Sunday, December 16, 2007

Kitab al-Bayan (Himpunan Fatwa Syeikh Dr. Ali Jum'ah)







Insya Allah...Sheikhuna Sidi Rohimuddin dalam rangka ziarah beliau ke Malaysia, bercadang untuk membuat perbentangan buku himpunan fatwa Sheikh Dr. Ali Jum'ah iaitu Al-Bayan (edisi terjemahan ke Bahasa Indonesia).

Buku Al-Bayan ini merupakan antara buku yang terlaris di pasaran khususnya di Mesir, kerana ianya menjelaskan tentang beberapa persoalan yang sering dipersoalkan dan ditimbulkan oleh sebahagian golongan muslimin, bahkan ada yang sampai tahap membid'ahkan perkara-perkara tersebut.

Antara persoalan-persoalan dan fatwa beliau adalah mengenai:
Warisan dalam Islam: benarkah ada "double standard"?, ulasan tentang toleransi dalam islam, menjawab beberapa persoalan mengenai aqidah yang kesamaran, menjawab beberapa persoalan daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas golongan sufi seperti masalah berhimpun dalam berzikir, nur muhammadi dan sebagainya, serta beberapa persoalan fiqh dan mu'amalat dengan penjelasan dan penerangan yang sederhana serta bersandarkan kepada Al-Qur'an, As-Sunnah dan ijtihad-ijtihad ulama' muktabar.

Insya Allah, akan dijual sepanjang tempoh ziarah beliau dalam rangka memberi ta'lim kepada para penuntut ilmu dan masyarakat awam. Harganya RM 25. Boleh tempah kepada tuan Al-Akh Al-Ustaz Abdullah Tahir (abuzahrah) di weblog beliau http://al-fanshuri.blogspot.com insya Allah...

Wallahu a'lam...

Sumber:

http://mukhlis101.multiply.com/reviews/item/3

No comments: