PENDAHULUAN ILMU TAUHID
فندهولوان علم التوحيد.
1 . اسمه : علم التوحيد و علم الكلام والفقه الأكبر وعلم أصول الدين.
1. Namanya - Ilmu tauhid, ilmu yang membahaskan sifat kalam, ilmu fekah yang terbesar ilmu usuluddin.
2.حده: لغة :العلم بأن الشئ واحد
الاصطلاح : علم يبحث فيه عن اثبات العقائد الدينية بالأدلة اليقينية .
2. Takrifnya:
i. Disisi bahasa : Mengetahui bawasa sesuatu itu esa.
ii. Disisi istilah Ulama` Tauhid : Pengetahuan yang dibahas di dalamnya bagi mantapkan segala pegangan agama dengan dalil- dalil yang dibangsakan kepada yakin.
3. موضوعه: المعلومات التى يحمل عليها ما يصير به عقيدة دينية او مبدأ لذلك , كقولنا : الله تعالى قديم , والجسم مركب من الجوهر الفردة.
3. Tempat bahasnya : Segala maklumat yang dikaitkan dengan perkara yang jadi akidah agama ataupun asas- asas perkara tersebut seperti kita berkata : Allah Taala sediakala, Jisim ialah susunan daripada komponen- komponen yang tunggal.
4. ثمرته : الفوز بالسعادة الأبدية اذ به يصير الأيمان بالأحكام الشرعية ثابتا محكما.
4. Hasilnya: Berjaya dengan kebahagiaan yang berkekalan, kerana dengan sebab ilmu tauhidlah menjadikan keimanan dengan segala hukum syariat berkeadaan tetap lagi teguh.
5.حكم الشارع فيه : أن معرفته فرض عين على كل مكلف ولو بادلة اجمالية كأن يعرف وجود ه تعالى بكونه خالقا للعالم وأما الأدلة التفصيلية التى يقدر بها على دفع الشبه ففرض كفاية اذا قام بها .
5. Hukum Tuhan ,terhadapnya :Bahawa mengetahuinya adalah fardu ain atas tiap- tiap mukalaf, sekalipun hanya dengan dalil – dalil yang ringkas tetapi merangkumi maksud (ianya dinamakan dalil ijmali ) seumpama, seseorang itu mengetahui adanya Allah Taala dengan keadaan adanya itu adalah pencipta kepada Alam. Adapun dalil- dalil tafsili ( terperinci) yang berupaya dengannya untuk menolak kesamaran akidah. Hukum mengetahuinya adalah fardu kifayah bilamana sekelompok masyarakat yang menguasainya, maka tiadalah dituntut lagi kepada mereka- mereka yang lain.
6. فضله : وهو أشرف علوم الدين لمتعلق بذات الله وذات رسوله عليهم الصلاة والسلام
6 . Kelebihannya: Dialah yang terlebih mulia dikalangan ilmu-ilmu agama kerana bergantung perbahasannya dengan zat Allah dan Zat Rasul-rasulnya A.s.
7. نسبته : الى غيره من العلوم أنه افضلها بلاخلاف لكونه متعلقا بذات الله تعالى وذات رسله عليهم السلام.
7. Nisbahnya dengan ilmu lain : Ialah yang terafdal tanpa bersalah- salahan pendapat ulama` disebabkan keadaannya bergantung dengan zat Allah Taala dan zat segala Rasul A.S.
8. واضعه : ابو الحسن الأشعرى ومن تبعه وأبو منصور الماتوريدى ومن تبعه .
8. Penyusunnya : Abu Al-Hassan Al-Ashaari serta pengikut-pengikutnya dan Abu Mansur Al Maturidi dan pengikut- pengikutnya.
9. استمداده: من اللأدلة النقلية والعقلية
9. Tempat ambilan : Daripada dalil- dalil naqli ( Al-quran dan hadis) dan dalil- dalil akli.
10. مسائله : قضاياه الباحثة عن ثلاثة أشيأ : الهيات وهى ما تتعلق بالاله واجب وجائز ومستحيل ونبوات وهى ما تتعلق بلأنبيأ مما دل عليها مما يجب لهم وما يستحيل وما يجوز . وسمعيات وهى ما دل عليها النقل فقط . ولا مدخل للعقل فيه كالحشر والنشر والجنة الى آخره.
10. Masalahnya : Tajuk- tajuk yang membahaskan berkenaan 3 perkara :
iii. Ilahiyat (ketuhanan) : Yaitu perkara yang bergantung dengan tuhan, wajib, harus dan mustahil.
iv. Nubuwat : Iaitu segala perkara yang bergantung dengan segala Nabi dari apa- apa yang wajib, mustahil dan harus bagi mereka.
v. Sam`iyah : Iaitu perkara yang menunjukkan kepadanya semata- mata oleh dalil naqli, dan tiada masuk bahas akal padanya. Seperti al-Hasyar ( Dahulukan Padang Mahsyar), Nasyar (Berhamburan bangun daripada kubur atau berhamburan di padang mahsyar), Syurga hinggalah akhirnya.
http://www.geocities.com/pndktmpn/kitab.htm
No comments:
Post a Comment