikat Ikhlas
Ikhlas ialah, mengharapkan semata-mata Allah s.w.t. dan keredhaanNya, dalam segenap ibadah kita. Dalam erti kata yang lebih jelas, ikhlas bererti, kita beramal ibadah dan memenuhi segala tuntutan Allah s.w.t. demi mengharapkan keredhaan-Nya.
Hal ini sangat jelas, umpama seorang hamba kepada seorang tuan. Si hamba tersebut sudah tentu memenuhi segala perintah tuannya untuk meraih keredhaan dan kasih sayang tuannya. Apatah lagi, kita semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t., yang hidup di dunia ini hasil dari ciptaan Allah s.w.t. serta rahmat dan nikmat dari-Nya. Tidakkah kita lebih utama mematuhi segenap perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya demi semata-mata mengharapkan redha Allah s.w.t. yang telah menciptakan kita dengan rahmat dan kemurahan-Nya?
Nah, itulah erti ikhlas dalam ibadah, di mana ibadah seseorang tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. melainkan dengannya (ikhlas tersebut)
.
Sebahagian para ulama' membahagikan ikhlas dengan beberapa darjat, berdasarkan ijtihad dari kefahaman mereka terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kita pilih pembahagian kebanyakkan ulama' Islam iaitu (seperti dalam kitab jauharatu at-Tauhid):
Peringkat ikhlas yang paling tinggi: Beribadah semata-mata mengharapkan Allah s.w.t. dan keredhaan-Nya. Tiada terlintas dihatinya beribadah kerana nikmat syurga, takutkan azab neraka, dan sebagainya. Inilah darjat ikhlas yang paling sempurna
.
Peringkat ikhlas yang kedua: Beribadah kepada Allah s.w.t. sambil mengharapkan nikmat syurga dari Allah s.w.t. atau takutkan siksa Allah s.w.t.
Peringkat ikhlas yang ketiga (paling rendah): beribadah kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Adapun ikhlas yang paling sempurna dalam ibadah kepada Allah s.w.t. ialah, "beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah s.w.t. tanpa mengharapkan kenikmatan syurga daripada ibadah tersebut".
Hanya orang yang jahil sahaja yang mempersoalkan, mengapa ada peringkat-peringkat dalam ikhlas?
Adakah sama di sisi Allah s.w.t., antara orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata ingin meraih cinta Allah s.w.t. tanpa sedikitpun menginginkan sebarang kenikmatan syurga dari ibadah tersebut, dengan orang-orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. hanya kerana kemaslahatan diri mereka, iaitu untuk kenikmatan syurga?
Sudah tentu berbeza antara orang yang beribadah kerana cintakan Allah s.w.t. dan mengharap balasan cinta dari Allah s.w.t. dengan orang yang beribadah kerana mahukan ganjaran-ganjaran dari Allah s.w.t. Hal ini sangat jelas menurut akal mahupun naql (nash-nash dari Al-Qur'an dan As-Sunnah).
Bukankah kita sudah ketahui bahawa, di kalangan hamba-hamba Allah s.w.t. itu sendiri, darjat antara satu sama lain di sisi Allah s.w.t. berbeza? Bukankah setiap mu'min itu muslim, dan bukan setiap muslim itu mu'min. Nah, jelaslah ada darjat-darjat antara hamba-hamba Allah s.w.t. di sisi Allah s.w.t. sesuai dengan niat dan ibadahnya. Jadi, mengapa pula tiada perbezaan antara orang beribadah hanya yang mengharapkan cinta Allah s.w.t. dengan orang yang mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. dari amalan mereka?
Konsep "beribadah hanya semata-mata mengharapkan Allah s.w.t. tanpa mengharapkan nikmat syurga dari ibadah tersebut", Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesuatupun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi: 110)
Di sini, Allah s.w.t. menjelaskan sifat sebenar orang-orang yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t., iaitu, tidak mempersekutukan sesuatupun dalam ibadah dan penyembahannya kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain, dalam tujuan beribadah tersebut. Bukankah mengharapkan syurga Allah s.w.t. dalam ibadah merupakan salah satu bentuk penyembahan kepada Allah s.w.t. dengan mengharapkan sesuatu selain Allah s.w.t., (walaupun bentuk tersebut tidak tercela menurut ulama' aqidah Islam, tetapi ianya tetap merupakan simbol ibadah yang tidak sempurna).
Di ayat tersebut juga menunjukkan sifat seseorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mengesakan Allah s.w.t. dalam ibadahnya kepada-Nya, iaitu, "mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t."
Apakah yang dapat difahami dari seseorang hamba yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t., yang menjadi sifat sempurna orang yang beriman? Kalaulah seseorang itu beribadah semata-mata mengharapkan syurga Allah s.w.t., adakah setelah kematian nanti, dia mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t. ataupun mengharap pertemuan dengan syurga Allah s.w.t.? Ingatlah bahawa, kenikmatan orang-orang yang ingin bertemu dengan Allah s.w.t. ialah sewaktu melihat Allah s.w.t. setelah dimasukkan ke dalam syurga Allah s.w.t (seperti yang diceritakan dalam Sahih Al-Bukhari), bukan terhenti setakat mengharapkan syurga Allah s.w.t. semata-mata.
Maka, ada dua petunjuk dari ayat tersebut menunjukkan bahawa, seorang hamba yang sejati ialah, yang mengharapkan Allah s.w.t. semata-mata dalam ibadah mereka, yang lahir daripada itu, kerinduan untuk bertemu dengan Kekasih-nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kita juga sering mengungkapkan suatu ayat Al-Qur'an yang masyhur di awal setiap solat kita iaitu: "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t."
Nah, kalaulah kita perlu beribadah untuk syurga Allah s.w.t., mengapa Tuhan s.w.t. tidak mengajarkan kepada kita lafaz "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana (untuk) mendapat nikmat syurga Allah s.w.t. atau untuk menjauhi neraka Allah s.w.t.?
Tuhan s.w.t. tidak pernah menyuruh kita untuk beribadah untuk mengharapkan ganjaran dan kepentingan selain dari mengharapkan keredhaan Allah s.w.t..
Terlalu banyak lagi ayat-ayat Al-Qur'an yang menegaskan tentang, tujuan kita beribadah semata-mata mengharapkan redha Allah s.w.t., bukan mengharapkan ganjaran-ganjaran yang bakal diberikan kepada para hamba-Nya yang taat, dari ibadah tersebut. Di kesempatan yang ringkas ini, cukuplah sekadar ayat-ayat yang telah kita nukilkan, menunjukkan niat dan tujuan kita beribadah hanyalah semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan kerana syurga atau neraka.
Rasulullah s.a.w. pula pernah bersabda dalam suatu hadis sahih: Sesungguhnya, amal perbuatan bersesuaian dengan niat. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah s.w.t. dan Rasul-Nya..." (Hadis Sahih).
Petunjuk yang dapat difahami dari hadis tersebut ialah, tentang niat kita dalam sesuatu amalan. Maka, Rasulullah s.a.w. memberi contoh hijrah dalam menjelaskan maksud utama sabda Baginda s.a.w. Maka, Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa, barangsiapa yang berhijrah bertujuan kerana Allah s.w.t. dan mengikuti perintah Rasul-Nya (s.a.w.), maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diingininya dan diterima Allah s.w.t. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, tujuan amal ibadah kita ialah kerana mengharapkan redha Allah s.w.t., bukan untuk mengharapkan nikmat syurga.
Banyak juga hadis-hadis lain yang menceritakan bahawa, TUJUAN BERIBADAH hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata. Namun, tidak cukupkah satu hadis yang sahih lagi masyhur dan jelas, untuk menunjukkan kepada kita bahawa, Rasulullah s.a.w. turut mengingatkan kita supaya beribadah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan sebagai simbol kepatuhan kita kepada Rasulullah s.w.t., yang menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah s.w.t.
Di Antara Kecelaruan dan Kekeliruan alitantawi (yahdihi Allah)
Pertama: Katanya "Sekiranya benar inilah yang dipercayai oleh sebahagian pembaca atau sebahagian ahli tarekat, saya ingin berbincang dengan anda berdasarkan beberapa ayat daripada Al Quran al Karim."
Jelasnya, konsep beribadah hanya semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan kerana inginkan syurga dari amalan kita, bukanlah kepercayaan sebahagian orang ataupun sebahagian ahli tarekat. Bahkan, konsep inilah yang diajarkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. menerusi Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Lihatlah, perkataannya, "saya ingin berbincang dengan anda berdasarkan Al-Qur'an". Dia mengajak untuk berbincang, maka Al-Faqir (penulis) sudi berbincang dengan izin Allah s.w.t.. Dia juga memaparkan ayat-ayat Al-Qur'an mengenai kenikmatan syurga. Tetapi, apa yang dikemukakan tidak ada kaitan langsung dalam menolak konsep yang kita atau dia ketengahkan. (Akan dijelaskan nanti insya Allah).
Kedua: Katanya: "Tidak ada kurangnya dan tidak ada rendahnya. Itulah yang terbaik." Maksudnya, tidak ada kurangnya beribadah untuk mengharapkan syurga Allah s.w.t. bahkan itulah sebaik-baik ibadah, menurut beliau.
Kalau begitu, orang-orang yang mengharapkan cinta Allah s.w.t. tanpa mencampuri tujuan ibadah mereka dengan kepentingan diri setaraf atau lebih rendah dari golongan yang beribadah hanya semata-mata inginkan syurga untuk kepentingan dan kenikmatan diri dalam ibadah mereka?
Subhanallah. Sesungguhnya ini suatu pendustaan yang nyata dan jelas bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah yang kita berikan sebelum ini. Bahkan, Allah s.w.t. juga menyimpulkan tentang sifat-sifat kesempurnaan seseorang hamba yang beribadah ialah, yang berkata: "sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah s.w.t." Nah, bagaimana pula konsep beribadah untuk syurga merupakan konsep yang terbaik berdasarkan ayat tersebut? Bukankah konsep terbaik manurut Allah s.w.t ialah, mereka yang menjadikan seluruh amalan mereka kerana Allah s.w.t., bukan kerana syurga Allah s.w.t.
Hati-hatilah sebelum membuat kesimpulan.
Ketiga: katanya lagi: " Dengan mudahnya kita dapat memahami bahawa Allah SWT menyediakan syurga itu untuk orang-orang yang dikasihinya iaitu orang-orang yang bertaqwa. Kenapa pula mesti kita merasai bahawa syurga itu untuk orang-orang yang rendah darjatnya?"
Siapa pula yang merasakan bahawa, syurga adalah untuk orang-orang yang rendah darjatnya? Bukankah seluruh umat Islam meyakini bahawa, Rasulullah s.a.w. merupakan makhluk yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t., juga dimasukkan kedalam syurga Allah s.w.t. dan dikurniakan suatu tempat yang paling tinggi darjatnya di dalam syurga (wasilah atau maqom mahmudah) .
Golongan yang menegaskan bahawa, tidak cukup beribadah sekadar inginkan syurga Allah s.w.t. semata-mata juga, tidak pernah mengatakan syurga itu untuk orang-orang yang rendah darjatnya sahaja. Bagi mereka juga, golongan yang beribadah kepada Allah s.w.t. kerana mengharapkan redha Allah s.w.t. semata-mata juga akan diberikan syurga sesuai dengan kehendak dan janji Allah s.w.t.
Jadi, hujahnya dalam perkataan tersebut amat mengelirukan bahkan tidak kena pada tempatnya. Apa yang kita jelaskan bahawa, ikhlas itu sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat, dan setiap orang yang ikhlas, samada tinggi atau rendah darjat keikhlasannya, akan masuk syurga dengan izin Allah s.w.t., sesuai dengan kehendak-Nya.
Membetulkan Salah Faham
Sesungguhnya, nasihat itu memberi manfaat sesama umat Islam. Maka, Al-Faqir (penulis)
Sebenarnya, kecelaruan tersebut timbul hasil dari kegagalannya untuk memahami tujuan beribadah dalam Islam dalam erti kata yang sebenar. Tujuan ibadah dalam Islam berkait rapat dengan aspek pengabdian dan penyembahan itu sendiri. Seseorang yang hidupnya kerana mengejar dunia, maka seolah-olah dia ialah hamba dunia. Seseorang yang mengabdikan dirinya untuk sesuatu, bererti dia ialah hamba kepada benda tersebut. Dari sinilah, kita fahami bahawa, seseorang yang bergelar hamba Allah s.w.t., ialah seseorang yang mengabdikan dirinya semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan kerana syurga atau takut neraka.
Samada syurga diciptakan untuk para hamba Allah yang taat atau tidak, samada neraka diciptakan untuk manusia yang ingkar atau tidak, seseorang hamba yang sejati akan tetap mentaati Allah s.w.t. dan menyembah-Nya dengan sebenar-benar penyembahan. Inilah kesempurnaan dalam ibadah. Kalau seseorang yang beribadah kerana syurga, merupakan konsep ibadah yang tidak sempurna kerana dia gagal memahami tujuan dia diciptakan oleh Tuhannya, dan andaikata syurga tidak diciptakan, maka dia tidak memiliki sebab lagi untuk beribadah kepada Allah s.w.t., kerana tujuan ibadahnya hanya terbatas kepada syurga Allah s.w.t.
Kita perlulah memahami TUJUAN IBADAH dalam Islam dan membezakannya dengan janji Tuhan kepada para hamba-Nya.
Perbezaan antara TUJUAN IBADAH dan HASIL dari IBADAH Yang Dijanjikan Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman:
خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Kalaulah kita renungi firman Allah s.w.t. dalam sepotong ayat Al-Qur'an ini dengan penuh keinsafan, pasti kita dapat fahami bahawa, tujuan melakukan sesuatu ibadah menurut Allah s.w.t. ialah untuk mencari keredhaan-Nya, bukan bertujuan untuk mendapatkan syurga Allah s.w.t.
Namun, janji Allah s.w.t. kepada para hamba-Nya untuk memberi nikmat syurga kepada mereka yang taat adalah dari sifat kemurahan Allah s.w.t. yang Maha Pemurah. Tidak ada kaitannya dengan amalan kita.Bukankah ada hadis yang mengatakan bahawa "seseorang tidak akan dapat masuk syurga dengan amalannya, tetapi dengan kemurahan Allah s.w.t. dan keredhaan-Nya". Oleh itu, orang-orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. untuk mengharapkan syurga Allah s.w.t. semata-mata, bukan mengharapkan redha dan cinta Allah s.w.t., merupakn mereka yang tertipu. Ini kerana, amalan kita tidak akan membawa kita ke syurga Allah s.w.t. Kita dapat menikmati syurga Allah s.w.t. dengan kemurahan dan rahmat Allah s.w.t.
Oleh itu, ada dua hasil dari ibadah kita kepada Allah s.w.t. iaitu, keredhaan Allah s.w.t. dan syurga Allah s.w.t.. Golongan yang mengenali Allah s.w.t. pasti akan mengharapkan hasil yang paling tinggi dari ibadah mereka iaitu, untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t., bukan untuk mendapat ganjaran Allah s.w.t. Bagi mereka, terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memberi syurga atau tidak, dari ketaatan mereka, asalkan mereka mengemis dan terus mengharap kasih dan redha Allah s.w.t. dari amalan mereka.
Maka, TUJUAN DALAM IBADAH yang paling sempurna ialah, mengharapkan redha Allah s.w.t. dalam amalan ibadah kita.
Adapun saudara 'alitantawi' yang sedaya-upaya
Mengharap Nikmat Syurga dan Takutkan Azab Neraka
Walaupun saudara alitantawi
Adapun ayat-ayat tentang syurga dan neraka hanyalah sebagai perangsang bagi mereka yang lemah imannya dan pudar cintanya terhadap Allah s.w.t. Ia juga bagi mengingatkan orang-orang yang bukan Islam tentang keuntungan menjadi orang Islam, dengan pelbagai nikmat syurga yang dijanjikan, dan mengingatkan mereka betapa ruginya tidak menjadi muslim, kerana ancaman-ancaman dari Al-Qur'an dan As-Sunnah bagi mereka yang mengingkari Islam dan ajaran Allah s.w.t.
Jadi, kesempurnaan niat dalam beribadah, adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. tanpa menghiraukan apakah ganjaran yang akan diberikan kepada kita. Hal ini kerana, keikhlasan kita dalam ibadah kita kepada Allah s.w.t. terletak pada sejauhmana kita mengharapkan keredhaanNya semata-mata dari ibadah kita yang serba kekurangan. Tuhan s.w.t. menciptakan kita untuk menyembah-Nya, maka kita perlu menyembah-Nya kerana itulah tujuan kita diciptakan, bukan kerana Tuhan s.w.t. telah menyediakan syurga buat kita. Syurga yang diciptakan bagi para hamba-Nya yang taat adalah bonus dari Tuhan s.w.t. kepada para hamba-Nya semata-mata kerane sifat kemurahan Allah s.w.t..
Adapun dalil-dalil yang menggalakkan kita mengharapkan nikmat syurga dan mengharapkan jauh dari azab neraka adalah salah-satu jenis daripada jenis-jenis ibadah kita kepada Allah s.w.t.. Kita perlu mengharapkan syurga Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang menyuruh kita mengharap syurga daripada-Nya. Ini kerana, Allah s.w.t. amat menyukai orang-orang yang sentiasa meminta kebaikan dan pertolongan daripada-Nya dan amat membenci orang-orang yang tidak meminta daripada-Nya sebarang sesuatu. Oleh itu, tujuan kita mengharapkan syurga Allah s.w.t. dan berlindung dengan Allah s.w.t. dari azab neraka juga adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan syurga tersebut.
Inilah pemahaman yang sempurna dalam beribadah. Ingatlah, siapalah kita sebenarnya untuk meminta syurga Allah s.w.t., sedangkan kita sentiasa melakukan dosa dan noda di hadapan-Nya. Oleh kerana itulah, para solihin dan arifin billah amat malu dalam meminta syurga dari Allah s.w.t., namun mereka maminta syurga dari Allah s.w.t. untuk merendahkan diri mereka di hadapan kemurahan Allah s.w.t., disamping menunaikan dan patuh perintah dan galakan Allah s.w.t. kepada mereka supaya mereka meminta kebaikan dan pertolongan daripada-Nya. Kalau tidak kerana perintah Allah s.w.t. supaya mereka meminta syurga, nescaya mereka malu untuk meminta syurga dari Allah s.w.t., kerana rasa kekurangan mereka di hadapan Allah s.w.t. dan keyakinan mereka bahawa Allah s.w.t. Maha Bijaksana yang tahu apa yang terbaik untuk mereka.
Penjelasan di atas secara tidak langsung menjawab persoalan alitantawi: " Allah SWT sendiri yang menyebut ganjaran syurga untuk amalan mukmin sebagai ‘jual beli’. Ia adalah jual beli yang mulia kerana kita melakukan suruhan dan Allah SWT memberikan balasan yang adil. Kenapa sebahagian ahli tarekat tidak mahu amalan mereka dibalas dengan syurga?"
Siapa kata ahli tarekat tidak mahukan syurga. Mereka juga meminta syurga namun tidak menjadikan tujuan ibadah mereka semata-mata untuk syurga kerana itu merupakan tujuan ibadah yang sempit dan tidak sempurna.
Penjelasan di atas juga secara tidak langsung menjawab persoalan alitantawi " Syurga adalah tempat penghujung dan tempat kembali bagi orang-orang yang bersifat dengan sifat yang amat mulia menurut Al Quran iaitu sifat ‘beriman, beramal soleh, takutkan Allah, menahan hawa nafsu’. Itulah tempat kembali mereka, adakah kita tidak mahu kembali bersama mereka ke dalam syurga? Adakah memohon supaya dimasukkan ke dalam syurga dianggap satu perkara yang rendah?"
Memohon supaya dimasukkan ke dalam syurga adalah suatu perkara yang digalakkan dalam Islam, dan ianya merupakan suatu perkara yang terpuji. Cuma, beribadah kepada Allah s.w.t. kerana syurga Allah s.w.t. semata-mata itulah yang merupakan peringkat ikhlas yang rendah, namun tidaklah tercela, bahkan ianya juga dibenarkan dalam Islam.
Al-Faqir (penulis) bersetuju dengan alitantawi bahawa, banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang nikmat syurga dan neraka, serta menceritakan tentang galakan supaya umat Islam mengharapkan syurga Allah s.w.t.. Tetapi, kita mengharap syurga bukan dari ibadah kita, kerana kita kerjakan ibadah kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t, tetapi kita mengharapkan syurga kerana Allah s.w.t. menggalakkan kita mengharap syurga Allah s.w.t.. Jadi, kita mengharapkan syurga juga kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
Ibadah kepada Allah s.w.t. kerana Mengharapkan Syurga Juga Termasuk dalam Konsep Ikhlas
Bagi golongan yang lemah imannya, cetek makrifat dan pengetahuannya tentang Allah s.w.t., pudar cintanya kepada Penciptanya, maka tidak mengapa bagi mereka untuk beribadah kepada Allah s.w.t. bertujuan untuk mendapatkan syurga Allah s.w.t. Ini kerana, ia juga termasuk dalam peringkat-peringkat ikhlas dalam ibadah seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Allah s.w.t. Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Oleh kerana itu, Dia menyebut perihal syurga dan neraka dalam wahyu-Nya untuk memberi perangsang kepada golongan yang lemah imannya. Oleh yang demikian, Islam tidak menolak serta-merta konsep beribadah kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan syurga atau untuk menjauhi neraka, dan masih meletakkannya dalam darjat ikhlas dalam beribadah kepada Allah s.w.t..
Mengapa ia termasuk dalam konsep ikhlas dalam ibadah, sedangkan ia seolah-olah mengharapkan selain dari Allah s.w.t., dalam ibadahnya?
Konsep beribadah kepada Allah s.w.t. kerana syurga juga termasuk dalam aqidah Islam dan konsep ibadah monotheisme, kerana apabila seseorang itu melakukan sesuatu, kerana sesuatu, bererti dia percaya terhadap perkara tersebut dengan sepenuh kepercayaan.
Oleh itu, seseorang yang melakukan ibadah dengan harapan untuk mendapatkan syurga Allah s.w.t., merupakan simbol dan bukti keimanannya kepada Allah s.w.t., perkara ghaib dan setiap yang disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya (s.a.w.).
Kita dapat simpulkan bahawa, orang yang melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan syurga bererti, dia telahpun beriman kepada Allah s.w.t. dengan keimanan yang teguh, dia juga telah beriman dengan janji Allah s.w.t., beriman dengan Al-Qur'an dan Sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan beriman dengan perkara ghaib yang menjadi intipati ajaran aqidah Islam. Oleh itu, ia tetap termasuk dalam konsep ibadah yang betul dalam Islam, Cuma ianya kurang sempurna berbanding dengan, ibadah yang dikerjakan semata-mata untuk mendapat keredhaaan Allah s.w.t.
Kesimpulannya, saudara 'alitantawi' (semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk dan kefahaman yang benar kepadanya dan kepada kita semua) tidak mampu memahami konsep sebenar "beribadah bukan kerana syurga Allah s.w.t.". Oleh kerana itu, timbullah kecelaruan-kecelaruan sekunder daripada salah faham tersebut, yang akhirnya menjuruskan kepada salah menggunakan hujah dalam membela pendapatnya dan menyalahkan pendapat yang
Nasihat dari Al-Faqir (penulis) kepada mereka yang terbuka untuk menerima nasihat, supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum bercakap tentang agama. Ini kerana, ilmu agama ialah suatu amanah Allah s.w.t yang amat besar. Barangsiapa yang bercakap tentang agama tanpa asas yang kukuh dan ilmu yang mendalam, seolah-olah bersikap sambil lewa terhadap amanah Allah s.w.t.. Ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama itu sendiri.
Sebahagian ulama salaf menegaskan bahawa, ilmu itu sebahagian dari agama, maka lihatlah atau selidikilah dari siapa kamu mendapatkannya.
Demikianlah sedikit kupasan dan jawapan terhadap kecelaruan dan persoalan dari Al-Faqir (penulis), dengan izin Allah s.w.t., dalam usaha menjelaskan kepada mereka yang inginkan penjelasan dan ingin mencari kebenaran lalu mengikutinya.
Segala yang baik itu dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari kelemahan diri
Al-Faqir (penulis) sendiri, semoga Allah s.w.t. menerima
amalan kita dan menjadikan kita dikalangan
para solihin dan mukhlisin
Amiin
Wallahu a'lam…
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Ghani Al-Kabir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
sumber
No comments:
Post a Comment