CONTOH SOALAN:
Kenapa ‘kenal diri, kenallah Allah”?
Apa kaitan ‘diri’ dengan ‘Allah’?
JAWAPAN:
Ringkasnya (jawapan lengkap kena mai kuliah le... ) Khaliq dan makhluk dua 'hal' yang berbeza dan berlawanan. Hanya ada 'dua hal' sahaja iaitu 'Khaliq' dan 'makhluk', tak ada yang lain.
Khaliq tidak boleh dilihat, digambarkan, ditunjukkan dan sebagainya. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengenal Khaliq ialah dengan mengenal satu-satunya 'lawan'nya iaitu makhluk-kerana tak ada yang lain. Maka, apabila sudah kenal makhluk, selepas itu barulah berupaya unuk mengenal Khaliq. Begitu.
Bukan seperti fahaman mereka yang jahil, kononnya apabila disebut 'kenal diri kenallah Allah' maksudnya diri itulah Allah- bukan. Fahaman mereka tersilap lalu menghukum sesat mudah-mudah. Yang kita maksudkan ialah- kenal diri terlebih dahulu maka selepas itu barulah mampu mengenal Allah.
Saya beri satu contoh:
Kita hendak kenalkan budak pra-sekolah warna hijau dan warna merah (sahaja). Kita letak sepuluh biji bola merah dan sepuluh biji bola hijau dalam satu dulang (hanya ada dua warna sahaja). Kita maklumkan kepada pelajar yang pelajaran hari ini ialah untuk mengenal warna hijau (kita andaikan para pelajar belum kenal warna merah dan hijau).
"Baik anak-anak, dalam dulang ini ada bola merah dan hijau. Selepas penerangan saya nanti, saya mahu kamu tunjukkan bola berwarna hijau."
Kemudian guru ambil sebiji bola warna merah dan sebut "Bola ini berwarna merah" lalu dikeluarkan daripada dulang.
Kemudian guru ambil sebiji lagi bola warna merah dan sebut "Ini juga bola berwarna merah." lalu dikeluarkan.
Begitulah untuk bola yang seterusnya hingga bola yang kelima. Semuanya warna merah.
"OK pelajar. Sekarang, saya mahu Azlin ambil sebiji bola berwarna hijau."
Sekiranya Azlin tidak bengap, sudah tentu dia akan ambil sebiji bola berwarna hijau dan bukannya merah. Sebab apa? Sebab dia sudah kenal lima biji bola warna merah, lalu secara automatik dikenalnya warna hijau kerana dalam dulang itu hanya ada dua hal (*SAHAJA) iaitu "merah' dan 'hijau'.
Begitulah tamsilannya. Apabila ita sudah kenal makhluk/ diri, kemudian barulah kita boleh kenal Khaliq.
Insyaallah boleh faham.
*Semalam ada dua orang anak muda belasan tahun datang hendak dengar penerangan ana. Yang seorang buat kali kedua (sehari sebelum itu sudah datang), yang seorang lagi kali pertama. satu sesi satu setengah jam. Maksudnya seorang baru dengar 3 jam dan seorang lagi baru dengar 1 jam setengah.
Alhamdulillah... baru sekadar itu saja mereka sudah boleh faham hingga meng-Esakan af'al Allah, sudah masuk peringkat awal hakikat.
Wallahualam.
ALEX: Hairan dengan Dr. Abdul Fatah Haron…
sumber
No comments:
Post a Comment