Saturday, December 15, 2007

Dua Kitab Syeikh Daud Fatani di Pasaran

SYEIKH Daud Abdullah al-Fathani ialah ulama dunia Melayu yang paling banyak menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu dan kitabnya terus menjadi rujukan hingga hari ini terutama di sekolah pondok di nusantara.

Hasil karya Syeikh Daud Abdullah al-Fathani banyak diketengahkan untuk pengetahuan masyarakat umum oleh Pengasas Khazanah Fathaniyah dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji), Allahyarham Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah melalui penulisannya.

Menyedari pentingnya kitab hasil karya ulama tersohor itu disebarkan sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan, Khazanah Fathaniyah meneruskan usaha menerbitkan kembali kitab penulisan Syeikh Daud Abdullah al-Fathani.


Seterusnya

No comments: